Dia..
Terima kasih Aku ucapkan atas kesudian Dia untuk masih lagi menggunakan semua itu sebagai pelengkap dalam kehidupan seharian.
Walau Aku sedar, segalanya itu mampu untuk di gantikan dengan yang lebih cantik, bernilai, berjenama dengan kemampuan yang Dia ada sekarang.
Dia...
Aku dapat rasakan tentang satu perkara yang tak pernah atau takkan pernah kamu gunakan untuk selama-lamanya walau sesaat..
Dan Aku tak mampu malah Aku tiada hak untuk mengatakan Dia perlu lakukan begini atau begitu..
Segalanya terletak di dalam genggaman keputusan dan kehandak Dia sendiri,
Walaupun masih ada lagi perkara yang tak sempat untuk Aku lihat akan menjadi penghias pada penampilan diri Dia...
Kerana pada kesempatan yang pernah ada, Aku tak pernah lihat Dia merasa untuk menunjukkan pada Aku bahawa ianya patut untuk Aku llihat menjadi pelengkap gaya penampilan Dia.
Mungkin sesuatu itu tak pernah sesuai untuk digayakan dengan penampilan dalam kerjaya yang Dia ada sekarang,
Atau ianya terlalu ringkas dan kurang bergaya apabila di kenakan pada diri Dia..
Namun walau apa pun yang berlaku,
Aku tetap pasrah kerana di kesempatan yang ada, aku masih tak berkesempatan untuk melihat.
Atau mungkin ia masih tersimpan rapi didalam bungkusan kerana ada yang lebih bergaya, sesuai dan lebih berjenama dari apa yang pernah Aku mampu berikan.
Kerana disitu juga tempat Dia menyimpan simbol kemampuan yang Dia miliki kini.
Dia...
Sebenarnya ada beberapa perkara yang ingin Aku luahkan disini,
Dan Aku memohon maaf sekiranya ia sudah tidak relevan lagi untuk Aku suarakan disini,
Dan Aku lebih rela untuk simpan di dalam hati daripada Aku luahkan.
Namun Aku juga manusia yang perlu melepaskan apa yang terbuku di hati ini.
Dan mungkin coretan didalam ruangan ini dapat membantu,
Walau Aku tahu tidak akan ada sebarang kesan yang menunjukkan coretan ini ada peminatnya.
Dia...
Dapat Aku sedari dari sebelum Dia berhijrah ke kota lagi,
Sebelum Dia menempuh kerjaya baru dalam kehidupan
Dan juga sebab dari segala kekurangan dan kesilapan Aku..
Aku tahu, Aku hanya insan biasa dalam hidup Dia..
Kerana cukup sekadar nama penuh Aku yang menjadi petanda bahawa itu panggilan atau pesanan dari Aku, walaupun ia adalah talian yang kita cari bersama.
Dan Aku takkan ambil hati sekiranya ia adalah pada talian kepunyaan orang lain.
Namun tiada lagi ganti nama seperti apa yang di lafaz di bibir..
Dari itu Aku dapat rasakan bahawa Aku tidak lagi membawa erti yang indah dalam hidup Dia.
Dia...
Sebenarnya Aku cukup rasa terkilan ketika itu,
Namun Aku sedar ia mungkin sebagai petunjuk,
Dan Aku mohon maaf sekiranya di saat itu Aku tidak bersikap rasional dengan percakapan atau perbuatan Aku..
Ketika itu, Aku bersemangat mengharungi perjalanan beratus batu...
Ketika itu, Dia juga telah mengetahui akan kehadiran Aku..
Dan tiba-tiba...
Aku dapat lihat, ianya tidak menjadi penghias lehernya...
Dan lebih membuatkan Aku terasa, apabila ia di ganti dengan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidupnya,
Mengapa Aku berkata demikian..
Kerana walau telah mengetahui kehadiranku..
Dia "terlupa" untuk membuat sesuatu supaya Aku tidak lihat bahawasanya sesuatu yang lebih bernilai itu telah menjadi pengganti.
Dan ketika itu juga Aku cuba untuk menerima hakikat bahawa hanya 'sebesar' itu yang mampu Aku berikan..
Dan lebih perit apabila Aku tahu ia ditinggalkan di rumah dan perhiasan itu hanya di buka selepas Aku memintanya.
Dia...
Mungkin soalan ini tak patut untuk Aku luahkan
Namun Aku cuba untuk suarakan walau Aku tak minta untuk ia di tunaikan..
Dengan segala apa yang mampu Dia miliki sekarang..
Apakah pernah terlintas untuk Dia mengharungi beratus batu untuk orang yang sering dan sentiasa mengecewakan hidup Dia selama ini.
Aku tak pasti jawapannya..
Namun Aku pernah lalui..
Kesanggupan yang Dia ingin dan tak ingin lakukan..
Kerelaan dan kesungguhan untuk Dia mengharungi laluan yang sibuk lagi merbahaya hanya untuk Si-dia.
Kerana risaukan kesihatan si-dia, kerana terlalu ingin berjumpa dengan si-dia, kerana ingin menemankan si-dia,
Semua itu menjadi pembakar semangat untuk Dia melakukan perkara yang sangat jarang Dia lakukan sebelum ini, dan perkara yang Dia sendiri pernah katakan bahawa Dia takut untuk lakukan,
Dan akhirnya Aku pasrah, kerana itu semua tidak pernah berpihak pada Aku walau sekali.
Dan Aku juga tak mengambil hati kerana ketika itu segala yang Aku lakukan adalah ikhlas untuk membahagiakan Dia.
Dia...
Walau Aku hanya mampu tahu dari penulisan, Aku dapat rasakan betapa bahagianya Dia bersama...
Makan sama-sama, balik kampung/kota sama-sama, bercuti sama-sama (walau sejauh penang)(maafkan Aku kerana tak pernah mampu bawa Dia ke percutian yang membuatkan Dia bahagia), segalanya dilakukan bersama,
Tiada halangan dan sekatan seperti bersama Aku dulu..
Segalanya perlu sembunyi-sembunyi..(mengjengkelkan dan tidak membahagiakan)
Dia...
Maafkan Aku..
Aku sedar terlalu banyak ayat dan luahan yang pasti mengjengkelkan dan menjelekkan Dia..
Namun Aku tak minta apa-apa,
Sekadar melepaskan apa yang terbuku dalam hati ini,
Dan juga sedar atas kekurangan diri ini.
Segala yang Dia miliki kini adalah hak Dia..
Segala keputusan ada di tangan Dia..
Aku hanya mampu berdoa setiap masa untuk kejayaan di dalam hidup Dia..
Semoga apa yang di lalui selepas ini lebih baik dari apa yang di lalui sebelum ini bersama Aku..
Dia...
Percayalah..
Sekiranya ada kelahiran kali kedua..
Dia pasti tidak akan Aku siakan..
Kerana...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Friday, January 6, 2012
Sekadar Coretan Rasa
Posted by AKU at 2:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment