BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 19, 2012

MCD- Bukan J**

Aku pernah dengar dahulu..
Sekiranya Dia telah mampu untuk memiliki 'kemudahan' sendiri..
Mungkin J** yang akan jadi pilihan...
Mungkin Aku yang silap...
Ianya sekadar 'mungkin'
Atau mungkin 'benci' pada johor khususnya muar sudah tertanam dalam hatinya

Benar kan apa yang Aku katakan..
Tiada lagi halangan
Tiada lagi masalah untuk Dia buat apa saja untuk miliki segalanya..
Dengan kemampuan yang Dia ada kini..

Aku tumpang gembira walau hanya dari kejauhan..
Walau Aku sedar..
"Kemudahan" itu bukan layak untuk Aku "merasa" seperti apa yang pernah Dia katakan dahulu..
Aku sedar..
Pasti ada insan-insan yang nyata lebih layak untuk itu..
Dan Aku hanya layak mendengar dan tahu sahaja..
Bukan untuk melihat malah merasa.
Dan nyata juga kemudahan itu bukan untuk di "korbankan" berjalan beribu batu semata-mata untuk Aku..
Mungkin walau hanya untuk memberitahu kesungguhan yang Dia berusaha untuk datang kepada Aku..
Atau mungkin ianya hanya perbuatan yang sia-sia dalam hidup Dia..
Tapi bukan pada Aku....

Tahniah...
Dia sudah ada segalanya kini..
Segala yang menjadi impian dan idaman di dalam genggaman..
Dan Aku hanya mampu untuk melihat Dia gembira, bukan berkongsi..

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: