Dia..
Aku mohon maaf..
Bukan niat untuk mengungkit sebenarnya..
Tetapi Aku tak mahu alaminya lagi..
Kerana Aku malu..
Malu apabila Aku di anggap mengganggu Dia ketika bekerja..
Aku sedar Dia punya tanggungjawab yang lebih besar..
Lebih besar pangkat, lebih banyak kije dan lebih besar tanggungjawabnya..
Aku masih ingat bagaimana komitednya Dia bekerja sehinggakan mesej dan panggilan Aku seperti mengganggu..
Dan Aku tak mahu ia berulang kerana Aku malu..
Aku tak bekerja seperti Dia..
Aku banyak mengular..
Aku banyak cabut kerja..
Aku banyak cuti tanpa isi borang cuti..
Dalam waktu kerja Aku sibuk mesej, sibuk telefon sehingga mengganggu orang lain yang bersungguh-sungguh bekerja..
Seperti yang Dia katakan..
Dia hanya boleh ketika cuti..
Ketika hari tak bekerja...
Mungkin Dia bukan seperti Aku yang boleh ke mana-mana walau dalam waktu bekerja..
Walau keluar daerah sekalipun...
Oleh itu Aku faham...
Dan kalau itu tak boleh Dia lakukan...
Aku masih tertunggu-tunggu...
Untuk setidak-tidaknya dapat mendengar suara..
Tetapi Aku faham..
Dia hanya mampu ketika cuti..
Kerana ketika cuti Dia tak bekerja..
Dan Aku mohon maaf..
Ketika cuti Aku pula yang hanya akan menyakitkan hati Dia..
Dan Aku juga faham..
Ketika bekerja Dia takkan sempat walau hanya untuk setidak-tidaknya mendengar suara..
Kerana Aku faham dengan tanggungjawab dan budaya bekerja yang Dia amalkan..
Dia..
Maafkan Aku..
Kerana..
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Friday, January 27, 2012
Bukan Mengungkit
Posted by AKU at 4:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment