BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 10, 2012

Aku Sentiasa Punyai Perasaan Cemburu

Dia..
Empat bulan mungkin tempoh yang cukup panjang bagi Dia..
Cukup panjang dan lama untuk Dia mampu dan sempat mencari pengganti di dalam hati Dia..
Pengganti yang mampu mengisi kekosongan dalam hati dan jiwanya yang sentiasa Aku lukakan sebelum ini.
Cukup panjang untuk Dia sempat bermanja dan mencurahkan segala kasih sayang Dia kepada pengganti yang mampu merawat luka di hati Dia..
Dan mungkin cukup panjang untuk Dia menyimpan dan mengabadikan sebanyak mungkin kenangan indah bersama pengganti yang pasti lebih membahagiakan berbanding Aku.
Aku hanya mampu meneka....
Mungkin juga sudah banyak gambar-gambar bersama Si Dia yang telah sempat di abadikan sebagai memori kasih mereka..

Pengalaman pernah mengajar Aku..
Betapa singkat masa yang Dia perlukan untuk menerima sesorang di dalam hatinya sebagai pengubat segala luka..
Sekiranya pengalaman mampu di jadikan ukuran...
Adam adalah pengalaman yang cukup dekat.
Bagaimana waktu petang Dia mengatakan tak kan mungkin ada apa-apa, sebaliknya pula yang berlaku bila malam menjelma..
Hanya dalam beberapa hari perkenalan tanpa belum sempa berjumpa,
Satu ikatan kasih sayang sudah mampu di wujudkan..

Aku sedar..
Segalanya itu berpunca dari Aku..
Aku yang tak pernah membahagiakan Dia..
Dan Dia sentiasa mencari kebahagiaan hakiki dalam hidup Dia..
Aku yang tak sempurna dalam hidup Dia...
Dan Dia memcari kesempurnaan seorang lelaki untuk bertakhta dalam hati Dia..

Dia..
Maafkan Aku..
Seandainya kehadiran Aku selama ini hanya membawa keburukan dari kebaikan..
Seandainya kehadiran Aku selama ini hanya membawa kecelakaan dari kesempurnaan..
Dan seandainya kehadiran Aku selama ini hanya membawa malang dalam kehidupan Dia..

Dia..
Ternyata...
Perasaan cemburu itu kerana kasih..
Perasaan cemburu itu kerana sayang...
Perasaan cemburu itu kerana cinta..
Dan...
Selama-lamanya perasaan cemburu ini sentiasa ada untuk Dia..
Kerana kasih, sayang dan cinta ini tak pernah padam sampai bila-bila..
Walau Aku tak mampu untuk luahkan, tunjukkan..
Kerana Aku sedar..
Aku bukan kebahagiaan dan kesempurnaan yang layak dalam hidup Dia..
Terlalu banyak kesilapan, kesalahan, kejahilan dan kitidaksempurnaan Aku untuk Dia selama ini...

Dia..
Aku tak pernah jemu untuk memohon supaya di ampuni segala salah dan silap Aku selama ini..
Kerana...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: