BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 18, 2012

Kosong....



Dia..
Aku tahu kini Dia sentiasa lebih mampu dari apa yang Aku mampu dahulu..
Kewangan dan kemudahan bukan lagi masalah pada Dia..
Segala keinginan mampu untuk di realisasikan dengan mudah..
Berjalan ke mana-mana juga sudah menjadi hobi baru..
Kerana segalanya mampu untuk di miliki..

Dia..
Maafkan Aku sekiranya "penunjuk masa" itu sudah tidak menjadi keperluan..
Atau pergelangan itu sedia untuk di hiasi dengan "penunjuk masa" yang lebih bergaya..
Mungkin juga nyawa yang di gantikan pada "penentu masa"itu adalah yang murah dan menyebabkan ia tak bernyawa lagi..
Hilang nyawa bermakna hilang keperluan dan kegunaannya..

Dia..
Aku tidak tahu apa yang ada di sebalik kerudung Dia..
Adakah masih ada ruang untuk perhiasan murah dan halus itu atau sudah di ganti dengan yang lebih cantik dan berharga..
Kerana Aku tak lagi mampu untuk melihat...

Dia..
Walaupun samar dan kurang jelas..
Aku masih mahu berterima kasih sekiranya di jari hantu itu adalah pengganti diri Aku..
Sebagaimana Aku pernah katakan ketika hiasan itu Aku berikan kepada Dia..
Mungkin pantai dan laut mampu untuk menjadi saksi..
Namun sekali lagi maafkan Aku kerana ia tak sesuai di sarungkan ke jari manis...
Kerana kejahilan AKu menentukan saiz yang tepat...

Dia...
"penentu masa" ini sentiasa menjadi teman Aku setiap hari..
Kerana setiap saat, setiap detik Aku sentiasa ingatkan Dia..

Dia..
Hiasan di jari manis ini sentiasa tersarung..
Kerana pada Aku ia adalah Dia yang sentiasa dekat dengan diri ini..

Dia..
Maafkan Aku sekiranya semua di atas membuat Dia semakin bertambah jelik dengan karenah Aku..
Aku sedar..
Segalanya adalah sudah menjadi hak Dia..
Dan semuanya terpulang kepada Dia untuk menentukan..

Namun...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: