BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 9, 2012

Aku Yang Tak Mengharap

Dia..
Aku mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, kesilapan dan kekurangan Aku selama ini.
Maafkan Aku kerana tak pernah mampu berikan yang terbaik untuk Dia..
Maafkan Aku kerana tak pernah ada untuk Dia di saat-saat Dia memerlukan..
Dan masih jelas lagi dalam ingatan Aku dengan apa yang di ungkapkan..
Maafkan Aku kerana tak pernah mampu membantu Dia di saat-saat Dia memerlukan bantuan.

Dia..
Maafkan Aku sekiranya coretan sebelum ini membuat kamu serba salah..
Percayalah ia hanya sekadar coretan luahan hati dan bukannya harapan yang terlalu tinggi.
Aku sedar, dengan kerjaya yang Dia ada sekarang,
Mana mungkin Dia dengan mudah untuk kesana kemari tanpa hala tujuan yang penting melainkan untuk menunaikan tanggungjawab Dia sebagai pegawai awam yang berdedikasi.
Mana mungkin Dia korbankan masa kerja untuk perkara-perkara yang pada Dia mungkin tak membawa faedah.
Dia ada berkata "tugas Dia bukan sekadar duduk di pejabat sahaja, tetapi banyak keluar untuk menyelesaikan tugas yang diberi"
Dan Aku juga teringat bila Dia pernah berkata yang Aku mudah untuk kesana kemari kerana tugas Aku banyak di luar pejabat.
Jadi di sini Aku sedang memikirkan apa perbezaan yang Dia maksudkan.
Mungkin juga atas tuntutan kerjaya Dia kini..
Menyebabkan tiada istilah cuti selain dari sabtu dan ahad.

Namun..
Aku juga sedar..
Aku tak mengharapkan untuk Dia lakukan..
Kerana Aku sedar..
Aku bukan insan paling layak untuk semua itu,
Selepas apa saja yang telah Aku lakukan kepada Dia sebelum ini..
Aku terlalu banyak melukakan hati dan perasaan Dia..
Maafkan Aku..
Kerana terus menyanyangi diri Dia..
Percayalah...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: