Salam tahun baru..
Semoga tahun baru ini membawa berjuta erti yang lebih baik dalam hidup Dia.
Semoga tahun baru ini membawa rezki dan rahmat yang lebih baik dlam hidup Dia.
Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang mampu untuk Dia menunaikan segala keinginan dan harapan Dia selama ini.
Walaupun kini Aku jauh di mata..
Namun Dia sentiasa dekat di hati ini..
Sesungguhnya..
Aku sedar si-die pastinya terlalu hebat..
Mengapa Aku katakan demikian..?
Kerana..
Dalam waktu yang terlalu singkat..
Tanpa perlukan setahun atau setengah tahun...
Si Die mampu untuk merawat luka, kepedihan dan kesedihan yang Aku berikan dalam waktu yang singkat..
Dan ia juga membuat Aku berfikir sejenak..
Betapa Dia sering mampu mencari pengganti untuk merawat hatinya yang luka dalam waktu yang singkat.
Bagaimana Dia mampu untuk membuka hatinya untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam waktu yang singkat..
Sedangkan Aku sendiri masih meratapi dan menangisi kegagalan ini.
Kerana pada Aku Dia selamanya cinta terakhir dalam hidup ini.
Walau Aku sedar itu sememangnya perkara yang betul untuk Dia lakukan..
Dan Aku hanya mampu berharap..
Dia hanya akan membuka pintu hatinya untuk bersedia menerima insan yang lebih hebat dalam hidupnya.
Menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya untuk bertakhta hanya dalam hatinya dan bukan selainnya.
Dia..
Aku juga sedar..
Aku bukan insan yang bijak untuk menepati janji..
Namun pada Aku janji tetap janji walau kita tepati tanpa pengetahuan orang lain.
Dan satu lagi harapan mungkin tinggal harapan...
Harapan untuk melihat dia mengenakan pada diri dia mungkin tak akan kesampaian..
Atau mungkin ianya tidak lagi bernilai untuk Dia gunakan..
Namun Aku hanya mampu untuk memberi dan bukan untuk menentukan segalanya..
Dia..
Aku tahu Dia tak akan pernah percaya bahawa...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Monday, January 2, 2012
Apa Yang Aku Harapkan
Posted by AKU at 10:37 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment