Dia..
Aku kini sedar..
Terlalu jauh Dia meninggalkan Aku sekiranya berbicara tentang kemampuan.
Terlalu banyak yang mampu untuk Dia miliki berbanding Aku yang tak punya apa-apa.
Aku hanya terfikir..
Dengan kemampuan yang Dia miliki,
Dia mampu untuk memiliki semua yang lebih hebat dari apa yang pernah dia miliki sebelum ini..
Pasti Dia mampu untuk beg tangan dan purse yang lebih berjenama,
Pasti Dia mampu untuk menepati masa dengan jam tangan yang yang lebih mahal,
Pasti Dia mampu untuk menyerikan lagi jemarinya dengan barang kemas yang lebih bernilai dari apa yang pernah Dia pakai,
Dan pasti juga Dia mampu untuk menghias lehernya yang ternyata cantik dengan rantai emas yang lebih besar lebih berat dari apa yang Aku hanya mampu berikan.
Dan sekiranya apa semua yang pernah di ada sudah tidak membawa makna dn hanya layak untuk di simpan dalam sebuah kotak kedukaan,
Aku terima segalanya dengan rasa cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya ia masih dalam simpanan.
Kerana Aku sedar, itu semua tiada lagi serinya dan untuk nilainya...
Hanya Dia yang mampu menilai.
Walau tanpa Dia tahu..
Aku masih senang menggunakan/memakai segala pemberian dari Dia yang sangat bernilai pada Aku untuk sentiasa menemani setiap hari-hari yang Aku lalui.
Kerana pada Aku itu adalah sesuatu yang membuat Aku berasa Dia sentiasa ada bersama Aku walaupun sebenarnya Dia terlalu jauh dari mata ini.
Dan segalanya sentiasa menjadi sesuatu yang sangat eksklusif dalam hidup ini.
Kerana Dia sentiasa menjadi cinta terakhir dalam hidup Aku.
Dan semua itu hanya kerana...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Wednesday, January 4, 2012
Bicara Mengenai Kemampuan
Posted by AKU at 1:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment