Dia..
Apakah ini satu kebetulan..
Dia seolah-olah tahu isi hati yang Aku luahkan di dalam ruangan sempit ini..
Walau Aku tak tahu...
Sama ada masih ada ke lagi keinginan untuk Dia menyinggah di ruangan ini..
Kerana Aku tak pernah tahu..
Kerana Aku tak pernah terlihat akan kesan bahawa ruangan ini masih lagi sudi untuk di kunjungi..
Jadi..
Apakah ini satu kebetulan..
setelah Aku luahkan..
Tiba-tiba Dia memperdengarkan suara Dia pada Aku..
Sungguh Aku benar-benar terharu..
Sungguh Aku benar-benar gembira..
Namun...
Aku sebenarnya terlalu malu..
Aku tak tahu apa yang harus Aku katakan dan lakukan..
Kerana Aku terlalu malu..
Malu dengan apa yang pernah Aku lakukan kepada dia selama ini..
Malu kerana sering mengecewakan hati Dia selama ini..
MAlu kerana segala kekurangan dan ketidaksempurnaan Aku dalam membahagiakan Dia selama ini..
Malu kerana Aku tak pernah melakukan apa-apa yang terbaik untuk Dia..
Malu dengan siapa Dia sekarang
Malu dengan siapa Aku yang sentiasa di takuk yang lama...
Tiada perubahan..
Malu dengan kemampuan Dia..
Malu dengan kedudukan Dia..
Malu itu... Malu ini...
Segala-galanya membuatkan Aku malu...
Dan bila Au sedar yang Aku tak layak hidup dalam hidup Dia..
Kerana Aku hanya layak mati..
Semua itu membuat Aku terlalu-lalu malu..
Malu untuk berkata-kata dengan Dia..
Seperti segannya kita kepada orang yang lebih berpangkat dari kita..
Kerana Aku sedar..
Aku sekadar mentimun.. Dan Dia ibarat Durian..
Melanggar Aku hancur... di langgar apatah lagi..
Segala kekurangan, kesilapan, ketidaksempurnaan, kedudukan, kemampuan membuat Aku terlalu malu kepada Dia..
Walau....
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Monday, January 30, 2012
Apakah Ini Satu Kebetulan
Posted by AKU at 10:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment