BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 13, 2012

Jawapan Yang Perlu Di fikir-fikirkan

Dia..
Sesungguhnya Aku juga setiap hari merindui Dia..
Setiap masa, setiap saat..
Dan Aku juga sedikit terkilan apabila dalam masa yang singkat..
Bagaimana Aku setiap hari merindui Dia..
(walau Aku tak menyatakan)
Dia sudah mampu mendapat pengganti di dalam hati Dia..
Namun Aku redha...

Dia..
Terlebih dahulu Aku memohon maaf..
Maafkan Aku sekiranya ini akan membuat Dia berasakan Aku terlalu suka mengungkit..
(sepeti juga dulu, setiap apa yang Aku cuba terangkan akan dikatakan sebagai Aku seorang pengungkit)

Pernahkah Dia teringat..
Beberapa kali Aku cuba untuk berjumpa dengan Dia..
Walau tanpa Dia ketahui,
Walau tanpa Dia mahu,
Aku tetap berusaha untuk pergi untuk berjumpa Dia..
Walaupun Aku tahu ketika itu sememang-memangnya Dia tak mahu langsun berjumpa dengan Aku..
Aku tetap pergi walau akhirnya hajat Aku tak kesampaian..

Ingatkah Dia bagaimana Aku menunggu Dia..
Walau Aku tak dapat berjumpa Dia..
Igatkah Dia bagaimana Aku cuba untuk pergi ke arah Dia..
Walau selepas Aku sampai, Aku di suruh pulang begitu sahaja..
Ingattkah Dia, perkara sebegitu terjadi mungkin hanya sekali..

Mengapa?
Mengapa Aku sanggup untuk itu semua..
Jawapannya..
Aku cuba berusaha..
Walau hanya mampu Aku lihat dari jauh..
Walau hati ini pedih hanya dapat melihat tanpa bertemu,
Walau hati ini pedih bila di suruh pulang semula,
Walau Aku cuba cari Dia, walau Dia sebenarnya tiada di situ,
Semua itu hanya kerana Aku mahu Dia tahu betapa Aku cuba untuk berusaha,
Aku cuba untuk memberitahu Dia betapa Aku sayangkan Dia..
Kerana ianya sangat indah walau Aku hanya dapat melihat Dia hanya dari kejauhan.

Dia..
Aku juga masih ingat...
Bagaimana saat-saat terakhir..
Semua itu menunjukkan betapa jelas Aku seorang yang tidak berguna..
Dia Akui yang Aku tak pernah mampu untuk membantu Dia di saat Dia memerlukan..
Betapa kecewa bila Dia mengatakan betapa seronok Dia bila mana sehingga pakaian dalam juga si-dia mampu untuk sediakan,
Betapa pedih juga bila panggilan "Aku" "Ko" sentiasa lancar untuk di ungkapkan..
Malah lebih pedih lagi bila terkeluar dari bibir Dia sendiri...
"Pergi mati"
Sangat-sangat pedih..
Tetapi Aku cukup sedar ketika itu..
Tiada apa yang mampu untuk Aku lakukan..
Hanya menerima segalanya seadanya..
Menerima bahawa diri ini terlalu serba kekurangan dan terlalu banyak kesilapan di dalam hidup Dia..
Dan kerana Aku terlalu sayangkan Dia..
Aku mahu Dia hidup lebih bahagia dan ceria bersama insan yang mampu untuk membahagiakan Dia.
Kerana Aku sedar Aku tak pernah mampu..

Dia..
Maafkan Aku sekali lagi andai semua ini membuatkan Dia lebih marah kepada Aku..
Aku tak pernah sesekali salahkan Dia..
Kerana Aku sedar, Aku terlalu mengecewakan Dia..
Dan sekiranya Aku berada di tempat Dia..
Pasti Aku akan bertindak lebih teruk dari itu..

Maafkan Aku sekali lagi...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: