Dia..
Apakah ini satu kebetulan..
Dia seolah-olah tahu isi hati yang Aku luahkan di dalam ruangan sempit ini..
Walau Aku tak tahu...
Sama ada masih ada ke lagi keinginan untuk Dia menyinggah di ruangan ini..
Kerana Aku tak pernah tahu..
Kerana Aku tak pernah terlihat akan kesan bahawa ruangan ini masih lagi sudi untuk di kunjungi..
Jadi..
Apakah ini satu kebetulan..
setelah Aku luahkan..
Tiba-tiba Dia memperdengarkan suara Dia pada Aku..
Sungguh Aku benar-benar terharu..
Sungguh Aku benar-benar gembira..
Namun...
Aku sebenarnya terlalu malu..
Aku tak tahu apa yang harus Aku katakan dan lakukan..
Kerana Aku terlalu malu..
Malu dengan apa yang pernah Aku lakukan kepada dia selama ini..
Malu kerana sering mengecewakan hati Dia selama ini..
MAlu kerana segala kekurangan dan ketidaksempurnaan Aku dalam membahagiakan Dia selama ini..
Malu kerana Aku tak pernah melakukan apa-apa yang terbaik untuk Dia..
Malu dengan siapa Dia sekarang
Malu dengan siapa Aku yang sentiasa di takuk yang lama...
Tiada perubahan..
Malu dengan kemampuan Dia..
Malu dengan kedudukan Dia..
Malu itu... Malu ini...
Segala-galanya membuatkan Aku malu...
Dan bila Au sedar yang Aku tak layak hidup dalam hidup Dia..
Kerana Aku hanya layak mati..
Semua itu membuat Aku terlalu-lalu malu..
Malu untuk berkata-kata dengan Dia..
Seperti segannya kita kepada orang yang lebih berpangkat dari kita..
Kerana Aku sedar..
Aku sekadar mentimun.. Dan Dia ibarat Durian..
Melanggar Aku hancur... di langgar apatah lagi..
Segala kekurangan, kesilapan, ketidaksempurnaan, kedudukan, kemampuan membuat Aku terlalu malu kepada Dia..
Walau....
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Monday, January 30, 2012
Apakah Ini Satu Kebetulan
Posted by AKU at 10:18 PM 0 comments
Friday, January 27, 2012
Jadual Bekerja
Pekerja Cemerlang
8.00 pg - Masuk pejabat buat kerja...
1.00 ptg - Rehat
2.00 ptg - Masuk Pejabat buat kerja
5.30 ptg - Balik rumah
Pekerja Tak Cemerlang
8.00 pg - Sampai pejabat.. (belum masuk lagi, baru sampai)
10.00 pg - Baru siap minum pagi.. (masih belum masuk pejabat)
10.01 pg - Masuk pejabat, duduk kat kerusi menyembang dulu (belum mula buat kerja)
11.00 pg - Kontraktor telefon ajak minum...
2.30 ptg - Balik pejabat (ni dah kira cepat)
2.31 ptg - Bukak PC layan internet, youtube etc..
3.30 ptg - Cari surat khabar, baca kejap
4.30 ptg - Borak dengan kawan-kawan sama tunggu masa nak balik..
5.00 ptg - Dah tunggu dekat punch card machine, Balik...
Erm... apa yang Aku buat kerja seharian ye..?
Gaji Aku tiap-tiap bulan macam mana?
Maaf kepada sesiapa yang Aku pernah belanja makan dengan duit gaji Aku..
Bukan apa takut gaji tak berkat..
Sebab..
Dapat gaji tapi tak buat kerja pun...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 5:13 PM 0 comments
Bukan Mengungkit
Dia..
Aku mohon maaf..
Bukan niat untuk mengungkit sebenarnya..
Tetapi Aku tak mahu alaminya lagi..
Kerana Aku malu..
Malu apabila Aku di anggap mengganggu Dia ketika bekerja..
Aku sedar Dia punya tanggungjawab yang lebih besar..
Lebih besar pangkat, lebih banyak kije dan lebih besar tanggungjawabnya..
Aku masih ingat bagaimana komitednya Dia bekerja sehinggakan mesej dan panggilan Aku seperti mengganggu..
Dan Aku tak mahu ia berulang kerana Aku malu..
Aku tak bekerja seperti Dia..
Aku banyak mengular..
Aku banyak cabut kerja..
Aku banyak cuti tanpa isi borang cuti..
Dalam waktu kerja Aku sibuk mesej, sibuk telefon sehingga mengganggu orang lain yang bersungguh-sungguh bekerja..
Seperti yang Dia katakan..
Dia hanya boleh ketika cuti..
Ketika hari tak bekerja...
Mungkin Dia bukan seperti Aku yang boleh ke mana-mana walau dalam waktu bekerja..
Walau keluar daerah sekalipun...
Oleh itu Aku faham...
Dan kalau itu tak boleh Dia lakukan...
Aku masih tertunggu-tunggu...
Untuk setidak-tidaknya dapat mendengar suara..
Tetapi Aku faham..
Dia hanya mampu ketika cuti..
Kerana ketika cuti Dia tak bekerja..
Dan Aku mohon maaf..
Ketika cuti Aku pula yang hanya akan menyakitkan hati Dia..
Dan Aku juga faham..
Ketika bekerja Dia takkan sempat walau hanya untuk setidak-tidaknya mendengar suara..
Kerana Aku faham dengan tanggungjawab dan budaya bekerja yang Dia amalkan..
Dia..
Maafkan Aku..
Kerana..
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 4:55 PM 0 comments
Wednesday, January 25, 2012
Kemahuan Dia..
Dia..
Dia sangat kenal pada Aku bukan..?
Dia amat tahu dengan siapa Aku bukan?
Ya..
Aku yang tak pernah sempurna untuk Dia..
Aku yang sentiasa sakiti hati Dia..
Aku yang sentiasa buat Dia terluka..
Aku yang sentiasa tak mampu membantu di kala Dia sangat-sangat memerlukan..
Dia..
Kerana Aku hanya mahu Dia hidup lebih bahagia dan gembira..
Kerana Aku mahu hidup Dia lebih sempurna bersama insan yang paling layak di dalam hatinDia..
Kerana Aku sedar Aku takkan pernah buat Dia bahagia..
Kerana Aku sedar Dia tak pernag bahagia dengan Aku..
Maafkan Aku Dia..
Di dalam hati ini Dia sentiasa ada..
Dia sentiasa bertakhta di dalam hati ini..
Dia sentiasa berada di dalam hati ini..
Namun..
Aku sedar..
Selama ini juga Aku hanya membawa malang dalam hidup Dia..
Hidup Dia tak pernah bahagia bersama Aku..
Kerana ketidaksempurnaan dan kejahilan Aku dalam menjaga dan membahagiakan hati Dia..
Namun....
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 4:07 PM 0 comments
Thursday, January 19, 2012
MCD- Bukan J**
Aku pernah dengar dahulu..
Sekiranya Dia telah mampu untuk memiliki 'kemudahan' sendiri..
Mungkin J** yang akan jadi pilihan...
Mungkin Aku yang silap...
Ianya sekadar 'mungkin'
Atau mungkin 'benci' pada johor khususnya muar sudah tertanam dalam hatinya
Benar kan apa yang Aku katakan..
Tiada lagi halangan
Tiada lagi masalah untuk Dia buat apa saja untuk miliki segalanya..
Dengan kemampuan yang Dia ada kini..
Aku tumpang gembira walau hanya dari kejauhan..
Walau Aku sedar..
"Kemudahan" itu bukan layak untuk Aku "merasa" seperti apa yang pernah Dia katakan dahulu..
Aku sedar..
Pasti ada insan-insan yang nyata lebih layak untuk itu..
Dan Aku hanya layak mendengar dan tahu sahaja..
Bukan untuk melihat malah merasa.
Dan nyata juga kemudahan itu bukan untuk di "korbankan" berjalan beribu batu semata-mata untuk Aku..
Mungkin walau hanya untuk memberitahu kesungguhan yang Dia berusaha untuk datang kepada Aku..
Atau mungkin ianya hanya perbuatan yang sia-sia dalam hidup Dia..
Tapi bukan pada Aku....
Tahniah...
Dia sudah ada segalanya kini..
Segala yang menjadi impian dan idaman di dalam genggaman..
Dan Aku hanya mampu untuk melihat Dia gembira, bukan berkongsi..
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 11:37 PM 0 comments
Wednesday, January 18, 2012
Kosong....
Dia..
Aku tahu kini Dia sentiasa lebih mampu dari apa yang Aku mampu dahulu..
Kewangan dan kemudahan bukan lagi masalah pada Dia..
Segala keinginan mampu untuk di realisasikan dengan mudah..
Berjalan ke mana-mana juga sudah menjadi hobi baru..
Kerana segalanya mampu untuk di miliki..
Dia..
Maafkan Aku sekiranya "penunjuk masa" itu sudah tidak menjadi keperluan..
Atau pergelangan itu sedia untuk di hiasi dengan "penunjuk masa" yang lebih bergaya..
Mungkin juga nyawa yang di gantikan pada "penentu masa"itu adalah yang murah dan menyebabkan ia tak bernyawa lagi..
Hilang nyawa bermakna hilang keperluan dan kegunaannya..
Dia..
Aku tidak tahu apa yang ada di sebalik kerudung Dia..
Adakah masih ada ruang untuk perhiasan murah dan halus itu atau sudah di ganti dengan yang lebih cantik dan berharga..
Kerana Aku tak lagi mampu untuk melihat...
Dia..
Walaupun samar dan kurang jelas..
Aku masih mahu berterima kasih sekiranya di jari hantu itu adalah pengganti diri Aku..
Sebagaimana Aku pernah katakan ketika hiasan itu Aku berikan kepada Dia..
Mungkin pantai dan laut mampu untuk menjadi saksi..
Namun sekali lagi maafkan Aku kerana ia tak sesuai di sarungkan ke jari manis...
Kerana kejahilan AKu menentukan saiz yang tepat...
Dia...
"penentu masa" ini sentiasa menjadi teman Aku setiap hari..
Kerana setiap saat, setiap detik Aku sentiasa ingatkan Dia..
Dia..
Hiasan di jari manis ini sentiasa tersarung..
Kerana pada Aku ia adalah Dia yang sentiasa dekat dengan diri ini..
Dia..
Maafkan Aku sekiranya semua di atas membuat Dia semakin bertambah jelik dengan karenah Aku..
Aku sedar..
Segalanya adalah sudah menjadi hak Dia..
Dan semuanya terpulang kepada Dia untuk menentukan..
Namun...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 12:56 PM 0 comments
Monday, January 16, 2012
Aku Sentiasa Seperti Dulu
Dia..
Maafkan Aku..
Aku adalah Aku..
Dan Aku sentiasa seperti dahulu..
Aku takut...
Aku akan terus membuat Dia kecewa dengan setiap kesilapan dan kekurangan diri Aku..
Dia telah cukup derita atas segala kesilapan dan kekurangan Aku dahulu..
Kerana Aku sentiasa seperti dahulu...
Aku pasti akan terus rasa bersalah kerana Aku yang dahulu adalah insan yang sentiasa mengecewakan hidup Dia..
Dia...
Maafkan Aku..
Aku adalah Aku..
Dan Aku sentiasa seperti dahulu..
Aku masih seperti dahulu yang tak semampu seperti Dia sekarang..
Aku masih seperti dahulu yang tidak punya kedudukan dan kejayaan seperti Dia sekarang
Dan Aku tahu, Dia lebih mampu untuk miliki apa sahaja lebih dari apa yang pernah Aku mampu berikan...
Dan kerana itu Aku akan terus berasa malu atas kekurangan diri Aku ini..
Dan akan lebih malu apabila Aku tahu isi di dalam dompet yang Dia berikan tak setebal isi di dalam dompet yang Aku berikan...
Kerana Aku sedar, Dia lebih mampu dari Aku...
Juga kerana Aku tahu pendapatan Dia terlalu jauh lebih meninggalkan Aku..
Dia...
Percayalah...
Aku akan terus rasa bersalah dan Aku akan terus berasa malu..
Maafkan Aku..
Dia...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 10:51 PM 0 comments
Maafkan Keterlanjuran Aku
Dia..
Maafkan Aku..
Aku sedar sudah terlalu penat Dia melayan karenah Aku..
Aku sedar sudah terlalu letih Dia melayan Aku yang entah apa-apa..
Aku sedar dengan setiap kesilapan dan keterlanjuran Aku..
Dia..
Maafkan Aku sekiranya Aku terus mengganggu kehidupan indah Dia..
Maafkan Aku kerana sentiasa menjadi bukan yang terindah dalam hidup Dia..
Dia...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 1:48 PM 0 comments
Friday, January 13, 2012
Jawapan Yang Perlu Di fikir-fikirkan
Dia..
Sesungguhnya Aku juga setiap hari merindui Dia..
Setiap masa, setiap saat..
Dan Aku juga sedikit terkilan apabila dalam masa yang singkat..
Bagaimana Aku setiap hari merindui Dia..
(walau Aku tak menyatakan)
Dia sudah mampu mendapat pengganti di dalam hati Dia..
Namun Aku redha...
Dia..
Terlebih dahulu Aku memohon maaf..
Maafkan Aku sekiranya ini akan membuat Dia berasakan Aku terlalu suka mengungkit..
(sepeti juga dulu, setiap apa yang Aku cuba terangkan akan dikatakan sebagai Aku seorang pengungkit)
Pernahkah Dia teringat..
Beberapa kali Aku cuba untuk berjumpa dengan Dia..
Walau tanpa Dia ketahui,
Walau tanpa Dia mahu,
Aku tetap berusaha untuk pergi untuk berjumpa Dia..
Walaupun Aku tahu ketika itu sememang-memangnya Dia tak mahu langsun berjumpa dengan Aku..
Aku tetap pergi walau akhirnya hajat Aku tak kesampaian..
Ingatkah Dia bagaimana Aku menunggu Dia..
Walau Aku tak dapat berjumpa Dia..
Igatkah Dia bagaimana Aku cuba untuk pergi ke arah Dia..
Walau selepas Aku sampai, Aku di suruh pulang begitu sahaja..
Ingattkah Dia, perkara sebegitu terjadi mungkin hanya sekali..
Mengapa?
Mengapa Aku sanggup untuk itu semua..
Jawapannya..
Aku cuba berusaha..
Walau hanya mampu Aku lihat dari jauh..
Walau hati ini pedih hanya dapat melihat tanpa bertemu,
Walau hati ini pedih bila di suruh pulang semula,
Walau Aku cuba cari Dia, walau Dia sebenarnya tiada di situ,
Semua itu hanya kerana Aku mahu Dia tahu betapa Aku cuba untuk berusaha,
Aku cuba untuk memberitahu Dia betapa Aku sayangkan Dia..
Kerana ianya sangat indah walau Aku hanya dapat melihat Dia hanya dari kejauhan.
Dia..
Aku juga masih ingat...
Bagaimana saat-saat terakhir..
Semua itu menunjukkan betapa jelas Aku seorang yang tidak berguna..
Dia Akui yang Aku tak pernah mampu untuk membantu Dia di saat Dia memerlukan..
Betapa kecewa bila Dia mengatakan betapa seronok Dia bila mana sehingga pakaian dalam juga si-dia mampu untuk sediakan,
Betapa pedih juga bila panggilan "Aku" "Ko" sentiasa lancar untuk di ungkapkan..
Malah lebih pedih lagi bila terkeluar dari bibir Dia sendiri...
"Pergi mati"
Sangat-sangat pedih..
Tetapi Aku cukup sedar ketika itu..
Tiada apa yang mampu untuk Aku lakukan..
Hanya menerima segalanya seadanya..
Menerima bahawa diri ini terlalu serba kekurangan dan terlalu banyak kesilapan di dalam hidup Dia..
Dan kerana Aku terlalu sayangkan Dia..
Aku mahu Dia hidup lebih bahagia dan ceria bersama insan yang mampu untuk membahagiakan Dia.
Kerana Aku sedar Aku tak pernah mampu..
Dia..
Maafkan Aku sekali lagi andai semua ini membuatkan Dia lebih marah kepada Aku..
Aku tak pernah sesekali salahkan Dia..
Kerana Aku sedar, Aku terlalu mengecewakan Dia..
Dan sekiranya Aku berada di tempat Dia..
Pasti Aku akan bertindak lebih teruk dari itu..
Maafkan Aku sekali lagi...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 5:28 PM 0 comments
Wednesday, January 11, 2012
Maafkan Aku
Aku mohon maaf atas keterlanjuran setiap kata2 Aku..
Aku tak bermaksud untuk menyakiti hati Dia lagi..
Selama ini terlalu banyak yang bersarang di dalam minda ini,
Apa yg sedang Dia lakukan, bagaimana keadaan Dia..
Dan Aku akui segala perasaan cemburu ini tetap ada di dalam hati ini,
Dan setiap apa yg berlaku kepada diri Dia membuatkan Aku sentiasa berasa cemburu.
Dia...
Maafkan Aku..
Kejam sangatkah Aku dimata Dia..?
Tak pernah sekali-kali Aku menggangap Dia sebegitu..
Pada Aku Dia adalah seorang wanita yang terlalu sempurna yang pernah muncul dalam hidup ini..
Dan dalam masa yang sama, Aku sedar...
Aku terlalu banyak kekurangan untuk membuatkan Dia bahagia..
Aku terlalu banyak kesilapan yang Aku sedar takkan mampu untuk di maafkan..
Dia...
Aku sentiasa percaya..
Perasaan kasih,sayang dan cinta ini untuk Dia sentiasa ada..
Tak pernah padam..
Namun Aku sedar,...
Apa ertinya semua itu seandainya Aku tak mampu untuk membahagiakan hidup Dia..
Hidup Dia sentiasa sengsara dan merana selama ini bersama Aku..
Aku sedar....
Segala apa yang pernah Aku cuba lakukan takkan pernah dapat memenuhi tuntutan kebahagiaan yang ingin Dia miliki..
Dia..
Maafkan Aku sekali lagi..
Dan Aku mahu Dia tahu..
Dia sentiasa menjadi permaisuri di hati ini..
Kerana...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 5:18 PM 0 comments
Tuesday, January 10, 2012
Aku Sentiasa Punyai Perasaan Cemburu
Dia..
Empat bulan mungkin tempoh yang cukup panjang bagi Dia..
Cukup panjang dan lama untuk Dia mampu dan sempat mencari pengganti di dalam hati Dia..
Pengganti yang mampu mengisi kekosongan dalam hati dan jiwanya yang sentiasa Aku lukakan sebelum ini.
Cukup panjang untuk Dia sempat bermanja dan mencurahkan segala kasih sayang Dia kepada pengganti yang mampu merawat luka di hati Dia..
Dan mungkin cukup panjang untuk Dia menyimpan dan mengabadikan sebanyak mungkin kenangan indah bersama pengganti yang pasti lebih membahagiakan berbanding Aku.
Aku hanya mampu meneka....
Mungkin juga sudah banyak gambar-gambar bersama Si Dia yang telah sempat di abadikan sebagai memori kasih mereka..
Pengalaman pernah mengajar Aku..
Betapa singkat masa yang Dia perlukan untuk menerima sesorang di dalam hatinya sebagai pengubat segala luka..
Sekiranya pengalaman mampu di jadikan ukuran...
Adam adalah pengalaman yang cukup dekat.
Bagaimana waktu petang Dia mengatakan tak kan mungkin ada apa-apa, sebaliknya pula yang berlaku bila malam menjelma..
Hanya dalam beberapa hari perkenalan tanpa belum sempa berjumpa,
Satu ikatan kasih sayang sudah mampu di wujudkan..
Aku sedar..
Segalanya itu berpunca dari Aku..
Aku yang tak pernah membahagiakan Dia..
Dan Dia sentiasa mencari kebahagiaan hakiki dalam hidup Dia..
Aku yang tak sempurna dalam hidup Dia...
Dan Dia memcari kesempurnaan seorang lelaki untuk bertakhta dalam hati Dia..
Dia..
Maafkan Aku..
Seandainya kehadiran Aku selama ini hanya membawa keburukan dari kebaikan..
Seandainya kehadiran Aku selama ini hanya membawa kecelakaan dari kesempurnaan..
Dan seandainya kehadiran Aku selama ini hanya membawa malang dalam kehidupan Dia..
Dia..
Ternyata...
Perasaan cemburu itu kerana kasih..
Perasaan cemburu itu kerana sayang...
Perasaan cemburu itu kerana cinta..
Dan...
Selama-lamanya perasaan cemburu ini sentiasa ada untuk Dia..
Kerana kasih, sayang dan cinta ini tak pernah padam sampai bila-bila..
Walau Aku tak mampu untuk luahkan, tunjukkan..
Kerana Aku sedar..
Aku bukan kebahagiaan dan kesempurnaan yang layak dalam hidup Dia..
Terlalu banyak kesilapan, kesalahan, kejahilan dan kitidaksempurnaan Aku untuk Dia selama ini...
Dia..
Aku tak pernah jemu untuk memohon supaya di ampuni segala salah dan silap Aku selama ini..
Kerana...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 7:33 PM 0 comments
Monday, January 9, 2012
Aku Yang Tak Mengharap
Dia..
Aku mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, kesilapan dan kekurangan Aku selama ini.
Maafkan Aku kerana tak pernah mampu berikan yang terbaik untuk Dia..
Maafkan Aku kerana tak pernah ada untuk Dia di saat-saat Dia memerlukan..
Dan masih jelas lagi dalam ingatan Aku dengan apa yang di ungkapkan..
Maafkan Aku kerana tak pernah mampu membantu Dia di saat-saat Dia memerlukan bantuan.
Dia..
Maafkan Aku sekiranya coretan sebelum ini membuat kamu serba salah..
Percayalah ia hanya sekadar coretan luahan hati dan bukannya harapan yang terlalu tinggi.
Aku sedar, dengan kerjaya yang Dia ada sekarang,
Mana mungkin Dia dengan mudah untuk kesana kemari tanpa hala tujuan yang penting melainkan untuk menunaikan tanggungjawab Dia sebagai pegawai awam yang berdedikasi.
Mana mungkin Dia korbankan masa kerja untuk perkara-perkara yang pada Dia mungkin tak membawa faedah.
Dia ada berkata "tugas Dia bukan sekadar duduk di pejabat sahaja, tetapi banyak keluar untuk menyelesaikan tugas yang diberi"
Dan Aku juga teringat bila Dia pernah berkata yang Aku mudah untuk kesana kemari kerana tugas Aku banyak di luar pejabat.
Jadi di sini Aku sedang memikirkan apa perbezaan yang Dia maksudkan.
Mungkin juga atas tuntutan kerjaya Dia kini..
Menyebabkan tiada istilah cuti selain dari sabtu dan ahad.
Namun..
Aku juga sedar..
Aku tak mengharapkan untuk Dia lakukan..
Kerana Aku sedar..
Aku bukan insan paling layak untuk semua itu,
Selepas apa saja yang telah Aku lakukan kepada Dia sebelum ini..
Aku terlalu banyak melukakan hati dan perasaan Dia..
Maafkan Aku..
Kerana terus menyanyangi diri Dia..
Percayalah...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 12:06 PM 0 comments
Friday, January 6, 2012
Maafkan Aku
Dia...
Maafkan Aku...
Seperti yang Dia kenal Aku selama ini..
Aku seorang yang sering gagal membahagiakan Dia..
Aku seorang yang sering mengecewakan hidup Dia..
Aku seorang yang membawa kedukaan dalam hidup Dia..
Dan semua itu membuatkan Aku sedar..
Dia berhak untuk kecapi semua itu bersama insan yang lebih layak dalam hidup Dia..
insan yang mampu beri segala-gala kemahuan Dia selama ini.
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 12:31 PM 0 comments
Sekadar Coretan Rasa
Dia..
Terima kasih Aku ucapkan atas kesudian Dia untuk masih lagi menggunakan semua itu sebagai pelengkap dalam kehidupan seharian.
Walau Aku sedar, segalanya itu mampu untuk di gantikan dengan yang lebih cantik, bernilai, berjenama dengan kemampuan yang Dia ada sekarang.
Dia...
Aku dapat rasakan tentang satu perkara yang tak pernah atau takkan pernah kamu gunakan untuk selama-lamanya walau sesaat..
Dan Aku tak mampu malah Aku tiada hak untuk mengatakan Dia perlu lakukan begini atau begitu..
Segalanya terletak di dalam genggaman keputusan dan kehandak Dia sendiri,
Walaupun masih ada lagi perkara yang tak sempat untuk Aku lihat akan menjadi penghias pada penampilan diri Dia...
Kerana pada kesempatan yang pernah ada, Aku tak pernah lihat Dia merasa untuk menunjukkan pada Aku bahawa ianya patut untuk Aku llihat menjadi pelengkap gaya penampilan Dia.
Mungkin sesuatu itu tak pernah sesuai untuk digayakan dengan penampilan dalam kerjaya yang Dia ada sekarang,
Atau ianya terlalu ringkas dan kurang bergaya apabila di kenakan pada diri Dia..
Namun walau apa pun yang berlaku,
Aku tetap pasrah kerana di kesempatan yang ada, aku masih tak berkesempatan untuk melihat.
Atau mungkin ia masih tersimpan rapi didalam bungkusan kerana ada yang lebih bergaya, sesuai dan lebih berjenama dari apa yang pernah Aku mampu berikan.
Kerana disitu juga tempat Dia menyimpan simbol kemampuan yang Dia miliki kini.
Dia...
Sebenarnya ada beberapa perkara yang ingin Aku luahkan disini,
Dan Aku memohon maaf sekiranya ia sudah tidak relevan lagi untuk Aku suarakan disini,
Dan Aku lebih rela untuk simpan di dalam hati daripada Aku luahkan.
Namun Aku juga manusia yang perlu melepaskan apa yang terbuku di hati ini.
Dan mungkin coretan didalam ruangan ini dapat membantu,
Walau Aku tahu tidak akan ada sebarang kesan yang menunjukkan coretan ini ada peminatnya.
Dia...
Dapat Aku sedari dari sebelum Dia berhijrah ke kota lagi,
Sebelum Dia menempuh kerjaya baru dalam kehidupan
Dan juga sebab dari segala kekurangan dan kesilapan Aku..
Aku tahu, Aku hanya insan biasa dalam hidup Dia..
Kerana cukup sekadar nama penuh Aku yang menjadi petanda bahawa itu panggilan atau pesanan dari Aku, walaupun ia adalah talian yang kita cari bersama.
Dan Aku takkan ambil hati sekiranya ia adalah pada talian kepunyaan orang lain.
Namun tiada lagi ganti nama seperti apa yang di lafaz di bibir..
Dari itu Aku dapat rasakan bahawa Aku tidak lagi membawa erti yang indah dalam hidup Dia.
Dia...
Sebenarnya Aku cukup rasa terkilan ketika itu,
Namun Aku sedar ia mungkin sebagai petunjuk,
Dan Aku mohon maaf sekiranya di saat itu Aku tidak bersikap rasional dengan percakapan atau perbuatan Aku..
Ketika itu, Aku bersemangat mengharungi perjalanan beratus batu...
Ketika itu, Dia juga telah mengetahui akan kehadiran Aku..
Dan tiba-tiba...
Aku dapat lihat, ianya tidak menjadi penghias lehernya...
Dan lebih membuatkan Aku terasa, apabila ia di ganti dengan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidupnya,
Mengapa Aku berkata demikian..
Kerana walau telah mengetahui kehadiranku..
Dia "terlupa" untuk membuat sesuatu supaya Aku tidak lihat bahawasanya sesuatu yang lebih bernilai itu telah menjadi pengganti.
Dan ketika itu juga Aku cuba untuk menerima hakikat bahawa hanya 'sebesar' itu yang mampu Aku berikan..
Dan lebih perit apabila Aku tahu ia ditinggalkan di rumah dan perhiasan itu hanya di buka selepas Aku memintanya.
Dia...
Mungkin soalan ini tak patut untuk Aku luahkan
Namun Aku cuba untuk suarakan walau Aku tak minta untuk ia di tunaikan..
Dengan segala apa yang mampu Dia miliki sekarang..
Apakah pernah terlintas untuk Dia mengharungi beratus batu untuk orang yang sering dan sentiasa mengecewakan hidup Dia selama ini.
Aku tak pasti jawapannya..
Namun Aku pernah lalui..
Kesanggupan yang Dia ingin dan tak ingin lakukan..
Kerelaan dan kesungguhan untuk Dia mengharungi laluan yang sibuk lagi merbahaya hanya untuk Si-dia.
Kerana risaukan kesihatan si-dia, kerana terlalu ingin berjumpa dengan si-dia, kerana ingin menemankan si-dia,
Semua itu menjadi pembakar semangat untuk Dia melakukan perkara yang sangat jarang Dia lakukan sebelum ini, dan perkara yang Dia sendiri pernah katakan bahawa Dia takut untuk lakukan,
Dan akhirnya Aku pasrah, kerana itu semua tidak pernah berpihak pada Aku walau sekali.
Dan Aku juga tak mengambil hati kerana ketika itu segala yang Aku lakukan adalah ikhlas untuk membahagiakan Dia.
Dia...
Walau Aku hanya mampu tahu dari penulisan, Aku dapat rasakan betapa bahagianya Dia bersama...
Makan sama-sama, balik kampung/kota sama-sama, bercuti sama-sama (walau sejauh penang)(maafkan Aku kerana tak pernah mampu bawa Dia ke percutian yang membuatkan Dia bahagia), segalanya dilakukan bersama,
Tiada halangan dan sekatan seperti bersama Aku dulu..
Segalanya perlu sembunyi-sembunyi..(mengjengkelkan dan tidak membahagiakan)
Dia...
Maafkan Aku..
Aku sedar terlalu banyak ayat dan luahan yang pasti mengjengkelkan dan menjelekkan Dia..
Namun Aku tak minta apa-apa,
Sekadar melepaskan apa yang terbuku dalam hati ini,
Dan juga sedar atas kekurangan diri ini.
Segala yang Dia miliki kini adalah hak Dia..
Segala keputusan ada di tangan Dia..
Aku hanya mampu berdoa setiap masa untuk kejayaan di dalam hidup Dia..
Semoga apa yang di lalui selepas ini lebih baik dari apa yang di lalui sebelum ini bersama Aku..
Dia...
Percayalah..
Sekiranya ada kelahiran kali kedua..
Dia pasti tidak akan Aku siakan..
Kerana...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 2:20 AM 0 comments
Dia Yang Tak Pernah Bersalah
Dia..
Sedikit pun Aku tak pernah rasakan dan beranggapan Dia pernah bersalah,
Tidak pernah sama sekali,
Kerana pada Aku..
Dia telah melakukan yang lebih dari yang terbaik untuk Aku selama ini,
Dan Aku sebenarnya gagal untuk membalas segala yang terbaik dari Dia untuk Dia.
Kerana sebenarnya Aku yang terlalu banyak silap dan salah ke atas dirinya..
Kerana sebenarnya Aku yang sering melukakan dan mengecewakan hatinya selama ini..
Dia..
Maafkan Aku kerana tak pernah mampu berikan yang terbaik untk Dia selama ini..
Dan Aku yakin Aku juga tak layak untuk berkongsi segala apa yang Dia kecapi kini..
Kerana Aku terlalu serba kekurangan dalam memberikan segala apa yang Dia patut dapat dari insan yang paling layak..
Walaupun...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 1:59 AM 0 comments
Wednesday, January 4, 2012
Bicara Mengenai Kemampuan
Dia..
Aku kini sedar..
Terlalu jauh Dia meninggalkan Aku sekiranya berbicara tentang kemampuan.
Terlalu banyak yang mampu untuk Dia miliki berbanding Aku yang tak punya apa-apa.
Aku hanya terfikir..
Dengan kemampuan yang Dia miliki,
Dia mampu untuk memiliki semua yang lebih hebat dari apa yang pernah dia miliki sebelum ini..
Pasti Dia mampu untuk beg tangan dan purse yang lebih berjenama,
Pasti Dia mampu untuk menepati masa dengan jam tangan yang yang lebih mahal,
Pasti Dia mampu untuk menyerikan lagi jemarinya dengan barang kemas yang lebih bernilai dari apa yang pernah Dia pakai,
Dan pasti juga Dia mampu untuk menghias lehernya yang ternyata cantik dengan rantai emas yang lebih besar lebih berat dari apa yang Aku hanya mampu berikan.
Dan sekiranya apa semua yang pernah di ada sudah tidak membawa makna dn hanya layak untuk di simpan dalam sebuah kotak kedukaan,
Aku terima segalanya dengan rasa cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya ia masih dalam simpanan.
Kerana Aku sedar, itu semua tiada lagi serinya dan untuk nilainya...
Hanya Dia yang mampu menilai.
Walau tanpa Dia tahu..
Aku masih senang menggunakan/memakai segala pemberian dari Dia yang sangat bernilai pada Aku untuk sentiasa menemani setiap hari-hari yang Aku lalui.
Kerana pada Aku itu adalah sesuatu yang membuat Aku berasa Dia sentiasa ada bersama Aku walaupun sebenarnya Dia terlalu jauh dari mata ini.
Dan segalanya sentiasa menjadi sesuatu yang sangat eksklusif dalam hidup ini.
Kerana Dia sentiasa menjadi cinta terakhir dalam hidup Aku.
Dan semua itu hanya kerana...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 1:03 PM 0 comments
Monday, January 2, 2012
Apa Yang Aku Harapkan
Salam tahun baru..
Semoga tahun baru ini membawa berjuta erti yang lebih baik dalam hidup Dia.
Semoga tahun baru ini membawa rezki dan rahmat yang lebih baik dlam hidup Dia.
Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang mampu untuk Dia menunaikan segala keinginan dan harapan Dia selama ini.
Walaupun kini Aku jauh di mata..
Namun Dia sentiasa dekat di hati ini..
Sesungguhnya..
Aku sedar si-die pastinya terlalu hebat..
Mengapa Aku katakan demikian..?
Kerana..
Dalam waktu yang terlalu singkat..
Tanpa perlukan setahun atau setengah tahun...
Si Die mampu untuk merawat luka, kepedihan dan kesedihan yang Aku berikan dalam waktu yang singkat..
Dan ia juga membuat Aku berfikir sejenak..
Betapa Dia sering mampu mencari pengganti untuk merawat hatinya yang luka dalam waktu yang singkat.
Bagaimana Dia mampu untuk membuka hatinya untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam waktu yang singkat..
Sedangkan Aku sendiri masih meratapi dan menangisi kegagalan ini.
Kerana pada Aku Dia selamanya cinta terakhir dalam hidup ini.
Walau Aku sedar itu sememangnya perkara yang betul untuk Dia lakukan..
Dan Aku hanya mampu berharap..
Dia hanya akan membuka pintu hatinya untuk bersedia menerima insan yang lebih hebat dalam hidupnya.
Menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya untuk bertakhta hanya dalam hatinya dan bukan selainnya.
Dia..
Aku juga sedar..
Aku bukan insan yang bijak untuk menepati janji..
Namun pada Aku janji tetap janji walau kita tepati tanpa pengetahuan orang lain.
Dan satu lagi harapan mungkin tinggal harapan...
Harapan untuk melihat dia mengenakan pada diri dia mungkin tak akan kesampaian..
Atau mungkin ianya tidak lagi bernilai untuk Dia gunakan..
Namun Aku hanya mampu untuk memberi dan bukan untuk menentukan segalanya..
Dia..
Aku tahu Dia tak akan pernah percaya bahawa...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 10:37 AM 0 comments