BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 15, 2012

Mengapa?

Dia...
Terima kasih kerana buat Aku begini..
Terima kasih kerana sembunyikan perkara sebenar dari Aku..
Apa sahaja yang Dia perkatakan tak sama dengan apa yang Dia lakukan untuk si dia...

Dulu....
Dia cakap pada Aku...
Pada mulanya tak pernah ada orang tahu tentang mereka...
Setelah satu peristiwa...
Dia kata semua kawan-kawan seakan-akan tahu tentang hubungan mereka
(aku col masa Dia bersama kawan dia)
Dan kini setelah Dia beritahu bahawa malam jumaat tempoh hari Dia keluar bersama...
Dia kata memang semua kawan-kawan dah lama tahu...
Apa sebenarnya yang Dia cuba sembunyikan dari Aku?

Dulu..
Dia selalu cakap pada Aku...
"takde masa nak msg col dia"
Tapi sebenarnya?
Setelah Aku mengharungi beribu batu untuk bertemu Dia...
Walau hati Aku sedikit terasa dengan kegusaran Dia..
Gusar kerana Aku datang ke pejabat Dia..
Gusar kerana ada kawan si dia...
Gusar kerana takut si dia tahu...
Rupa-rupanya....
Keesokkan harinya mereka keluar bersama....
Walau tanpa pengetahuan Aku...
Ya... Mungkin Aku tak layak untuk mencampuri urusan mereka berdua...
Mereka yang melayari bahtera bersama...
Mereka tak perlukan orang luar seperti Aku untuk menyibuk hal mereka.

Tetapi...
Mengapa?
Mengapa Aku yang harus menerima segala kepedihan di hati Dia..
Aku yang harus menerima rasa marah Dia pada si dia...
Aku yang harus berasa Aku sangat bersalah pada Dia tanpa Aku tahu apa salah Aku...
Aku yang harus menerima keadaan Dia yang seperti tidak gembira dengan kehadiran Aku..
Aku yang harus tertanya-tanya mengapa Dia tidak lagi merasa ghairah kepada Aku...
Aku yang harus terpinga-pinga dengan rancangan yang di batalkan tanpa Aku tahu puncanya...
Sedangkan sakit hati itu datangnya bukan dari Aku...
Apakah dari dahulu Aku hanya layak menjadi tempat untuk melepaskan amarah?
Sekiranya memang begitu..
Aku redha...
Aku pasrah...
Kerana Aku sedar Aku tak sehebat insan-insan yang pernah Dia kenal dalam hidup Dia...

Walau Dia cuba menafikan...
Tanpa Dia sedar...
Dia merungkai segala kesangsian Aku tentang hubungan mereka..
Setiap persoalan mengapa dan kenapa sebelum ini terjawab satu persatu...
Kenapa Dia off HP masa kita bertemu di Port Dickson kelmarin..
Kerana memang ada sesuatu antara mereka..
Kenapa Dia takut untuk terus bertemu Aku setelah Aku harungi beribu batu untuk bertemu Dia?
Kerana takut si dia tahu kerana mereka memang ada sesuatu antara mereka..
Kenapa Dia tak mahu Aku datang lagi ke pejabat Dia?
Kerana memang ada sesuatu antara mereka..
Kenapa Dia terlalu marah bila Aku berikan kuntuman bunga untuk Dia?
Kerana memang ada sesuatu antara mereka..
Kenapa amarah kepada si dia di lepaskan kepada Aku?
Kerana memang ada sesuatu antara mereka..
Kerana Dia tak sanggup untuk meluahkan rasa marah pada si dia yang tersayang...
Dan semua itu cukup jelas untuk menyatakan bahawa antara mereka tak pernah surut rasa cinta, kasih dan sayang.
Semua itu jelas menunjukkan bahwa mereka memang masih ada hubungan dan hadirnya Aku hanya sebagai pengganggu keharmonian perhubungan mereka selama ini.

Dia...
Aku sedar...
Aku redha...
Aku pasrah...
Andai itu adalah jodoh yang di nanti-nantikan oleh Dia..
Aku akui dengan keagungan Allah s.w.t..
Dia yang Maha mengetahui dan Maha menentu segalanya...
Mungkin ini sebabnya DIA tak menemukan kita lebih awal...
Kerana telah di tentukan jodoh Dia adalah bersama si dia yang lebih berjaya dalam hidup..
Si dia yang lebih mampu menjamin masa depan Dia..
Dengan kedudukan, pangkat yang si dia ada sekarang...
Bukan Aku yang hanya kais pagi makan pagi, tak kais petang tak makan la petang...

Dia...
Aku mohon ampun dan maaf...
Sememangnya Aku berbohong andai Aku kata Aku tak langsung cemburu, sakit hati atau terasa hati..
Kerana selamanya Aku menyayangi Dia..
Kerana Dia cinta terakhir Aku selamanya...
Tapi Aku redha sekiranya itu yang harus Aku lakukan demi melihat kebahagiaan yang Dia cari-cari selama ini...
Kerana Aku sedar...
Aku hanya serangga perosak..
Yang merosakkan setiap apa yang mereka rancangkan bersama..
Yang merosakkan hubungan mereka..
Yang merosakkan keharmonian dan kebahagiaan mereka...
Yang merosakkan kemesraan mereka...

Dia...
Seandainya memang itu jodoh Dia...
Aku pasrah..
Aku juga sedar si dia memang insan paling layak untuk membahagiakan Dia..
Kerana...
Dia insan yang paling memahami tentang tugas dan kesibukkan Dia..
Dia insan yang sanggup untuk lakukan apa saja untuk Dia..
Dia insan yang mampu ada bila-bila masa Dia memerlukan si dia ada di samping Dia..
Dia insan yang tak pernah merungut setiap kali Dia memerlukan bantuan..
Dia insan yang tak lokek untuk menawarkan bantuan di kala kesusahan...
Dia juga insan yang sentiasa sedia untuk susah dan senang bersama Dia...
Kerana si dia di jadikan untuk melengkapi hidup Dia...
Kerana setiap apa yang di sebut di atas tak pernah Aku mampu lakukan untuk Dia...

Dia...
Sejujurnya Aku tak pernah rasa tewas sebegini...
Aku tak pernah rasa tewas dengan amy..
Aku tak pernah rasa tewas dengan adam...
Tetapi Aku akui Aku tewas dengan H*****h..
Tewas dari semua sudut..
Tewas dari segenap aspek...
Tewas walau dari mana Aku cuba untuk menyerang...
Dia punya kedudukan, pangkat, kewangan yang kukuh, bijak, pandai, segak, bergaya...
Aku akui Aku tak kan mampu tandingi si dia...

Sudah terlalu panjang Aku tulis di ruangan ini...
Pasti mendatangkan kebosanan sekiranya ada yang sudi membaca...
Aku hanya mahu Dia tahu..
Bahawa selamanya Aku sayangkan Dia..
Bahawa selamanya Dia cinta terkahir Aku...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: