Maafkan aku dengan kiriman yang tak di undang lagi menyakitkan hati itu...
Bertanya dengan marah,
Dengan jujur aku akui ianya angkara aku,
Dan dengan rasa sampai hati dia terus letak phone,
Dan lebih pedih lagi bila aku col dia terus matikan?
Apa maksud semua ini?
Cuba terangkan pada aku sejujur-jujurnya...
Adakah sudah terang lagi bersuluh...
Dia terlalu marahkan perbuatan keji aku itu kerana ada sesorang yg istimewa di sana,
Yang perlu di jaga hatinya,
Yang perlu di manja jiwanya,
Yang pasti akan mendatangkan kesukaran untuk dia menjawab pada si dia yang tersayang yang Sentiasa di depan mata,
Yang membuatkan dia terlalu sayang untuk korbankan cuti walau sehari untik aku,
Ya..
Dia adalah penghuni hati mu cinta..
Dia yang telah berjaya merawat luka mu,
Yang mampu membahagiakan kamu,
Dan dia juga yang bisa memuaskan segala kehendakmu,
Si dia yg lebih berjaya dari aku
Aku hanya seorang yg berjawatan rendah,
Terlalu rendah untuk di bandingkan dengan kamu dan si dia..
Adakah dia mahu menafikan lagi hubungan indah itu?
Hubungan yang terlalu indah jika dibandingkan bersama aku yang penuh dengan kesakitan dan penderitaan..
Dia...
Aku silap..
Perkara yang pernah buat dia tersenyum kini tidak lagi mampu untuk buat dia tersenyum, Hanya sakit hati yang meluap-luap kepada aku..
Terima kasih
Diri ini tidak lagi punya harga di hati dia...
Maafkan Aku
Hancurkan pemberian itu...
Musnahkan kuntuman bunga yang tidak lagi harum itu...
Buang saja ia dari hidup mu..
Kerana ia hadir tidak membuat kamu bahagia..
Hadirnya hanya menambah kebencian dan sakit hati...
Hati ini sentiasa sayangkan dia TAPI Hati ini tiada harganya lagi di hati Dia
Wednesday, March 14, 2012
Maafkan Aku... Sampai Hati Dia Buat Begitu...
Posted by AKU at 5:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment