BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 22, 2012

Aku Perlu Belajar Menerima...

Akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang perlu Aku pelajari...
Walau ia amat berat dan pahit untuk Aku terima..
Aku cekal kan hati ini..
Kerana Aku mahu Dia tahu Aku sangat sayangkan Dia...

Aku harus belajar menerima Dia juga menyayangi si dia...
Aku harus belajar kembali kerana si dia yang bertukar ganti...
Aku harus belajar menerima sejauh mana sayangnya Dia pada si dia..
Menerima apa yang mereka pernah lakukan bersama..
Menerima bahawa Dia lebih memberi perhatian kepada si dia..
Menerima bahawa si dia lebih dingati dari diri Aku...

Aku juga harus belajar menerima situasi Dia yang sentiasa sibuk..
Aku harus belajar untuk sabar menanti pesanan ringkas dan panggilan telefon dari Dia..
Aku harus belajar menerima bahawa Aku tiada ruang untuk membuat panggilan telefon pada Dia ketika Dia bersama teman-teman Dia...
Aku pasti hanya si dia yang mempunyai keistimewaan itu...
Pastinya si dia boleh menelefon bila-bila masa walau di mana dan dengan siapa Dia ketika itu..
Dan pastinya panggilan itu lah yang sentiasa di tunggu-tunggu..

Aku juga harus belajar menerima jika Dia tak bersedia untuk berborak bersama Aku..
Aku harus belajar sekiranya Dia tiada mood dengan Aku...
Dan Aku harus belajar yang Dia sentiasa mampu ketepikan mood dan keadaan semasa Dia untuk si dia dan teman-teman...

Terlalu banyak yang perlu Aku belajar untuk menerima dan memahami siapa Aku di hati Dia..
Dan terlalu banyak yang perlu Aku belajar untuk Aku terus menunjukkan betapa Aku terlalu sayangkan Dia...

Dan yang paling perit untuk Aku perlu belajar menerima Adalah...
Aku harus sentiasa belajar Aku takkan pernah menjadi cinta terakhir dalam hidup Dia..
Sedangkan Dia selamanya menjadi cinta terakhir dalam hidup ini...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: