BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 14, 2012

KENAPA???????????????

Aku keliru...
Sekejap sahaja Dia bisa berubah...
Dia semakin sukar untuk Aku kenali..
Dia bukan lagi seperti Dia yang Aku pernah kenal dulu...
Kenapa?

Terus terang kepada Aku...
Sekiranya hatimu telah terisi dengan insan yang lebih sempurna..
Sekiranya jiwamu telah terubat dengan insan yang lebih berjaya..
Sekiranya batinmu telah di penuhi dengan insan yang lebih hebat..
Kenapa?

Aku terfikir...
Apakah yang sangat istimewa di pejabat Dia...
Apakah yang sangat Dia sayang untuk tinggalkan pejabat Dia walau hanya 2 hari...
Apakah yang sangat menarik hati Dia untuk Dia sentiasa mahu berada di pejabat...
Kenapa?

Terlalu banyak...
Bukan sekali...
Bukan 2 kali...
Tapi dah banyak kali...
Walau ianya adalah bersama orang lain...
Tapi persoalannya tetap sama...
Seperti ada sesuatu yang Dia cuba untuk beritahu Aku..
Seperti ada sesuatu yang Dia cuba untuk yakinkan Aku...
Seperti Dia cuba untuk Aku mempercayai sesuatu...
Kenapa?
Kenapa Aku sering di asak dengan pertanyaan sebegitu?
Setelah apa yang Dia perkatakan sebelum Dia bertanyakan soalan seperti itu..
Soalan itu membuatkan Aku jadi sangsi, Aku jadi tak keruan, Aku jadi tak tahu untuk pilih sama ada ia benar atau palsu..
Ia seperti cuba supaya Aku menerima dan mempercayai ia memang benar-benar pernah berlaku...
Kenapa?
Kenapa?

Kenapa Cinta hati ku?
Kini Dia tidak lagi berasa gembira bertemu Aku..
Kini Dia tak lagi teruja bertemu Aku...
Kini Dia tak lagi tertarik dengan Aku...
Kini Dia tak lagi berasa ghairah dengan Aku...
Dan kini Dia sering tiada mood untuk Aku...
Kenapa?

Dia...
Andai benar telah ada yang berjaya mengisi kekosongan hati mu..
Andai benar telah ada insan yang berjaya merawat setiap luka di hati mu kerana ku..
Andai benar telah ada insan yang mampu membahagiakan jiwa mu..
Andai benar telah ada insan yang mampu memberi kepuasan kepada mu..
Terus terang kepada Aku...

Dia...
Aku terlalu menyayangi Dia...
Walau Aku sedar Aku tak pernah buat Dia bahagia bersama ku...
Tetapi.....

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: