Cinta....kasihku
Dia menyinari ruang hidupku
syahdunya bersamamu
mengenang di hatiku..Cinta
Cinta...sayangku
mengukir indahnya bersamamu
jalinan rasa rindu
memburu di hatiku...
Cinta engkaulah gadis pujaan
siramilah rasa rindu
anda engkau dapat mengerti
betapa ku meyayangi
dan bila suatu hari nanti
engkau dapat ku miliki
takkan pernah aku lepaskan
dirimu
Oh Cinta ku
"Hati ini sentiasa sayangkan dia kerana Dia cinta terakhir dalam hidup Aku"
Tuesday, March 27, 2012
Cinta...
Posted by AKU at 12:36 AM 0 comments
Monday, March 26, 2012
Mengapa Dia?
Walau Aku cuba berlembut, menerima apa sahaja yang Dia katakan...
Aku terus memendam rasa...
Aku juga teramat malu ketika itu...
Kerana terlalu marah...
Kerana berubah menjadi seorang yang amat kasar...
Hilang segala apa yang pernah Aku cuba lakukan untuk Dia...
Dan dari bibir Dia sendiri...
Aku tak pernah membantu apa-apa,
Aku tak pernah memberi apa-apa,
Aku tak pernah berbuat apa-apa untuk Dia...
Kerana mengharapkan Dia akan seperti cinta hati ini yang mula-mula Aku kenal dulu...
Tetapi...
Mengapa sekelip mata Dia berubah?
Mengapa sekelip mata setiap apa yang diungkapkan tidak menjadi kenyataan?
Dia mula menjauhkan diri dari Aku..
Aku tidak boleh message Dia sesuka hati...
Aku tidak boleh call Dia sesuka hati...
Dia sentiasa sibuk untuk memberikan sedikit perhatian kepada Aku..
Sedangkan itu yang Dia harapkan pada awalnya...
Aku sedar...
Pada satu ketika Dia telah ada pengganti Aku...
Kemudian... tak tahu mengapa mungkin mereka renggang seketika..
Dan ketika itu, Aku kembali mendapat perhatian Dia..
Dan kini setelah si dia kembali ke pangkuan..
Mereka kembali intim...
Aku di tinggalkan..
Aku di biarkan...
Aku terus di lupakan...
Dan Aku juga sedar si dia lebih hebat dari Aku..
Hebat dari segenap aspek...
Kesempurnaan, kehebatan, kejayaan, kedudukan, dan segalanya..
Aku berada jauh di bawah untuk bersaing dengan si dia...
Dan Aku juga sedar..
Dia juga berada beberapa anak tangga di atas Aku..
Aku tak mungkin akan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Dia..
Dia...
Percayalah..
Ketika Dia memerlukan Aku...
Aku sentiasa ada untuk Dia...
Dan ketika Dia merasakan Aku tidak perlu di ingati dalam hati Dia..
Dia sentiasa dalam ingatan dan hati Aku...
Dan Aku sedar Aku tak kan berguna bila Dia tak memerlukan Aku...
Dia...
Ketahuilah...
Kehilangan Aku bukan lah kerana Aku melupakan Dia..
Tetapi Aku mahu Dia hargai tentang kewujudan Aku di hati Dia...
Aku mahu Dia tahu Dia masih ada Aku ketika Dia memerlukan Aku..
Dan Aku mahu Dia tahu Aku sentiasa ada walau ketika itu Aku seakan tidak berguna lagi di hati Dia...
Dia...
Sesungguhnya Aku akan belajar untuk menerima sekiranya Aku di lupakan kerana adanya si dia yang lebih hebat dan sempurna dari Aku dalam hidup Dia...
Namun Aku pasti insan yang sangt terkilan dan kecewa andai Aku di lupakan kerana darjat kita tak lagi sama
Posted by AKU at 2:03 PM 0 comments
Thursday, March 22, 2012
Aku Perlu Belajar Menerima...
Akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang perlu Aku pelajari...
Walau ia amat berat dan pahit untuk Aku terima..
Aku cekal kan hati ini..
Kerana Aku mahu Dia tahu Aku sangat sayangkan Dia...
Aku harus belajar menerima Dia juga menyayangi si dia...
Aku harus belajar kembali kerana si dia yang bertukar ganti...
Aku harus belajar menerima sejauh mana sayangnya Dia pada si dia..
Menerima apa yang mereka pernah lakukan bersama..
Menerima bahawa Dia lebih memberi perhatian kepada si dia..
Menerima bahawa si dia lebih dingati dari diri Aku...
Aku juga harus belajar menerima situasi Dia yang sentiasa sibuk..
Aku harus belajar untuk sabar menanti pesanan ringkas dan panggilan telefon dari Dia..
Aku harus belajar menerima bahawa Aku tiada ruang untuk membuat panggilan telefon pada Dia ketika Dia bersama teman-teman Dia...
Aku pasti hanya si dia yang mempunyai keistimewaan itu...
Pastinya si dia boleh menelefon bila-bila masa walau di mana dan dengan siapa Dia ketika itu..
Dan pastinya panggilan itu lah yang sentiasa di tunggu-tunggu..
Aku juga harus belajar menerima jika Dia tak bersedia untuk berborak bersama Aku..
Aku harus belajar sekiranya Dia tiada mood dengan Aku...
Dan Aku harus belajar yang Dia sentiasa mampu ketepikan mood dan keadaan semasa Dia untuk si dia dan teman-teman...
Terlalu banyak yang perlu Aku belajar untuk menerima dan memahami siapa Aku di hati Dia..
Dan terlalu banyak yang perlu Aku belajar untuk Aku terus menunjukkan betapa Aku terlalu sayangkan Dia...
Dan yang paling perit untuk Aku perlu belajar menerima Adalah...
Aku harus sentiasa belajar Aku takkan pernah menjadi cinta terakhir dalam hidup Dia..
Sedangkan Dia selamanya menjadi cinta terakhir dalam hidup ini...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 2:19 PM 0 comments
Thursday, March 15, 2012
Mengapa?
Dia...
Terima kasih kerana buat Aku begini..
Terima kasih kerana sembunyikan perkara sebenar dari Aku..
Apa sahaja yang Dia perkatakan tak sama dengan apa yang Dia lakukan untuk si dia...
Dulu....
Dia cakap pada Aku...
Pada mulanya tak pernah ada orang tahu tentang mereka...
Setelah satu peristiwa...
Dia kata semua kawan-kawan seakan-akan tahu tentang hubungan mereka
(aku col masa Dia bersama kawan dia)
Dan kini setelah Dia beritahu bahawa malam jumaat tempoh hari Dia keluar bersama...
Dia kata memang semua kawan-kawan dah lama tahu...
Apa sebenarnya yang Dia cuba sembunyikan dari Aku?
Dulu..
Dia selalu cakap pada Aku...
"takde masa nak msg col dia"
Tapi sebenarnya?
Setelah Aku mengharungi beribu batu untuk bertemu Dia...
Walau hati Aku sedikit terasa dengan kegusaran Dia..
Gusar kerana Aku datang ke pejabat Dia..
Gusar kerana ada kawan si dia...
Gusar kerana takut si dia tahu...
Rupa-rupanya....
Keesokkan harinya mereka keluar bersama....
Walau tanpa pengetahuan Aku...
Ya... Mungkin Aku tak layak untuk mencampuri urusan mereka berdua...
Mereka yang melayari bahtera bersama...
Mereka tak perlukan orang luar seperti Aku untuk menyibuk hal mereka.
Tetapi...
Mengapa?
Mengapa Aku yang harus menerima segala kepedihan di hati Dia..
Aku yang harus menerima rasa marah Dia pada si dia...
Aku yang harus berasa Aku sangat bersalah pada Dia tanpa Aku tahu apa salah Aku...
Aku yang harus menerima keadaan Dia yang seperti tidak gembira dengan kehadiran Aku..
Aku yang harus tertanya-tanya mengapa Dia tidak lagi merasa ghairah kepada Aku...
Aku yang harus terpinga-pinga dengan rancangan yang di batalkan tanpa Aku tahu puncanya...
Sedangkan sakit hati itu datangnya bukan dari Aku...
Apakah dari dahulu Aku hanya layak menjadi tempat untuk melepaskan amarah?
Sekiranya memang begitu..
Aku redha...
Aku pasrah...
Kerana Aku sedar Aku tak sehebat insan-insan yang pernah Dia kenal dalam hidup Dia...
Walau Dia cuba menafikan...
Tanpa Dia sedar...
Dia merungkai segala kesangsian Aku tentang hubungan mereka..
Setiap persoalan mengapa dan kenapa sebelum ini terjawab satu persatu...
Kenapa Dia off HP masa kita bertemu di Port Dickson kelmarin..
Kerana memang ada sesuatu antara mereka..
Kenapa Dia takut untuk terus bertemu Aku setelah Aku harungi beribu batu untuk bertemu Dia?
Kerana takut si dia tahu kerana mereka memang ada sesuatu antara mereka..
Kenapa Dia tak mahu Aku datang lagi ke pejabat Dia?
Kerana memang ada sesuatu antara mereka..
Kenapa Dia terlalu marah bila Aku berikan kuntuman bunga untuk Dia?
Kerana memang ada sesuatu antara mereka..
Kenapa amarah kepada si dia di lepaskan kepada Aku?
Kerana memang ada sesuatu antara mereka..
Kerana Dia tak sanggup untuk meluahkan rasa marah pada si dia yang tersayang...
Dan semua itu cukup jelas untuk menyatakan bahawa antara mereka tak pernah surut rasa cinta, kasih dan sayang.
Semua itu jelas menunjukkan bahwa mereka memang masih ada hubungan dan hadirnya Aku hanya sebagai pengganggu keharmonian perhubungan mereka selama ini.
Dia...
Aku sedar...
Aku redha...
Aku pasrah...
Andai itu adalah jodoh yang di nanti-nantikan oleh Dia..
Aku akui dengan keagungan Allah s.w.t..
Dia yang Maha mengetahui dan Maha menentu segalanya...
Mungkin ini sebabnya DIA tak menemukan kita lebih awal...
Kerana telah di tentukan jodoh Dia adalah bersama si dia yang lebih berjaya dalam hidup..
Si dia yang lebih mampu menjamin masa depan Dia..
Dengan kedudukan, pangkat yang si dia ada sekarang...
Bukan Aku yang hanya kais pagi makan pagi, tak kais petang tak makan la petang...
Dia...
Aku mohon ampun dan maaf...
Sememangnya Aku berbohong andai Aku kata Aku tak langsung cemburu, sakit hati atau terasa hati..
Kerana selamanya Aku menyayangi Dia..
Kerana Dia cinta terakhir Aku selamanya...
Tapi Aku redha sekiranya itu yang harus Aku lakukan demi melihat kebahagiaan yang Dia cari-cari selama ini...
Kerana Aku sedar...
Aku hanya serangga perosak..
Yang merosakkan setiap apa yang mereka rancangkan bersama..
Yang merosakkan hubungan mereka..
Yang merosakkan keharmonian dan kebahagiaan mereka...
Yang merosakkan kemesraan mereka...
Dia...
Seandainya memang itu jodoh Dia...
Aku pasrah..
Aku juga sedar si dia memang insan paling layak untuk membahagiakan Dia..
Kerana...
Dia insan yang paling memahami tentang tugas dan kesibukkan Dia..
Dia insan yang sanggup untuk lakukan apa saja untuk Dia..
Dia insan yang mampu ada bila-bila masa Dia memerlukan si dia ada di samping Dia..
Dia insan yang tak pernah merungut setiap kali Dia memerlukan bantuan..
Dia insan yang tak lokek untuk menawarkan bantuan di kala kesusahan...
Dia juga insan yang sentiasa sedia untuk susah dan senang bersama Dia...
Kerana si dia di jadikan untuk melengkapi hidup Dia...
Kerana setiap apa yang di sebut di atas tak pernah Aku mampu lakukan untuk Dia...
Dia...
Sejujurnya Aku tak pernah rasa tewas sebegini...
Aku tak pernah rasa tewas dengan amy..
Aku tak pernah rasa tewas dengan adam...
Tetapi Aku akui Aku tewas dengan H*****h..
Tewas dari semua sudut..
Tewas dari segenap aspek...
Tewas walau dari mana Aku cuba untuk menyerang...
Dia punya kedudukan, pangkat, kewangan yang kukuh, bijak, pandai, segak, bergaya...
Aku akui Aku tak kan mampu tandingi si dia...
Sudah terlalu panjang Aku tulis di ruangan ini...
Pasti mendatangkan kebosanan sekiranya ada yang sudi membaca...
Aku hanya mahu Dia tahu..
Bahawa selamanya Aku sayangkan Dia..
Bahawa selamanya Dia cinta terkahir Aku...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 3:11 PM 0 comments
Wednesday, March 14, 2012
Maafkan Aku... Sampai Hati Dia Buat Begitu...
Maafkan aku dengan kiriman yang tak di undang lagi menyakitkan hati itu...
Bertanya dengan marah,
Dengan jujur aku akui ianya angkara aku,
Dan dengan rasa sampai hati dia terus letak phone,
Dan lebih pedih lagi bila aku col dia terus matikan?
Apa maksud semua ini?
Cuba terangkan pada aku sejujur-jujurnya...
Adakah sudah terang lagi bersuluh...
Dia terlalu marahkan perbuatan keji aku itu kerana ada sesorang yg istimewa di sana,
Yang perlu di jaga hatinya,
Yang perlu di manja jiwanya,
Yang pasti akan mendatangkan kesukaran untuk dia menjawab pada si dia yang tersayang yang Sentiasa di depan mata,
Yang membuatkan dia terlalu sayang untuk korbankan cuti walau sehari untik aku,
Ya..
Dia adalah penghuni hati mu cinta..
Dia yang telah berjaya merawat luka mu,
Yang mampu membahagiakan kamu,
Dan dia juga yang bisa memuaskan segala kehendakmu,
Si dia yg lebih berjaya dari aku
Aku hanya seorang yg berjawatan rendah,
Terlalu rendah untuk di bandingkan dengan kamu dan si dia..
Adakah dia mahu menafikan lagi hubungan indah itu?
Hubungan yang terlalu indah jika dibandingkan bersama aku yang penuh dengan kesakitan dan penderitaan..
Dia...
Aku silap..
Perkara yang pernah buat dia tersenyum kini tidak lagi mampu untuk buat dia tersenyum, Hanya sakit hati yang meluap-luap kepada aku..
Terima kasih
Diri ini tidak lagi punya harga di hati dia...
Maafkan Aku
Hancurkan pemberian itu...
Musnahkan kuntuman bunga yang tidak lagi harum itu...
Buang saja ia dari hidup mu..
Kerana ia hadir tidak membuat kamu bahagia..
Hadirnya hanya menambah kebencian dan sakit hati...
Hati ini sentiasa sayangkan dia TAPI Hati ini tiada harganya lagi di hati Dia
Posted by AKU at 5:24 PM 0 comments
KENAPA???????????????
Aku keliru...
Sekejap sahaja Dia bisa berubah...
Dia semakin sukar untuk Aku kenali..
Dia bukan lagi seperti Dia yang Aku pernah kenal dulu...
Kenapa?
Terus terang kepada Aku...
Sekiranya hatimu telah terisi dengan insan yang lebih sempurna..
Sekiranya jiwamu telah terubat dengan insan yang lebih berjaya..
Sekiranya batinmu telah di penuhi dengan insan yang lebih hebat..
Kenapa?
Aku terfikir...
Apakah yang sangat istimewa di pejabat Dia...
Apakah yang sangat Dia sayang untuk tinggalkan pejabat Dia walau hanya 2 hari...
Apakah yang sangat menarik hati Dia untuk Dia sentiasa mahu berada di pejabat...
Kenapa?
Terlalu banyak...
Bukan sekali...
Bukan 2 kali...
Tapi dah banyak kali...
Walau ianya adalah bersama orang lain...
Tapi persoalannya tetap sama...
Seperti ada sesuatu yang Dia cuba untuk beritahu Aku..
Seperti ada sesuatu yang Dia cuba untuk yakinkan Aku...
Seperti Dia cuba untuk Aku mempercayai sesuatu...
Kenapa?
Kenapa Aku sering di asak dengan pertanyaan sebegitu?
Setelah apa yang Dia perkatakan sebelum Dia bertanyakan soalan seperti itu..
Soalan itu membuatkan Aku jadi sangsi, Aku jadi tak keruan, Aku jadi tak tahu untuk pilih sama ada ia benar atau palsu..
Ia seperti cuba supaya Aku menerima dan mempercayai ia memang benar-benar pernah berlaku...
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa Cinta hati ku?
Kini Dia tidak lagi berasa gembira bertemu Aku..
Kini Dia tak lagi teruja bertemu Aku...
Kini Dia tak lagi tertarik dengan Aku...
Kini Dia tak lagi berasa ghairah dengan Aku...
Dan kini Dia sering tiada mood untuk Aku...
Kenapa?
Dia...
Andai benar telah ada yang berjaya mengisi kekosongan hati mu..
Andai benar telah ada insan yang berjaya merawat setiap luka di hati mu kerana ku..
Andai benar telah ada insan yang mampu membahagiakan jiwa mu..
Andai benar telah ada insan yang mampu memberi kepuasan kepada mu..
Terus terang kepada Aku...
Dia...
Aku terlalu menyayangi Dia...
Walau Aku sedar Aku tak pernah buat Dia bahagia bersama ku...
Tetapi.....
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 3:36 PM 0 comments
Tuesday, March 6, 2012
Maaf Kerana Aku Tak Faham
Maafkan Aku..
Kerana tak pernah faham akan kerjaya Dia..
Kerjaya yang penuh cabaran,
Kerjaya yang penuh dengan tuntutan komitmen,
Kerjaya yang tiada masa untuk yang lain melainkan kerja...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 11:41 PM 0 comments