Masih jelas di ingatan...
MAsih terbayang di mata...
Dalam suasana tenang dan nyaman...
Aku cuba memberi Dia kejutan dengan pemberian yang tak seberapa dari Aku...
Ketika itu dengan jelas dapat Aku lihat bagaimana sebaknya Dia..
Bagaimana mata Dia berkaca menahan airmata kegembiraan dan perasaan terkejut atas pemberian Aku itu..
Aku rindukan saat-saat itu..
Ketika itu Aku terlalu gembira melihat kegembiraan Dia..
Kegembiraan yang mungkin sukar digambarkan kerana terkejut dengan kejutan yang Aku berikan...
Mungkin ini dapat mengembalikan memori Dia terhadap perkara itu..
http://kaukasihgelapku.blogspot.com/2009/12/bahagia-ku-rasa.html
Dan Aku juga masih ingat...
Masih jelas di ingatan di hari lahir Dia..
Bagaimana harus Aku menyesali kekurangan Aku..
Walau Aku cuba tahankan mata ini dari terpejam..
Ternyata Aku gagal..
Dan kegagalan Aku menyebabkan si die lebih dahulu menjai insan pertama yang mengucapkan selamat hari lahir walau Aku yang berada di depan mata Dia..
Di situ juga terlihat akan kekurangan Aku...
Aku mohon ampun dan maaf...
Dan juga masih jelas di ingatan di saat Aku memakaikan pemberianku di leher Dia...
Tiada lagi suasana yang sama ketika Aku beri Dia pemberian yang dulu yang membuatkan Dia sayu menahan airmata kegembiraan...
Mungkin kerana kali ini tidak cukup memberi kejutan seperti yang dulu...
Mungkin kerana kelewatan Aku mengucapkan selamat hari lahir dan juga kelewatan Aku memberikan kejutan itu..
Atau tiada kejutan pada Dia kerana kejutan yang telah di ketahui lebih awal...
Namun...
Semua itu sentiasa menjadi kenangan terindah dalam hidupku..
Kenangan indah yang tak mungkin Aku lupakan bersama Dia..
Terima kasih Dia..
Atas segala kenangan-kenangan indah yang kita lalui bersama...
Akan Aku semat ia menjadi kenangan paling manis di dalam hidupku...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Wednesday, September 7, 2011
Sekadar mengimbau kembali kenangan lalu..
Posted by AKU at 2:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment