Dia...
Terlebih dahulu Aku mohon ampun dan maaf..
Ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kesilapan Aku selama ini..
Aku sedar..
Aku akui..
Segala kesilapan dan kesalahan Aku terhadap Dia..
Aku sedar...
Aku tak akan lagi bertemu dengan Dia yang pernah Aku kenal di waktu mula-mula dahulu..
Ya...
Aku juga sedar..
Semua itu sebenarnya berpunca dari salah dan silap Aku sendiri.
Aku tak akan menyalahkan orang lain..
Aku hanya patut menyalahkan diri Aku sendiri..
Dia...
Sesungguhnya Aku terlalu malu dan kecewa..
Malu dan kecewa pada diri Aku sendiri..
Malu dan kecewa atas segala kekurangan dan kejahilan diri Aku sendiri..
Ya...
Segala yang Dia katakan adalah benar belaka..
Aku akui kebenaran itu..
Bila mana Dia sentiasa berkata...
"tak perlu minta maaf, tetapi Aku sentiasa mengulangi"
Aku sedar...
Aku tak pernah lakukan perkara yang betul terhadap Dia selama ini..
Dia..
Aku juga terlalu merasa rendah diri atas kekurangan diri ini..
Bila mana dari mulut dan hati Dia sendiri mengatakan..
"Dia tak pernah rasa bahagia di samping Aku melainkan hanya bahagia di sisi si die"
Bila Dia sendiri mengatakan...
"Ya.. si die mampu untuk sediakan segalanya untuk Dia kerana Aku tak pernah mampu untuk berikan segalanya untuk Dia"
Aku juga sedar kekurangan diri ini apabila Dia sendiri juga yang berkata...
"Aku tak mampu atau lebih tepat tak mahu memberikan Dia bantuan di saat Dia memerlukan"
Dia...
Masih jelas ingatan Aku tentang Dia yang Aku mula-mula kenal dalu...
Dia yang dapat merubah dari panggilan "aku dan ko" kepada panggilan yang lebih lembut dan seterusnya panggilan yang membawa erti kasih sayang antara kita...
Dan kini..
Mungkin segala panggilan "syg" "cinta" "hubby" "cuk" sudah tiada ertinya lagi, sudah tiada nilai estetikanya lagi..
Malah kini..
Panggilan "aku dan ko" semakin lancar meniti di bibir Dia..
Aku tak salahkan Dia..
Kerana kejelekan Dia pada panggilan-panggilan itu lagi untuk Aku..
Dan mungkin juga kini Dia yang pernah Aku kenal dulu adalah Dia dengan jelmaan dari acuan si die...
Segalanya ini adalah berpunca dari kesilapan dan kekurangan diri Aku sendiri..
Segalanya berpunca dari kekurangan dan sikap buruk Aku dalam melayan dan memberi kebahagiaan kepada Dia selama ini..
Dia..
Semua itu membuatkan Aku sedar..
Dari segala apa yang si die mampu berikan untuk Dia..
Dan segala apa yang Aku tak mampu berikan untuk Dia..
Dari segala kelebihan si die..
Dan segala kekurangan diri Aku..
Aku sedar..
Aku tak akan pernah lebih baik, lebih hebat dan lebih bagus berbanding si die...
Dia...
Andai ini ibarat sebuah medan perang...
Aku akui..
Aku gagal tandingi si die..
Dan Aku akui kemenangan dan kejayaan si die di hati Dia..
Dan segalanya adalah kerana hanya Aku begitu malu dan kecewa atas segala kekurangan yang jelas memihak kepada Aku...
Dia...
Aku juga sedar akan kehidupan Dia yang lebih berjaya kini..
Dan aku cukup sedar seandainya insan yang lebih layak untuk berkongsi kejayaan Dia adalah si die..
Untuk Aku...
Aku cukup bersyukur sekiranya Aku masih mampu menumpang kegembiraan atas kejayaan Dia walau dari jauh..
Dia...
Sesungguhnya sayang Aku untuk Dia tak akan pernah padam dan mati dalam hati ini sehingga Akhir hayat Aku..
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Tuesday, September 6, 2011
Aku Malu Dengan Diriku Sendiri
Posted by AKU at 3:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment