BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

Bahagia Ku Rasa

Terlalu indah untuk aku lupakan semuanya,
Memori itu akan seintiasa segar dalam jiwaku,
Bahagianya aku rasa tatkala kesempatan yang ada dapat dinikmati bersama,
Walaupun hanya sedetik cuma, ia cukup untuk membuat aku sentiasa tersenyum,
Tersenyum kerana bahagia yang ku alami,
Masa sentiasa menghambat keinginanku untuk terus bersama Dia,
Tapi aku cuma insan biasa yang tak dapat memberhentikan masa dari terus berputar,
Aku pasrah, walau hati ini sungguh berat untuk melakukan sedemikian,

Masih terasa hangatnya kemesraan dan kemanjaan Dia terhadap ku,
Masih terlihat di mataku bagaimana Dia gembira di saat menerima pemberianku,
Pemberian kecil yang aku harap akan Dia jadikan pengganti diri ku tatkala aku tak dapat bersama Dia,
Tak ternilai perasaan ini jika di bandingkan dengan pemberian tersebut,
Masih terbayang di mata ini bagaimana sayu hatinya apabila Dia menerima kejutan dari ku,
Sesungguhnya aku mahu Dia tahu, hanya itu yang termampu aku lakukan untuk Dia,

Andai ku di beri peluang, ingin benar diri ini menyeka mutiara jernih itu dari gugur ke pipinya,
Apakan daya peluang itu bukan untuk ku, Mungkin ada yang lebih layak dari diri ini,
Seandainya Dia tahu gelodak jiwa ini, alangkah indahnya,
Walau telah ku luahkan segalanya kepada Dia,

Dia, Aku sangat menyanyangi kamu,
Seadainya diri ini tidak dapat untuk menjaga mu untuk selamanya,
Simpan la semua kenangan ini sebagai kenangan terindah kita berdua,
Aku harap Dia akan jaga pemberianku selama hayatnya,
Hanya itu sebagai pengganti diri ini, agar aku sentiasa dekat di hatinya,

Dia.....
Terima Kasih kerana sudi membuat aku bahagia.

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: