Dia...
Aku sentiasa mengharapkan keampunan dari Dia..
Aku sedar..
Aku mengerti...
Aku terlalu banyak melakukan kesilapan sehingga sentiasa melukakan hati dan perasaan Dia..
Aku terlalu banyak membuatkan Dia menderita malah Aku tak pernah dapat buat Dia berasa bahagia..
Dia...
Aku sentiasa memohon keampunan dari Dia..
Dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
Aku tak pernah mampu jadi seperti apa yang Dia inginkan..
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Friday, September 30, 2011
Sentiasa Memohon Ampun Dari Dia
Posted by AKU at 5:07 PM 0 comments
Thursday, September 22, 2011
Maafkan Aku..
Dia...
Maafkan Aku..
Ampunkan Aku...
Aku sentiasa lukakan hati dan perasaan Dia..
Aku minta maaf..
Aku ternyata bukan yang terhebat untuk Dia...
Namun Aku sentiasa sayangkan Dia sehingga Aku mati
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 6:17 PM 0 comments
Monday, September 12, 2011
Dia...
Dia...
Hati ini sentiasa sayangkan Dia..
Hati ini sentiasa rindukan Dia...
Setiap saat..
Setiap detik...
Aku jadi terkesima dengan mesej Dia hari ini..
"Tlg jgn msg lg"
Apakah ini paling layak aku terima...
Setelah ada yang baru bertakhta di hati Dia..
Setelah Dia bertemu dengan insan yang lebih membahagiakan Dia..
Setelah Dia bertemu insan yang sentiasa punya masa untuk Dia di saat susah dan senang...
Sesungguhnya mungkin Aku adalah insan yang paling Dia sesalkan kerana pernah bertemu dan berada di dalam hati Dia..
Dia..
Maafkan Aku..
Sesungguhnya Aku sentiasa sayangkan Dia sehingga akhir hayat Aku...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 5:16 PM 0 comments
Wednesday, September 7, 2011
Sekadar mengimbau kembali kenangan lalu..
Masih jelas di ingatan...
MAsih terbayang di mata...
Dalam suasana tenang dan nyaman...
Aku cuba memberi Dia kejutan dengan pemberian yang tak seberapa dari Aku...
Ketika itu dengan jelas dapat Aku lihat bagaimana sebaknya Dia..
Bagaimana mata Dia berkaca menahan airmata kegembiraan dan perasaan terkejut atas pemberian Aku itu..
Aku rindukan saat-saat itu..
Ketika itu Aku terlalu gembira melihat kegembiraan Dia..
Kegembiraan yang mungkin sukar digambarkan kerana terkejut dengan kejutan yang Aku berikan...
Mungkin ini dapat mengembalikan memori Dia terhadap perkara itu..
http://kaukasihgelapku.blogspot.com/2009/12/bahagia-ku-rasa.html
Dan Aku juga masih ingat...
Masih jelas di ingatan di hari lahir Dia..
Bagaimana harus Aku menyesali kekurangan Aku..
Walau Aku cuba tahankan mata ini dari terpejam..
Ternyata Aku gagal..
Dan kegagalan Aku menyebabkan si die lebih dahulu menjai insan pertama yang mengucapkan selamat hari lahir walau Aku yang berada di depan mata Dia..
Di situ juga terlihat akan kekurangan Aku...
Aku mohon ampun dan maaf...
Dan juga masih jelas di ingatan di saat Aku memakaikan pemberianku di leher Dia...
Tiada lagi suasana yang sama ketika Aku beri Dia pemberian yang dulu yang membuatkan Dia sayu menahan airmata kegembiraan...
Mungkin kerana kali ini tidak cukup memberi kejutan seperti yang dulu...
Mungkin kerana kelewatan Aku mengucapkan selamat hari lahir dan juga kelewatan Aku memberikan kejutan itu..
Atau tiada kejutan pada Dia kerana kejutan yang telah di ketahui lebih awal...
Namun...
Semua itu sentiasa menjadi kenangan terindah dalam hidupku..
Kenangan indah yang tak mungkin Aku lupakan bersama Dia..
Terima kasih Dia..
Atas segala kenangan-kenangan indah yang kita lalui bersama...
Akan Aku semat ia menjadi kenangan paling manis di dalam hidupku...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 2:00 PM 0 comments
Tuesday, September 6, 2011
Aku Malu Dengan Diriku Sendiri
Dia...
Terlebih dahulu Aku mohon ampun dan maaf..
Ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kesilapan Aku selama ini..
Aku sedar..
Aku akui..
Segala kesilapan dan kesalahan Aku terhadap Dia..
Aku sedar...
Aku tak akan lagi bertemu dengan Dia yang pernah Aku kenal di waktu mula-mula dahulu..
Ya...
Aku juga sedar..
Semua itu sebenarnya berpunca dari salah dan silap Aku sendiri.
Aku tak akan menyalahkan orang lain..
Aku hanya patut menyalahkan diri Aku sendiri..
Dia...
Sesungguhnya Aku terlalu malu dan kecewa..
Malu dan kecewa pada diri Aku sendiri..
Malu dan kecewa atas segala kekurangan dan kejahilan diri Aku sendiri..
Ya...
Segala yang Dia katakan adalah benar belaka..
Aku akui kebenaran itu..
Bila mana Dia sentiasa berkata...
"tak perlu minta maaf, tetapi Aku sentiasa mengulangi"
Aku sedar...
Aku tak pernah lakukan perkara yang betul terhadap Dia selama ini..
Dia..
Aku juga terlalu merasa rendah diri atas kekurangan diri ini..
Bila mana dari mulut dan hati Dia sendiri mengatakan..
"Dia tak pernah rasa bahagia di samping Aku melainkan hanya bahagia di sisi si die"
Bila Dia sendiri mengatakan...
"Ya.. si die mampu untuk sediakan segalanya untuk Dia kerana Aku tak pernah mampu untuk berikan segalanya untuk Dia"
Aku juga sedar kekurangan diri ini apabila Dia sendiri juga yang berkata...
"Aku tak mampu atau lebih tepat tak mahu memberikan Dia bantuan di saat Dia memerlukan"
Dia...
Masih jelas ingatan Aku tentang Dia yang Aku mula-mula kenal dalu...
Dia yang dapat merubah dari panggilan "aku dan ko" kepada panggilan yang lebih lembut dan seterusnya panggilan yang membawa erti kasih sayang antara kita...
Dan kini..
Mungkin segala panggilan "syg" "cinta" "hubby" "cuk" sudah tiada ertinya lagi, sudah tiada nilai estetikanya lagi..
Malah kini..
Panggilan "aku dan ko" semakin lancar meniti di bibir Dia..
Aku tak salahkan Dia..
Kerana kejelekan Dia pada panggilan-panggilan itu lagi untuk Aku..
Dan mungkin juga kini Dia yang pernah Aku kenal dulu adalah Dia dengan jelmaan dari acuan si die...
Segalanya ini adalah berpunca dari kesilapan dan kekurangan diri Aku sendiri..
Segalanya berpunca dari kekurangan dan sikap buruk Aku dalam melayan dan memberi kebahagiaan kepada Dia selama ini..
Dia..
Semua itu membuatkan Aku sedar..
Dari segala apa yang si die mampu berikan untuk Dia..
Dan segala apa yang Aku tak mampu berikan untuk Dia..
Dari segala kelebihan si die..
Dan segala kekurangan diri Aku..
Aku sedar..
Aku tak akan pernah lebih baik, lebih hebat dan lebih bagus berbanding si die...
Dia...
Andai ini ibarat sebuah medan perang...
Aku akui..
Aku gagal tandingi si die..
Dan Aku akui kemenangan dan kejayaan si die di hati Dia..
Dan segalanya adalah kerana hanya Aku begitu malu dan kecewa atas segala kekurangan yang jelas memihak kepada Aku...
Dia...
Aku juga sedar akan kehidupan Dia yang lebih berjaya kini..
Dan aku cukup sedar seandainya insan yang lebih layak untuk berkongsi kejayaan Dia adalah si die..
Untuk Aku...
Aku cukup bersyukur sekiranya Aku masih mampu menumpang kegembiraan atas kejayaan Dia walau dari jauh..
Dia...
Sesungguhnya sayang Aku untuk Dia tak akan pernah padam dan mati dalam hati ini sehingga Akhir hayat Aku..
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 3:30 PM 0 comments