BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 22, 2010

Hati Ini Sungguh Sayu dan Cemburu

Hati ini menjadi sayu hari ini,
Sayu apabila melihat tempoh percintaan Dia bersama Si-Die,
Sayu apabila sering Dia mengungkapkan yang Dia tak nak sayang Aku lagi,
Sayu apabila Dia berkata Dia sudah tidak mengharap apa-apa lagi.
Aku tetap berharap Dia sentiasa menyayangi Aku,
Aku sentiasa berharap Dia menyimpan harapan Aku dan Dia bersama,
Kerana Aku senantiasa sayang kepada Dia,
Kerana harapan dan impian Aku terhadap Dia tetap ada dan mekar dalam hati Aku.

Hati ini menjadi cemburu hari ini,
Cemburu apabila Aku memikirkan tentang Si-Die yang bakal memiliki Dia,
Cemburu apabila Dia seakan-akan ingin memberitahu Aku bahwa Dia tak sabar untuk bersama Si-Die,
Kerana Dia bertanyakan soal hantaran...
Aku terlalu cemburu,
Sehinggakan bila Dia memakai pemberian Si-Die juga Aku sangat berasa cemburu.

Dia....
Sesungguhnya hati ini mudah sayu dan cemburu,
Sesungguhnya hati ini mudah terasa dan menjadi emosi,
Kerana hati ini sesungguhnya terlalu sayangkan Dia,
Kerana hati ini sesungguhnya terlalu inginkan Dia,

Hati ini sentiasa sayangkan dia

1 comments:

Anonymous said...

lupekanla dia...satu hari nnt dia akan menjadi milik org len..biar rase skt skg dr skt kemudian hari...