BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 1, 2010

Setiap Hari Yang Aku Lalui

Aku....
Setiap hari yang Aku lalui kini terasa sungguh menyeksakan,
Setiap hari yang Aku lalui kini terasa amat memedihkan,
Setiap hari akan Aku rasa bersalah,
Setiap hari akan Aku rasa terkilan,
Setiap hari akan AKu rasa menyesal,
Walau ke akhir hayat Aku,
Aku pasti akan tetap tanggung rasa itu,
Aku pasti akan tetap pikul perasaan itu,
Kerana ini semua adalah takdir Aku,
Kerana ini semua adalah suratan Aku,
Aku harus juga hadapi semua ini,
Walaupun hanya bersendirian,
Kerana cuma Aku sahaja yang amat tahu apa yang Aku rasakan,

Dia...
Pernah kah Dia terfikir betapa Aku amat menyayangi diri Dia,
Pernah kah Dia terfikir betapa Aku terlalu kasihkan Dia,
Rasa ini akan Aku tanggung setiap hari, selamanya,
Dan apa yang lebih Aku tak sanggup untuk lalui adalah...
Apabila Dia akan bersama yang lain,
Apabila Dia ada yang lain,
Apabila Dia lebih bahagia bersama yang lain,
Apabila Dia lebih gembira bersama yang lain,

Dan sekiranya...
Satu hari nanti Dia akan lupakan Aku,
Melupakan Aku kerana ada yang lebih membahagiakan,
Melupakan Aku kerana ada yang lebih menggembirakan,
Pasti ia akan menjadi mimpi ngeri di setiap hari yang Aku lalui

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: