BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 22, 2010

Demi Masa

Aku terlalu sayangkan Dia,
Kesilapan ini memang berpunca dari Aku,
Kesilapan ini memang perlu Aku pikul ke akhir hayat Aku,
Aku terlalu cepat, terlalu pantas,
Kenapa Aku terlalu mengikut perasaan,
Bukan kata hati,
Sesungguhnya kalau dapat Aku undurkan masa, biarpun walau hanya setahun,
Aku pasti adalah orang yang paling bahagia kini,
Terlewat sudah ketika Aku mula mengenali Dia,
Dan seringkali di hari-hari yang mendatang dapat Aku rasakan...
Dia adalah yang terbaik buat Aku,
Sekiranya Aku dapat kembalikan setahun itu...
Pasti Aku akan dapat membuat keputusan yang tepat,
Aku sering di pukul ombak kekecewaan,
Aku seharusnya menjadi insan yang lebih sabar dalam menentukan kehidupan masa depan,
Aku mengenali Dia di saat Aku terikat dengan banyak hati dan perasaan,
Dan mengapa Aku tidak menidakkan semua itu demi perasaan Aku sendiri,
Air muka? Maruah? Ego? Apa yang Aku cuba pertahankan sebelum ini,
Sehingga semua ini menelan kegembiraan Aku kini,
Sehingga semua ini memamah kebahagian Aku kini,

"وَالْعَصْرِإِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ"
"Demi masa.. sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian"

Dan Aku adalah orang yang di dalam kerugian kerana masa.
Kerana masa Aku terlepas apa yang sememangnya Aku inginkan,
Demi masa Aku telah kerugian kerana terlepas orang yang paling Aku sayang iaitu Dia...
Sekiranya Aku lebih menghargai masa,
Sekiranya Aku lebih bersabar dengan masa,
Pasti Aku kini bahagia bersama Dia.

Hati ini sentiasa sayangkan dia

2 comments:

Anonymous said...

Ego 2 yang cube dipertahankn sebenarnye..

AKU said...

bukan ego... tapi ade perkara lain yang perlu di fikirkan dan membelengu diri Aku