Apakah Dia mengerti apa ertinya malu ini yang sebenar?
Tak mungkin akan Dia mengerti..
Namun Aku tak pernah salahkan Dia..
Dia berhak untuk menentukan apa yang paling patut Dia lakukan...
Aku cuma mahu Dia tahu betapa Aku malu..
Dia...
Aku tahu..
Kini Dia punyai segalanya...
Kerjaya, kedudukan, pangkat, kemampuan serta kehidupan yang lebih baik dari dahulu...
Kemampuan yang nyata lebih dari dahulu dan dari Aku sendiri...
Aku turut tumpang gembira melihat kejayaan Dia, walau dari jauh...
Dia...
Terima kasih Aku ucapkan...
Sesungguhnya Aku tersangat gembira dapat mendengar suara Dia..
Suara yang selama ini Aku rindukan...
Walau Aku bersikap demikian..
Hanya kerana Aku malu..
Dia..
Aku mengerti..
Aku masih ingat...
Ketika itu Dia hanya mampu meminjam dari orang tua nya...
Dan dengan tegas Dia mengatakan..
Dia tak akan mengagahkan diri semata-mata hendak berjumpa Aku di M**r, malah walau di MS sekalipun malah di arahkan pulang..
Apa yang masih Aku ingat...
M**r jauh, tak tahu jalan, kereta pun bukan elok sangat, kalau rosak, jadi apa2 tengah jalan, dan berbagai-bagai lagi..
Ketika itu Aku sangat faham...
Bukan Aku insan yang layak untuk itu semua...
Kini...
Dia udah punya segalanya..
Kewangan yang kukuh lagi baik, kenderaan yang hebat, auto, baru lagi cantik....
Bagaimana Dia mampu bergerak di kota besar, kesana kemari...
Menjalankan tugas sebagai orang atasan yang punya kuasa untuk memeriksa...
Bagaimana Dia mampu untuk tahu jalan-jalan di kota, berani memandu di kota...
Tetapi Aku yakin semua itu juga bukan untuk Aku...
Dia tak akan mengorbankan beribu-ribu perbatuan kenderaan barunya semata-mata untuk bergerak berbatu-batu hanya untuk ke sebuah bandar kecil yang kurang membangun untuk seseorang yang mungkin masih ada di dalam hati Dia...
Minyak, Brek pad, Bunga tayar, minyak silinder, dan pelbagai lagi...
Semua itu pasti tak berbaloi bagi Dia..
Atau ia masih di anggap satu perjalanan yang sangat jauh untuk di harungi,
Bukan seperti dekatnya perjalanan kesidang - bachang - tengkera - bandar hilir - kelebang - bukit cina - bachang - kesidang
Atau ia tetap di anggap merbahaya sekiranya terjadi apa-apa kepada kenderaan kesayangan bila Dia mengharungi perjalanan yang jauh hanya untuk duduk minum dan makan walau sebentar cuma
Bagaimana usaha sesorang untuk mengharungi beribu batu, walau tempat itu tak pernah di kunjungi, Dia tetap berusaha mencari,walau dalam kepayahan,walau adakalanya akhirnya pulang hampa...
Semua itu tidak penting...
Apa yang penting hanya lah kesungguhan yang mahu di tunjukkan..
Dan bila semua itu di bidas dengan kata-kata yang amat memedihkan, (g m**i lagi baik)
Ia pasti membuat sesiapa pun terkesima dan memendam rasa...
Dan salah satu adalah rasa dan perasaan malu yang amat menebal...
Adakah kesungguhan itu sesuatu yang tak malu untuk dilakukan?
Namun setelah Aku dalami segalanya..
Mungkin Aku punya jawapan dan kesimpulan...
Segala yang Dia ada kini bukan Aku yang selayaknya untuk dikongsikan...
Dan juga Aku sangat mengerti...
Kerjaya, kedudukan, dan segalanya bukanlah semudah seperti Aku yang Aku sendiri tidak pasti..
Tak mungkin akan di korbankan waktu bekerja semata-mata untuk perkara seperti Aku yang tak punya faedah, malah tak membawa makna apa-apa..
Kesempatan yang ada hanya di waktu yang satu malaysia sama-sama bercuti
Atau memang tiada istilah cuti rehat atau cuti tahun bagi pegawai atasan yang mempunyai tanggungjawab besar..
"Adakah selama ini Aku hanya mengambil ganjaran tanpa melakukan tugas dengan sempurna...?
Rajin menghilangkan diri, ke sana kemari seolah-olah tidak bekerja...
(Maafkan Aku sekiranya hasil itu semua adalah dari sumber yang tak di berkati dan dari hasil itu juga Aku pernah kongsikan bersama Dia)
Dan sekurang-kurangnya..
Aku masih tetap bersyukur..
Aku masih mampu untuk mendengar suara yang sentiasa Aku rindukan..
Suara yang sering terngiang-ngiang di cuping telinga ini...
Walau Aku pasti, kemunculan itu hampir mustahil....
Dia..
Maafkan Aku....
Maafkan karenahku...
Dan maafkan juga "tah pe-pe Aku"
Sehingga perkataan yang sering muncul....
"suka hati", "malas nak layan"
Dia sesungguhnya Aku terlalu malu..
Malu kerana jurang kita..
Malu kerana masih terdetik harapan yang tak pasti...
Malu kerana tak mahu di anggap tak tahu malu....
Dia...
Aku tak mengharapkan Dia untuk mengerti...
Aku tak mengharapkan Dia untuk memahami...
Hanya sekadar kiasan untuk di luahkan...
Tiada paksaan..
Tiada desakan..
Semua itu hak Dia..
Keputusan Dia...
Aku tetap Aku..
Aku masih Aku yang dulu..
Yang pernah Dia kenal..
Yang tak pernah membahagiakan dan mengecewakan, yang sering hidup dalam kesilapan..
Yang pasti akan sering menyakiti hati Dia walau tanpa niat dan tanpa di sedari...
Namun....
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Friday, February 3, 2012
Apakah Dia Mengerti
Posted by AKU at 12:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment