BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 10, 2012

Aku Mohon Maaf

Dia...
Aku sedar Aku ini serba kekurangan dan serbi kelemahan..
Terlalu banyak sikap Aku yang membuat Dia rasa rimas, membuat Dia benci..
Tanpa Aku sangka Dia berkata begitu dan beranggapan begitu...
Tahukah Dia apa maksud Aku yang sebenarnya?
Tahukah Dia apa yang Aku hrapkan sebenarnya?

Biar Aku imbas kembali kenangan lalu...
Maaf sekiranya ini dikatakan mengungkit...
Mungkin Aku yang silap, silap dengar atau silap anggapan...
Dia pernah berkata..
Apabila Dia mampu untuk memiliki kemudahan itu..
Aku mungkin akan jadi insan yang awal untuk merasa...
Tapi Aku sedar..
Sekali bah, sekali pantai berubah....

Namun kini Aku sedar..
Terlalu banyak kekangan...
Kekangan tugas...
Kekangan kerana tidak fasih dengan jalan-jalan di kampung kecil seperti Muar..
(Walau di kota tak menjadi masalah bagi Dia)
Kekangan cuti yang sukar pada Dia...
Aku faham itu semua..

Dan apa yang Aku cuma fikirkan..
Seandainya Dia benar mahu lakukan itu semua...
Bukan selepas Aku berkias..
Bukan setelah Aku cuba suarakan...
Tapi datang dari keinginan Dia sendiri..
Seperti mana keinginan Dia sendiri bersusah payah mengambil, menjemput, menghantar untuk bertemu Adam suatu masa dahulu
Aku tak mahu semua ini di jadikan sebab Dia terpaksa untuk melakukan perkara yang tak mahu Dia lakukan...

Mungkin Aku juga masih silap..
Apa yang Aku fikirkan tak pernah sama dengan apa yang Dia mahukan...
Dan Aku mengerti,
Dia mahukan Aku yang berusaha sekiranya ingin bertemu Dia..
Ya..
Maafkan Aku kerana tak pernah lakukan semua usaha itu..
Aku tak pernah sanggup untuk mengharungi perjalanan panjang walau dalam waktu bekerja hanya semata-mata untuk berada di depan Dia..

Dan Aku juga memang silap bila Aku terfikir...
Jika Dia benar-benar mahukan...
Dia tidak perlu untuk bertanya atau memberitahu dahulu..
Sebaliknya...
Tanpa di sangka-sangka..
Dia muncul di hadapan pejabat...
Pastinya sebagai orang jawa,(orang melayu mana suka jawa) tak kan menghalau tetamu yang datang
Kerana tetamu itu rezeki...

Dia...
Sekiranya Dia mengganggap Aku insan yang tak pernah kenal erti sabar..
Sekiranya Dia mengganggap Aku insan yang tak pernah menyanyangi Dia..
Aku memohon maaf..
Aku akui itu kekurangan dan kelemahan Aku untuk diri Dia selama ini..
Dan Aku mahu Dia tahu..
Tiada paksaan untuk Dia lakukan semua itu..
Aku bukan siapa-siapa untuk memaksa..
Dan Aku sedar Aku bukan siapa-siapa untuk berkongsi apa yang Dia miliki sekarang...
Aku sedar segala kejayaan Dia sekarang adalah atas usaha Dia sendiri...
Setelah bebas dari nasib malang yang Aku bawa bersama...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: