BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 23, 2012

Memang Aku Tak Paham

Ya...
Memang Aku tak paham langsung...
Memang Aku ni langau yang menyibuk dan menyusahkan...
Memang takde sesaat pun masa untuk Aku...
Jangan cari b lagi...
Assalamualaikum...

Tuesday, February 21, 2012

Ada ke?

Bayang Aku : Ada ke?
Aku : Ada apa?
Bayang Aku : Ada ke yang baca apa yang Ko tulis ni?
Aku : harap2 ada la..kenapa?
Bayang Aku : Aku tengok Ko je yang syok tulis, yang baca pun Ko jugak.
Aku : Tak pe la, kije Aku tulis je.. tak kan nak paksa orang tuk baca..

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Senarai Kekurangan Dan Kelemahan

1. Tak pernah membahagiakan
2. Tak pernah membantu di saat memerlukan (tak boleh hantar balik kota)
3. Tak sempurna
4. Tak kacak, tegap,
5. Buncit, boroi, gemuk, pendek, busuk, tak pandai bergaya
6. Kije tak berjawatan tinggi.
7. Gaji tak besar..
8. Kereta tak mahal.
9. Kereta takde airbag
10. Kereta takde screen radio.
11. Kereta takde usb player..
12. kereta takde DVD player
13. Kereta takde bluetooth
14. Kat stereng kereta takde button radio
15. Kereta tak auto, manual je..
16. Kereta tak tinted gelap.
17. Kereta takde spotlight.
18. Kereta kena ganti sportrim, sbbasal cuma rim besi
19. Item 8 hingga 18 (kereta tak best pun) (sebenarnya banyak lagi yang kurang kat kereta Aku)
20. Kije tak pernah sibuk.
21. Ari2 mcm takde kije (kacau org lain nak kerja je)
22. Selalu ponteng cabut kerja..
23. Pergi balik kerja suka hati macam opis tu bapak sendiri yang punya.
24. Kalau dah keluar petang takde pasal nak balik opis lagi.
25. Kerja rangking dah kat bawah.. (ramai lagi bos kat atas)
26. Kerja duduk bawah gred 29
29. Banyak sangat la pulak nak tulis semua.. kang meluat pulak orang nak baca

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Heran ke?

Ermm...
Aku yang tak heran Dia kata...
Dia heran sgt ke?
Aku msg... owh lupa sibuk kerja.. xde masa.... banyak kije lain, bukan nak layan Aku je..
Sibuk Drive sana sini nek MyVi SE 1.5 auto kaler putih tinted gelap...
Tgh drive mana bleh msg.. keta auto kan....
Ermmmm....

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Monday, February 20, 2012

Aku Sedar...

Entah..
Aku tak pasti mana yang betul...
Sekejap lain... kejapan kemudian sudah berbeza...
Sebentar, sama-sama pulang ke kampung...
Sebentar kemudian sama-sama pulang ke kota...
Aku tak pasti yang mana yang perlu Aku percaya...

Mula-mula kata balik kampung sama, balik kota dengan kakak..
Kemudian baik kampung dengan kakak, balik kota dengan si die..
Pastu ada adik si die pula...
Kalau benar balik ke kota bersama kerana kakaknya bercuti panjang...
Aku sedar.. tak mungkin akan Dia rela untuk menaiki pengangkutan awam...(apa kelas)
Dan Aku tahu, Aku tak layak untuk berkata apa-apa...
Kerana Aku sendiri tak mampu untuk berbuat seperti si die...
Sanggup berpatah balik demi orang tersayang, demi untuk berkenalan dengan keluarga orang tersayang.
Dan bila Dia berkata "Kata x nak cemburu?"
Ya Aku sedar... aku tak layak...
Kerana Aku tak sehebat si die..
Dan masih jelas di ingatan dengan kata-katannya...
Aku tak mampu untuk menghantar Dia ke kota..
Tapi ternyata... si die mampu laksanakan tugas itu dengan tanpa banyak alasan.
Erm...

Yang pasti...
Tak perlukan masa yang lama untuk Dia perkenalkan si die pada keluarga..
Apa makna semua itu...?
Apa makna bila Dia besedia memperkenalkan pada keluarga...
Itu lebih dari cukup untuk Aku mentafsirkan...

Aku sedar...
Aku tak layak untuk cemburu...
Malah Aku tak layak untuk menunjukkan rasa cemburu...
Kerana yang pasti Aku tak sehebat si die..
Kerana yang pasti Aku tak sesempurna si die
Aku sentiasa doakan kebahagiaan Dia...
Kerana....

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Terima Kasih (18.2.2012)

Dia...
Terima Kasih untuk segalanya...
Terima kasih untuk semuanya...
Terima kasih kerana membuat diri ini bahagia dan gembira..
Telah lama Aku nantikan saat itu..
Di mana Dia sanggup untuk berusaha untuk Aku..

Dia..
Namun jujur Aku katakan..
Aku tersangat malu...
Malu dengan diri Aku sendiri...
Malu dengan apa yang mampu Dia miliki kini..

Dia..
Aku masih ingat dengan kata-kata Aku sebelum ini...
Dan pabila Aku tahu si dia pasti lebih hebat dari Aku..
Hebat dari setiap segi, kedudukan, jawatan, kesempurnaan, dan kemampuan..
Aku tak punya alasan lagi untuk terus cemburu seperti ketika Dia bersama Adam...
Kerana Aku pernah katakan, Dia mampu dapat yang lebih baik dari apa yang Dia pernah miliki sebelum ini...

Dia..
Terima kasih sekali lagi atas segala yang Dia berikan kepada Aku...
Setap memori bersama Dia adalah memori indah yang tak pernah akan Aku lupakan...
Dan Aku mahu Dia tahu..
Bahawa...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Friday, February 17, 2012

Tak Kesampaian

Kecewa hati ini...
Apabila yang dikirim tidak kesampaian...
Erm...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Monday, February 13, 2012

Happy Valentine Cinta



Happy Valentine buat Dia yang sentiasa Aku cinta..
Happy Valentine buat Dia yang sentiasa Aku sayang...
Happy Valentine buat Dia yang sentiasa Aku kasih...
Happy Valentine buat Dia yang sentiasa Aku rindu..
Walau Dia tak pernah mengerti
Bahawa...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Dia Tak Akan Faham

Dia tak akan faham...
Dia tak nak faham...
Dan bila Dia dan Annura tidak lagi punya harga..
Dan bila Dia dan Annura tidak lagi punya nilai..
Dia tak akan faham dan tak nak faham...
Bahawa...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Saturday, February 11, 2012

Seperti Yang Ku Duga

Ternyata..
Ia seperti yang Aku duga...
Di sini bukan lagi taman yang menarik minat Dia untuk di kunjungi..
Atau hanya Aku yang punya banyak masa kerana tiada kerja yang sering mencoretkan sesuatu di sini...
Tetapi dia terlalu sibuk untuk melayan hal yang ternyata tidak pernah membawa faedah di dalam hidup Dia...

Aku cuma terfikir...
Hanya beberapa kali Dia menunjukkan dan meninggalkan kesan di sini...
Adakah hanya Aku yang syok sendiri?
Tapi tak mengapa...
Selagi mentari terbit,
Selagi nyawa ini bernafas...
Ruangan ini akan tetap menjadi coretan buat Aku titipkan segalanya tentang betapa Aku sayangkan Dia...
Kerana..............

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Friday, February 10, 2012

Salam Rindu



Hati ini sentiasa sayangkan dia

Tergambar...

Kini Aku faham..
Kini Aku mengerti...
Aku terlalu teruk..
Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan...
Tak pernah tau menilai masa orang lain..
Sentiasa mengganggu...
Mengganggu ketika mahu mula kan hari..
~ " ada apa telefon, tak tau ke orang nak g kerja"
Mengganggu ketika sedang sibuk...
~ " banyak kije la, bukank ije nak layan ko je"
Mengganggu ketika mahu berehat
~" sy dah la pnt kije, tak makan lgi, nk lyn awak cm ni lagi"
Mesti semua itu hanya menerbitkan stress,
Hanya menebalkan lagi rasa benci dan tidak senang...
Maafkan Aku...

Sekiranya Aku tak layak lagi untuk bertanya apa-apa..
Hanya satu soalan Aku yang terakhir...
"Benarkan... sebelum Dia pergi merantau ke kota lagi, ketika kita masih bertemu seperti biasa, tiada lagi panggilan ganti nama yang di tulis di telefonnya, hanya nama biasa,"?
Kerana benci dan penat itu sudah bertapak di hati Dia sebelum Dia ke kota lagi...

Aku akan tahu bahawa DIA ini masih di kunjungi andai ada jawapan yang Aku terima disini..

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Aku Mohon Maaf

Dia...
Aku sedar Aku ini serba kekurangan dan serbi kelemahan..
Terlalu banyak sikap Aku yang membuat Dia rasa rimas, membuat Dia benci..
Tanpa Aku sangka Dia berkata begitu dan beranggapan begitu...
Tahukah Dia apa maksud Aku yang sebenarnya?
Tahukah Dia apa yang Aku hrapkan sebenarnya?

Biar Aku imbas kembali kenangan lalu...
Maaf sekiranya ini dikatakan mengungkit...
Mungkin Aku yang silap, silap dengar atau silap anggapan...
Dia pernah berkata..
Apabila Dia mampu untuk memiliki kemudahan itu..
Aku mungkin akan jadi insan yang awal untuk merasa...
Tapi Aku sedar..
Sekali bah, sekali pantai berubah....

Namun kini Aku sedar..
Terlalu banyak kekangan...
Kekangan tugas...
Kekangan kerana tidak fasih dengan jalan-jalan di kampung kecil seperti Muar..
(Walau di kota tak menjadi masalah bagi Dia)
Kekangan cuti yang sukar pada Dia...
Aku faham itu semua..

Dan apa yang Aku cuma fikirkan..
Seandainya Dia benar mahu lakukan itu semua...
Bukan selepas Aku berkias..
Bukan setelah Aku cuba suarakan...
Tapi datang dari keinginan Dia sendiri..
Seperti mana keinginan Dia sendiri bersusah payah mengambil, menjemput, menghantar untuk bertemu Adam suatu masa dahulu
Aku tak mahu semua ini di jadikan sebab Dia terpaksa untuk melakukan perkara yang tak mahu Dia lakukan...

Mungkin Aku juga masih silap..
Apa yang Aku fikirkan tak pernah sama dengan apa yang Dia mahukan...
Dan Aku mengerti,
Dia mahukan Aku yang berusaha sekiranya ingin bertemu Dia..
Ya..
Maafkan Aku kerana tak pernah lakukan semua usaha itu..
Aku tak pernah sanggup untuk mengharungi perjalanan panjang walau dalam waktu bekerja hanya semata-mata untuk berada di depan Dia..

Dan Aku juga memang silap bila Aku terfikir...
Jika Dia benar-benar mahukan...
Dia tidak perlu untuk bertanya atau memberitahu dahulu..
Sebaliknya...
Tanpa di sangka-sangka..
Dia muncul di hadapan pejabat...
Pastinya sebagai orang jawa,(orang melayu mana suka jawa) tak kan menghalau tetamu yang datang
Kerana tetamu itu rezeki...

Dia...
Sekiranya Dia mengganggap Aku insan yang tak pernah kenal erti sabar..
Sekiranya Dia mengganggap Aku insan yang tak pernah menyanyangi Dia..
Aku memohon maaf..
Aku akui itu kekurangan dan kelemahan Aku untuk diri Dia selama ini..
Dan Aku mahu Dia tahu..
Tiada paksaan untuk Dia lakukan semua itu..
Aku bukan siapa-siapa untuk memaksa..
Dan Aku sedar Aku bukan siapa-siapa untuk berkongsi apa yang Dia miliki sekarang...
Aku sedar segala kejayaan Dia sekarang adalah atas usaha Dia sendiri...
Setelah bebas dari nasib malang yang Aku bawa bersama...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Thursday, February 9, 2012



Cinta
Setiap hari Aku menunggu kehadiranmu
Setiap hari Aku menunggu kedatanganmu
Setiap hari Aku menunggu akan terbukanya pintu hatimu dan keinginanmu..
Setiap hari Aku memanjatkan Doa padaNya agar Aku dapat bertem denganmu..

Cinta..
Setiap hari Aku sabar..
Setiap hari Aku redha..
Aku pasti dirimu akan datang menemui Aku..
Dan Aku akan terus bersabar menanti..

Cinta...
Aku inginkan dirimu...
Datang dan temui diri ini...
Pantas Aku katakan padamu, Aku sangat mencinta..

Cinta..
Andai Dia tahu yang Aku menunggumu dalam setiap mimpi-mimpiku
Andai Dia tahu Aku sentiasa berharap agar di pertemukan dengan dirimu
Andai Dia tahu Aku mengharap Dia datang kepadaku walau sesaat...

Namun Cinta..
Aku tahu Aku hars terus bersabar...
Aku harus menunggu dan terus menunggu tanpa jemu...


Satu nama yang setiasa mekar di dalam hati ini

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Wednesday, February 8, 2012

Cemburu Membawa Malu

Dia...
Aku akui.. Diri ini berasa cemburu..
Cemburu dengan kejayaan dan kedudukan Dia..
Cemburu yang lantas membawa bersama perasaan malu..
Malu kerana Aku sedar Aku tak sehebat Dia..
Malu kerana Aku tak pernah membahagiakan Dia..
Malu kerana Aku sering membuat Dia kecewa...

Aku sedar tiada apa lagi yang mampu Aku berikan...
Segala-galanya mampu Dia miliki....
Sebut sahaja apa,kemana, semua mampu untuk Dia perolehi..
Dan Aku pasti Aku tak akan mampu lagi untuk berikan apa-apa kerana apa yang pernah Aku berikan slama ini tak seberapa nilainya..
Dan kini Dia lebih mampu dari Aku...

Dia..
Aku cemburu sehingga membawa bersama perasaan malu...
Cemburu kerana bukan Aku yang layak untuk di kongsikan bersama kejayaan Dia...
Cemburu kerana bukan Aku yang layak merasakan bersama kejayaan Dia..
Cemburu kerana bukan Aku yang layak untuk merasa apa yang mampu Dia miliki kini..
Cemburu kerana dengan kerjaya yang Dia ada sekrang, pastinya tak akan sanggup untuk Dia lakukan seperti mana Aku pernah cuba lakukan untuk Dia..
Walau hakikatnya Aku sedar, segalanya bukanlah yang terbaik bagi Dia..
Segala yang datang dari Aku sentiasa membawa kekecewaan, kedukaan, dan sakit hati dalam diri Dia...
Cemburu kerana Aku sedar, komitmen Dia dalam kerjaya tak seperti Aku yang tak pernah komited dalam tugas..
Sentiasa menghilangkan diri, tak cuti tapi tak kerja...
Aku cemburu mengapa Aku tak seperti Dia...
Komited berkerja sehingga tiada istilah cuti rehat sepanjang bertuga, apatah lagi meghilangkan diri dari tugas hanya untuk melayan karenah insan yang mengharap ini...


Kalau Aku perlukan beribu tahun lagi..
Aku akan terus menanti...
Menanti akan hati Dia terbuka untuk Aku...


Hati ini sentiasa sayangkan dia

Friday, February 3, 2012

Apakah Dia Mengerti

Apakah Dia mengerti apa ertinya malu ini yang sebenar?
Tak mungkin akan Dia mengerti..
Namun Aku tak pernah salahkan Dia..
Dia berhak untuk menentukan apa yang paling patut Dia lakukan...
Aku cuma mahu Dia tahu betapa Aku malu..

Dia...
Aku tahu..
Kini Dia punyai segalanya...
Kerjaya, kedudukan, pangkat, kemampuan serta kehidupan yang lebih baik dari dahulu...
Kemampuan yang nyata lebih dari dahulu dan dari Aku sendiri...
Aku turut tumpang gembira melihat kejayaan Dia, walau dari jauh...

Dia...
Terima kasih Aku ucapkan...
Sesungguhnya Aku tersangat gembira dapat mendengar suara Dia..
Suara yang selama ini Aku rindukan...
Walau Aku bersikap demikian..
Hanya kerana Aku malu..

Dia..
Aku mengerti..
Aku masih ingat...
Ketika itu Dia hanya mampu meminjam dari orang tua nya...
Dan dengan tegas Dia mengatakan..
Dia tak akan mengagahkan diri semata-mata hendak berjumpa Aku di M**r, malah walau di MS sekalipun malah di arahkan pulang..
Apa yang masih Aku ingat...
M**r jauh, tak tahu jalan, kereta pun bukan elok sangat, kalau rosak, jadi apa2 tengah jalan, dan berbagai-bagai lagi..
Ketika itu Aku sangat faham...
Bukan Aku insan yang layak untuk itu semua...

Kini...
Dia udah punya segalanya..
Kewangan yang kukuh lagi baik, kenderaan yang hebat, auto, baru lagi cantik....
Bagaimana Dia mampu bergerak di kota besar, kesana kemari...
Menjalankan tugas sebagai orang atasan yang punya kuasa untuk memeriksa...
Bagaimana Dia mampu untuk tahu jalan-jalan di kota, berani memandu di kota...
Tetapi Aku yakin semua itu juga bukan untuk Aku...
Dia tak akan mengorbankan beribu-ribu perbatuan kenderaan barunya semata-mata untuk bergerak berbatu-batu hanya untuk ke sebuah bandar kecil yang kurang membangun untuk seseorang yang mungkin masih ada di dalam hati Dia...
Minyak, Brek pad, Bunga tayar, minyak silinder, dan pelbagai lagi...
Semua itu pasti tak berbaloi bagi Dia..
Atau ia masih di anggap satu perjalanan yang sangat jauh untuk di harungi,
Bukan seperti dekatnya perjalanan kesidang - bachang - tengkera - bandar hilir - kelebang - bukit cina - bachang - kesidang
Atau ia tetap di anggap merbahaya sekiranya terjadi apa-apa kepada kenderaan kesayangan bila Dia mengharungi perjalanan yang jauh hanya untuk duduk minum dan makan walau sebentar cuma

Bagaimana usaha sesorang untuk mengharungi beribu batu, walau tempat itu tak pernah di kunjungi, Dia tetap berusaha mencari,walau dalam kepayahan,walau adakalanya akhirnya pulang hampa...
Semua itu tidak penting...
Apa yang penting hanya lah kesungguhan yang mahu di tunjukkan..
Dan bila semua itu di bidas dengan kata-kata yang amat memedihkan, (g m**i lagi baik)
Ia pasti membuat sesiapa pun terkesima dan memendam rasa...
Dan salah satu adalah rasa dan perasaan malu yang amat menebal...
Adakah kesungguhan itu sesuatu yang tak malu untuk dilakukan?

Namun setelah Aku dalami segalanya..
Mungkin Aku punya jawapan dan kesimpulan...
Segala yang Dia ada kini bukan Aku yang selayaknya untuk dikongsikan...
Dan juga Aku sangat mengerti...
Kerjaya, kedudukan, dan segalanya bukanlah semudah seperti Aku yang Aku sendiri tidak pasti..
Tak mungkin akan di korbankan waktu bekerja semata-mata untuk perkara seperti Aku yang tak punya faedah, malah tak membawa makna apa-apa..
Kesempatan yang ada hanya di waktu yang satu malaysia sama-sama bercuti
Atau memang tiada istilah cuti rehat atau cuti tahun bagi pegawai atasan yang mempunyai tanggungjawab besar..
"Adakah selama ini Aku hanya mengambil ganjaran tanpa melakukan tugas dengan sempurna...?
Rajin menghilangkan diri, ke sana kemari seolah-olah tidak bekerja...
(Maafkan Aku sekiranya hasil itu semua adalah dari sumber yang tak di berkati dan dari hasil itu juga Aku pernah kongsikan bersama Dia)

Dan sekurang-kurangnya..
Aku masih tetap bersyukur..
Aku masih mampu untuk mendengar suara yang sentiasa Aku rindukan..
Suara yang sering terngiang-ngiang di cuping telinga ini...
Walau Aku pasti, kemunculan itu hampir mustahil....

Dia..
Maafkan Aku....
Maafkan karenahku...
Dan maafkan juga "tah pe-pe Aku"
Sehingga perkataan yang sering muncul....
"suka hati", "malas nak layan"

Dia sesungguhnya Aku terlalu malu..
Malu kerana jurang kita..
Malu kerana masih terdetik harapan yang tak pasti...
Malu kerana tak mahu di anggap tak tahu malu....

Dia...
Aku tak mengharapkan Dia untuk mengerti...
Aku tak mengharapkan Dia untuk memahami...
Hanya sekadar kiasan untuk di luahkan...
Tiada paksaan..
Tiada desakan..
Semua itu hak Dia..
Keputusan Dia...

Aku tetap Aku..
Aku masih Aku yang dulu..
Yang pernah Dia kenal..
Yang tak pernah membahagiakan dan mengecewakan, yang sering hidup dalam kesilapan..
Yang pasti akan sering menyakiti hati Dia walau tanpa niat dan tanpa di sedari...
Namun....

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Thursday, February 2, 2012

Maafkan Aku..

Apa yang harus aku lakukan?
Aku malu...
Malu...
Malu...
Malu...

Maafkan Aku kerana perasaan malu ini terus bersarang di hati ini...
Dan kerana malu Aku jadi begini..


Hati ini sentiasa sayangkan dia

Wednesday, February 1, 2012

Doaku Untukmu Sayang



Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan aku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti

Taukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti

(Tuhan tolong aku juga jaga dia, Tuhan akupun sayang dia)

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti



Hati ini sentiasa sayangkan dia