Lama aku pendam apa yang hendak Aku coretkan disini...
Semakin lama semakin terserlah kemesraan dan kebahagiaan Dia..
Adakah semua itu hanya sekadar untuk menyakiti hati Aku seperti mana kata Dia..
Mengapa Aku berasa seolah-olah semua itu lebih dari sekadar menyakitkan hati Aku..
Aku berasa seolah -olah Dia ingin Aku tahu bahawa betapa bahagianya Dia di saat ini..
Walaupun kata Dia
"itu bukan pilihan Dia"
"itu bukan seperti apa yang Aku lihat"
"Dia sendiri tak pasti dengan apa yang Dia lakukan"
Mengapa Aku tidak dapat rasakan sedemikian..?
Kemesraan,kebahagiaan yang di tunjukkan jelas menunjukkan bahawa ia lebih dari sekadar untuk menyakiti hati Aku.
Apakah panggilan yang Dia sendiri relakan, panggilan yang Dia sendiri lafazkan, dan kesediaan Dia untuk menerima perhubungan itu adalah dengan keadaan terpaksa?
Aku berasa tiada siapa dan tiada apa yang memaksa untuk Dia melakukan sedemikian melainkan kerelaan dari hati Dia sendiri.
Mungkin itu insan yang berjaya membuka hati Dia untuk menerima dan memberi rasa sayang, kasih dan rindu Dia kepada insan yang sangat bertuah itu.
Ya...
Aku masih mampu melihat segala apa yang cuba tunjukkan kepada Aku..
Dan selamanya Aku hanya mampu untuk melihat dan memendam rasa di hati Aku ini.
Semoga berbahagia Aku uncapkan....
Tapi ketahuilah bahawa.....
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Tuesday, January 4, 2011
Semoga Berbahagia
Posted by AKU at 2:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment