Sejujurnya Dia sentiasa dalam fikiran Aku...
Sejujurnya Dia sentiasa dalam hati Aku..
Setiap masa, setiap saat, setiap detik...
Aku tertanya-tanya apa yang sedang Dia lakukan untuk dua hari ini..
Adakah seperti apa yang Dia katakan pada Aku sebelum ini..
Sejujurnya Aku berharap itu tidak akan berlaku...
Tetapi..
Aku sedar siapa Aku..
Siapa Aku untuk menyekat kehendak dan kemahuan Dia..
Siapa Aku untuk menghalang kebahagiaan dan kegembiraan Dia..
Walau di hati ini terlalu kuat untuk mengetahui..
Tapi ada sesuatu yang menghalang Aku dari berbuat demikian..
Aku tak mahu Dia menganggap Aku hanya berbuat begitu hanya kerana bila ada kepentingan..
Maafkan Aku jika Dia sentiasa berasa begitu..
Sejujurnya tidak pernah sekali Aku berniat sedemikian...
Oleh itu..
Apa yang hanya Aku mampu lakukan adalah berharap...
Berharap agar perkara itu bukan lah kenyataan..
Berharap perkara itu bukanlah realiti...
Dan untuk bertanya sendiri kepada Dia adalah...
Apa yang Aku tak mampu lakukan ketika ini..
Aaaarrrgggghhhh....
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Sunday, January 16, 2011
Apa Yang Aku Tak Mampu
Posted by AKU at 11:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment