BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

Aku Akan Cuba Untuk Tersenyum

Aku minta maaf..
Aku tau Aku sentiasa salah..
Mungkin Dia berasakan kata-kata Dia pada Aku dapat merawat hati Dia yang terluka,
Mungkin Dia berasakan kata-kata Dia pada Aku dapat membuatkan Dia gembira,
Mungkin Dia sebenarnya tidak suka bila Aku menghubungi(sms) Dia,
Mungkin Dia rasakan sms Aku bukan lah sesuatu yang dinanti-nantikan,
Atau setidak-tidaknya Aku boleh rasakan bahawa sms Aku ada sedikit berharga kepada Dia..
Tapi dari reaksi balas yg Aku terima dari Dia menidakkan apa yang Aku harapkan... Dia mungkin lebih senang sekiranya Aku tak mengganggu Dia..
Kerana dari kata-kata dia mungkin dia berasa Aku mampu tersenyum lebar sehingga ke telinga...
Aku cuba untuk senyum demi senyuman yang dia miliki sekarang....

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Friday, January 28, 2011

Terima Kasih Dia

Terima Kasih Dia kerana membahagiakan Aku semalam...
Terima Kasih kerana memberikan Aku kepuasan...
Terima kasih kerna berikan Aku keseronokkan..
Terima kasih yang tak terhingga Aku ucapkan kepada Dia...
Walau bagaimana pun....
Aku masih insan biasa yang tidak pernah sempurna.
Maafkan Aku sekiranya Aku ada kekurangan semalam..
Maafkan Aku sekiranya Aku ada membuat Dia terasa...
Sesungguhnya Aku sangat gembira dan bahagia semalam...
Terima Kasih Dia...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Monday, January 24, 2011

Aku Cintakan Dia

Aku terlalu sayangkan Dia..
Aku terlalu cintakan Dia...
Sehingga akhir hayat Aku..
Aku tetap sayang dan cinta kan Dia...
Setiap detik dan saat Aku teringatkan Dia..
Dia sentiasa ada di dalam hati Aku...
Sehingga kapan-kapan pun Aku sentiasa cintakan, sayangkan dan rindukan Dia

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Friday, January 21, 2011

Maafkan Aku....

Maafkan Aku kerana berbuat bergitu...
Aku tahu pasti Dia tidak selesa dengan perbuatan Aku tempoh hari...
Aku tahu pasti Dia tidak suka bila Aku mengekori Dia..
Tapi Aku terlalu ingin tahu, ingin lihat, bagaimana jika Dia dengan orang lain..
Maafkan Aku kerana berbuat bergitu..

Maafkan Aku kerana berbuat bergitu...
Aku tahu Aku tak sepatutnya menghalang Dia dari melakukan perkara yang dia mahukan...
Itu adalah hak Dia..
Bukan hak Aku untuk menghalang...
Maafkan Aku kerana berbuat bergitu..

Cuma apa yang membuat Aku terasa adalah...
Bila Aku tahu "perkara" itu terjadi untuk kali kedua...
Aku mintak maaf kerana berfikir yang bukan-bukan..
Aku mintak maaf kerana berkata macam-macam kepada Dia...
Maafkan Aku kerana berbuat bergitu...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Monday, January 17, 2011

Terima Kasih Dia

Terima kasih yang tak terhingga Aku ucapkan kepada Dia...



benarlah apa yang di katakan pada Aku selama ini bukan ikhlas dari hati Dia yang suci murni itu...



Walaupun Aku sentiasa percayakan Dia...



Bukti yang ada jelas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan selama ini bukan lah dari hati Dia..



Adakah bukti ini juga hanya sekadar untuk menyakitkan hati Aku...?



Dan tak pernah ada rasa lebih dari hanya untuk menyakiti hati Aku?



Terima kasih kerana telah memberitahu Aku hal yang sebenarnya...



Aku fikirkan apa yang di katakan kepada Aku sememangnya ikhlas dari lubuk hati Dia yang suci...



Oleh itu.. Aku simpan sahaja bukti-bukti yang sebelum ini..



Kerana aku tetap percaya dengan apa yang Dia katakan pada Aku...



ternyata Aku silap..



Silap kerana menjadi penghalang kebahagiaan Dia..



Silap kerana berlaku kejam ke atas kehidupan Dia..



Silap...



Ye terlalu banyak kesilapan Aku ke atas hidup Dia selama ini...



Maafkan Aku Dia...



Walauapa pun..



Tak lupa juga ucapan terima kasih Aku yang tak terhingga kepada Dia...



TERIMA KASIH DIA CINTA AKU...



Sesungguhnya....









Hati ini sentiasa sayangkan dia

Sunday, January 16, 2011

Apa Yang Aku Tak Mampu

Sejujurnya Dia sentiasa dalam fikiran Aku...
Sejujurnya Dia sentiasa dalam hati Aku..
Setiap masa, setiap saat, setiap detik...
Aku tertanya-tanya apa yang sedang Dia lakukan untuk dua hari ini..
Adakah seperti apa yang Dia katakan pada Aku sebelum ini..
Sejujurnya Aku berharap itu tidak akan berlaku...
Tetapi..
Aku sedar siapa Aku..
Siapa Aku untuk menyekat kehendak dan kemahuan Dia..
Siapa Aku untuk menghalang kebahagiaan dan kegembiraan Dia..
Walau di hati ini terlalu kuat untuk mengetahui..
Tapi ada sesuatu yang menghalang Aku dari berbuat demikian..
Aku tak mahu Dia menganggap Aku hanya berbuat begitu hanya kerana bila ada kepentingan..
Maafkan Aku jika Dia sentiasa berasa begitu..
Sejujurnya tidak pernah sekali Aku berniat sedemikian...
Oleh itu..
Apa yang hanya Aku mampu lakukan adalah berharap...
Berharap agar perkara itu bukan lah kenyataan..
Berharap perkara itu bukanlah realiti...
Dan untuk bertanya sendiri kepada Dia adalah...
Apa yang Aku tak mampu lakukan ketika ini..
Aaaarrrgggghhhh....

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Friday, January 14, 2011

Kerisauan Yang Membawa Kebencian

Kenapa Aku tak pernah pandai untuk menjaga hati Dia..
Kenapa Aku tak pernah pandai untuk menjaga perasaan Dia..
Kenapa Aku sering membuat Dia terluka..
Terkadang Aku fikirkan Aku amat risaukan Dia..
Tapi ternyata kerisauan Aku hanya membawa kelukaan kepada Dia..
Dan ternyata kerisauan Aku hanya membawa kebencian Dia terhadap Aku..
Aku fikirkan mungkin itu cara untuk Aku tunjukkan rasa sayang Aku kepada Dia..
Ternyata Aku sentiasa silap dalam membuat keputusan
Ternyata Aku sentiasa silap dalam membuat jangkaan
Aku juga manusia biasa yang tak mampu untuk mengetahui segalanya dalam satu masa..
Dan terkadang perkara yang sama berulang hanya kerana perasaan ingin tahu itu sungguh menebal..
Tapi tenyata sekali lagi Aku silap..
Itu bukanlah jalan atau cara yang terbaik untuk Aku tunjukkan kerisauan Aku kepada Dia..
Dan itu bukanlah jalan atau cara yang terbaik untuk Aku tunjukkan rasa kasih sayang Aku kepada Dia..
Kenapa Aku terlalu bodoh untuk melihat ini semua..
Kenapa Aku terlalu bodoh untuk memikirkan akibatnya..
Dan kerana kebodohan Aku sendiri..Memakan diri Aku sendiri..
Dia...
Aku akur dengan keputusan dan kehendak Dia..
Jika kerisauan atas dasar rasa sayang AKu kepada Dia balasannya adalah hanya kebencian Dia pada Aku...
Aku akur..
Aku terima..
Sesungguhnya Aku adalah insan yang tak pernah tahu erti nilai menjaga hati seorang yang Aku sangat sayang..
Maafkan Aku..
Maafkan Aku..



Hati ini sentiasa sayangkan dia

Thursday, January 13, 2011

Untukmu Selamanya



Kasihku
Seharum mawar merah
Kujadikan cinta untukmu
Selama-lamanya oh...

Kasihku
Seluas laut biru
Ku jadikan rindu untukmu
Selama-lamanya

( korus )
Biarpun duri yang bisa
Menjadi penghalang cinta
Aku yang di sini
Hanya untukmu jua
Biar laut bergelora
Menjadi resah sejuta
Aku yang di sini
Pencinta yang setia oh...

Kasihku
Seharum bunga kemboja
Ku jadikan miliknya
Seandainya terpanggil selamanya

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Maafkan Cemburu Aku

Apa yang harus aku katakan?
Apa yang harus aku lakukan?
Maafkan Aku, Dia...
Maafkan cemburu Aku yang membuat Dia tidak selesa..
Maafkan cemburu Aku kerana membuat Dia berasa sesak..
Maafkan cemburu Aku yang merimaskan..
Andai Dia rasa cemburu Aku menjadi penghalang...
Andai Dia rasa cemburu Aku menjadi penyekat...
Maafkan Aku...
Cemburu itu hadir tanpa di paksa..
Kerana cemburu itu lahir dari perasaan sayang Aku kepada Dia yang takkan pernah padam sampai bila-bila..
Dia...
Maafkan cemburu Aku selama ini..
Aku cemburu kerana Aku sayang...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Monday, January 10, 2011

CintaKu



Dan kunyayikan kau lagu cinta
Seindahnya sinar mentari
Seanggunnya sinar rembulan

Dan kunyayikan kau lagu rindu
Kerna sesungguhnya hati ini masih lagi
Lemas dalam kerinduan

Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini

Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini penawar rindu

Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan

Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan

Ini bukan yang pertama kalinya
Cinta kupergi


Hati ini sentiasa sayangkan dia

Thursday, January 6, 2011

Apa Yang Aku Harapkan Cuma...

Salam sayang buat Dia...
Aku tahu terlalu banyak kesalahan dan kesilapan yang Aku lakukan kepada Dia...
Apa yang Aku harap cuma...
Apa yang Dia katakan, uangkapkan, bicarakan kepada Aku adalah dari isi hatinya yang tulus...
Bukannya hanya untuk mengucapkan sesuatu yang indah dan manis..
Sedangkan di dalam hati ada perkara lain yang sebenarnya di rasakan..
Di dalam hatinya tidak sama sperti apa yang di ucapkan...
Arghhhhh...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Tuesday, January 4, 2011

Love Song Untuk Dia

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again

However far away, I will always love you
However long I stay, I will always love you
Whatever words I say, I will always love you
I will always love you

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am free again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am clean again

However far away, I will always love you
However long I stay, I will always love you
Whatever words I say, I will always love you
I will always love you

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Semoga Berbahagia

Lama aku pendam apa yang hendak Aku coretkan disini...
Semakin lama semakin terserlah kemesraan dan kebahagiaan Dia..
Adakah semua itu hanya sekadar untuk menyakiti hati Aku seperti mana kata Dia..
Mengapa Aku berasa seolah-olah semua itu lebih dari sekadar menyakitkan hati Aku..
Aku berasa seolah -olah Dia ingin Aku tahu bahawa betapa bahagianya Dia di saat ini..
Walaupun kata Dia
"itu bukan pilihan Dia"
"itu bukan seperti apa yang Aku lihat"
"Dia sendiri tak pasti dengan apa yang Dia lakukan"
Mengapa Aku tidak dapat rasakan sedemikian..?
Kemesraan,kebahagiaan yang di tunjukkan jelas menunjukkan bahawa ia lebih dari sekadar untuk menyakiti hati Aku.
Apakah panggilan yang Dia sendiri relakan, panggilan yang Dia sendiri lafazkan, dan kesediaan Dia untuk menerima perhubungan itu adalah dengan keadaan terpaksa?
Aku berasa tiada siapa dan tiada apa yang memaksa untuk Dia melakukan sedemikian melainkan kerelaan dari hati Dia sendiri.
Mungkin itu insan yang berjaya membuka hati Dia untuk menerima dan memberi rasa sayang, kasih dan rindu Dia kepada insan yang sangat bertuah itu.
Ya...
Aku masih mampu melihat segala apa yang cuba tunjukkan kepada Aku..
Dan selamanya Aku hanya mampu untuk melihat dan memendam rasa di hati Aku ini.
Semoga berbahagia Aku uncapkan....
Tapi ketahuilah bahawa.....

Hati ini sentiasa sayangkan dia