Segala apa yang Aku pernah lakukan dan Aku cuba lakukan...
Tak seperti yang Aku harap dan bayangkan...
Aku berusaha untuk mencari sebanyak mungkin cerita tentang 'R'...
Dengan harapan... agar Dia tahu bagaimana 'R' yang sebenar..
Dan Aku berharap sekiranya Dia tahu...
Dia dan 'R' semakin renggang....
Ternyata Aku silap...
Segalanya itu hanya membuatkan Dia dan 'R' lebih rapat lagi..
Lebih kerap berhubung untuk mencari kebenaran dalam setiap apa yang Aku ceritakan...
Adakah Dia beranggapan Aku hanya mereka cerita?
Terdetik sedikit rasa kesal dalam diri Aku kerana itu sebenarnya bukan cara yang terbaik...
Aku yang bodoh...
Aku yang tak malu...
Mencampuri urusan Dia yang Aku pasti adalah hak Dia..
Terkadang Aku berasa seperti seorang lelaki yang tak mampu untuk berkata-kata...
Aku tak mampu untuk menghalang hubungan Dia dengan yang lain...
Aku tak mampu untuk menghalang kerana Aku akur akan hak Dia...
Yang Aku cuma mampu adalah mendengar hubungan Dia dengan yang lain...
Dan Aku cuma mampu pendamkan rasa sakit itu...
Aku cuba untuk terus tersenyum walau sering Dia laungkan nama lain pada Aku...
Aku cuba untuk terus tersenyum walau adakala Dia ingin tunjukkan apa yang Dia ada dari yang lain...
Aku sudah tak mampu untuk menunjukkan rajuk Aku...
Kerana sesungguhnya Dia lebih terseksa bersama Aku...
Dia....
Sememangnya semua ini tak seperti yang Aku harapkan...
Maafkan Aku...
Aku tahu Dia sudah jelak dengan perkataan maaf...
Dan selagi Aku mampu untuk bersuara... Aku akan sentiasa memohon maaf dari Dia...
Walau Aku sedar maaf Aku sudah tiada nilai lagi di hati Dia...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Tuesday, July 6, 2010
Tak Seperti Yang Aku Harapkan
Posted by AKU at 11:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment