Hari ni pastinya hari yang paling indah untuk Dia...
Hari ini pastinya saat yang paling gembira bagi Dia...
Hari ini pastinya detik yang paling bahagia buat Dia...
Kehadiran berita yang pasti mencernakan keindahan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata....
Kehadiran berita yang pasti melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak akan mampu di gambarkan dengan gerak gaya..
Tahniah Aku ucapkan kepada Dia...
Ucapan tahniah ini akan Aku iringkan bersama doa-doa kebahagiaan untuk Dia...
Doa-doa yang hadir bersama air mata seorang lelaki untuk Dia...
Apa yang diimpikan semakin hampir...
Apa yang dihajatkan semakin jelas...
Apa yang dinantikan semakin nyata...
Dia semakin hampir menjadi milik yang lain...
Kebahagiaan...
Kegembiraan...
Keindahan yang bukan untuk dikongsi bersama Aku...
Dan Aku hanya tahu atas dasar naluri Aku sendiri...
Dan ianya sebenar-benarnya adalah tepat seperti jangkaan Aku...
Adakah ada lagi rindu itu untuk Aku...
Adakah ada lagi kasih itu untuk Aku...
Adakah ada lagi sayang itu untuk Aku...
Sememangya "ada" adalah harapan Aku...
Aku sentiasa sayangkan Dia....
Aku sentiasa rindukan Dia...
Aku sentiasa kasihkan Dia...
Kini dan selamanya...
Ucapan tahniah ini Aku dedikasikan khas untuk Dia....
Kebahagiaan yang Dia cari semakin tercapai...
Kebahagiaan yang Dia idamkan ada 'di sana'...
Lara ini akan Aku tanggung seumur hidup Aku...
Kesedihan ini akan Aku telan selagi ada hidup ini....
Aku sayang Dia
Aku cinta Dia
Aku kasih Dia
Aku rindu Dia
Yang tidak akan ada penghujungnya.....
Kerana....
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Saturday, July 31, 2010
Tahniah Atas Hari Gembira Buat Dia
Posted by AKU at 2:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment