Dia...
Seorang wanita yang hadir dalam hidup Aku,
Hadir dan membuat hari-hari Aku ceria,
Hadir dan membuat hari-hari Aku bahagia,
Dia...
Seorang wanita yang hadir dalam hidup Aku,
Hadir membenihkan rasa sayang Aku kepada Dia,
Hadir membuahkan rasa kasih Aku kepada Dia,
Hadir di saat Aku telah membuat keputusan begini,
Keputusan yang sentiasa Aku rasa bukan pilihan Aku yang sebenarnya.
Kini....
Dia...
Membuat hari-hari Aku sentiasa murung dan tak bermaya,
Membuat hari-hari Aku sentiasa kusam dan pahit untuk Aku telan,
Membuat hari-hari Aku sentiasa memikirkan Dia...
Membuat hari-hari Aku sentiasa teringatkan Dia...
Kerana....
Hadirnya Dia di saat Aku telah membuat keputusan ini.
Kerana...
Hadirnya Dia membuat Aku sering terfikir apakah silap dan salah Aku,
Dalam membuat keputusan ini..
Kerana...
Hadirnya Dia membuat Aku sering terfikir untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan manusia normal.
Dia...
Sesungguhnya wanita yang paling Aku sayang..
Tiada wanita lain yang pernah Aku sayang sebagaimana Aku sayangkan Dia...
Aku sayangkan Dia, seumur hidup Aku..
Aku sayangkan Dia, selagi hayat Aku di kandung badan...
Aku sayangkan Dia selama-lamanya.
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Monday, January 4, 2010
Hadir Dia Dalam Hidup Aku
Posted by AKU at 5:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment