BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 1, 2010

Andai Bahagia Itu Milik Kita

Bila Dia lahir ke muka bumi ini 25 tahun yang dulu,
Kesemua cerita dan suratan sudah tertulis untuk Dia..
Bila Aku lahir ke muka bumi ini 26 tahun dulu,
Kesemua takdir dan ketentuan telah ditetapkan untuk Aku...

Tapi kini...
Kenapa Aku rasa, Dia sepatutnya tercipta untuk Aku,
Dan Aku tercipta untuk Dia..
Aku dan Dia sempat berkenalan dan berkasih,
Tapi kenapa ianya perlu terjadi dalam keadaan begini...
Aku sayang sangat kepada Dia,
Dan Aku tahu,
Dia juga sayang kepada Aku..

Adakah sayang aku kepada Dia,dan..
Sayang Dia kepada Aku adalah satu dosa...
Oleh itu, bahagia itu bukan milik kami berdua...

Acap kali perasaan Aku di himpit dengan kekeliruan ini,
Aku terlalu sayangkan Dia...
Sayang sangat.
Belum pernah ada wanita yang Aku sayang sebagaimana Aku menyayangi Dia...

Kalau lah Dia tahu isi hati Aku ini,
Pasti dunia ini indah...
Tapi...
Apa maknanya keindahan ini jika hanya Aku dan Dia saja yang tahu...
Aku ingin khabarkan kepada semua betapa Aku sayangkan Dia...
Betapa Aku cintakan Dia...

Sering Aku tertanya-tanya...
Kenapa bukan Dia yang mengisi kekosongan hati aku sebelum ini,
Kenapa Aku lewat bertemu dengan Dia,
Kenapa Aku ditemukan dengan Dia sekiranya itu hanya membuat Dia menderita...
Kenapa?
Kenapa?

Sesungguhnya Aku juga terseksa dengan keputusan ini,
Aku sering terasa keputusan yang Aku ambil selama dalam hidup Aku,
Ada saja kekurangannya...
Yang Aku pasti sekarang Aku terasa kekurangan...
Iaitu Dia.

Andai dapat Aku undurkan putaran dunia
Aku akan pastikan bahagia itu milik Aku dan Dia..

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: