BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 10, 2013

Tahniah atas kebahagiaan Dia kini

Assalamuaalaikum...
Cinta...
Pertama kali, hubby ingin ucapkan tahniah pada cinta..
Tahniah atas kejayaan dan kebahagiaan yang cinta kecapi kini..

Hubby pasti..
Si dia adalah insan yang selama ini cinta impi dn idamkan..
Dan hubby pasti..
Si dia adalah lelaki yang paling sempurna untuk melengkapkan hidup cinta.

Hubby sedar..
Dengan hadirnya si dia yang kini telah menjadi tunangan cinta membuatkan cinta mampu untuk terus lupakan hubby..
Perasaan benci cinta untuk hubby selama ini telah banyak menghakis perasaan kasih dan sayang cinta untuk hubby.
Dan hubby terus cinta lupakan..

Cinta..
Walaupun cinta tak pernah lagi ingatkan hubby..
Walaupun cinta tak lagi ingat kisah-kisah manis kita bersama...
Hubby tak pernah berhenti untuk mencintai dan menyayangi cinta..
Hubby tak pernah berhenti merindui cinta...

Cinta..
Cinta adalah kenangan paling indah dan manis dalam hidup hubby..
Tak mungkin sekali untuk hubby lupakan cinta...
Walau hakikatnya, hubby telah lenyap dalam ingatan dan hati cinta..

Cinta..
Hubby doakan kebahagiaan cinta bersama lelaki yang selama ini cinta cari..
Yang selama ini cinta angankan..
Yang selama ini cinta idamkan.
Yang selama ini cinta impikan..

Hubby hanya tinggal secebis kisah yang pernah ada dalam hidup cinta..
Kebahagiaan, kejayaan yang cinta kecapi kini tak mungkin untuk cinta sudi bersama hubby lagi..
Menyayangi, mengasihi, mencintai dan menrindui hubby pastinya lebih jauh panggang dari api.

Maafkan hubby kerana tak pernah mampu untuk menjadi lelaki idaman cinta..
Maafkan hubby kerana tak pernah mampu untuk menjadi lelaki harapan cinta..
Maafkan hubby kerana tak pernah mampu untuk menjadi lelaki sehebat dan sesempurna si dia.



Hati ini sentiasa sayangkan dan rindukan CINTA

0 comments: