BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 31, 2012

Jawapan Untuk Dia..

  • 2 oktober 2011 - "Getting new fb"  hanya selepas 2 bulan dia dengan kejayaan kerjayanya yang baru.. (ogos 2011). Dan diri ini sedar.. akaun itu di buka hanya untuk mereka2 yang berada dalam kelompok yg sama taraf seperti dia. Kerana diri dia yang pastinya meronta2 mahu membuka akaun baru lebih awal kerana telah terlalu lama tanpa akaun fb rasmi dan kerana mahu sama taraf dengan rakan2 seJKKP yang masing2 punya akaun fb.
 
  • 17 ogos 2012 - Diri ini membuka akaun fb baru dengan tujuan asal dan utama kerana arahan dari pejabat untuk membuka akaun fb pejabat merangkap menjadi admin kerana sebelum ini juga diri ini adalah penyelaras laman web pejabat.
 
  • Jika di buat perhitungan.. jumlah 320 hari bermula dari 2 oktober 2011 hingga 17 ogos 2012 hanya kurang 45 hari untuk menjadikan ia setahun. siapa yang lebih lama mampu bertahan tanpa akaun fb rasmi?
 
  • Memang... jika hati dah benci, segala apa yang di lihat pastinya negatif. Namun harus Dia sedar.. ketika Dia masih lagi sudi menghubungi diri ini, walau hanya untuk meluahkan rasa marah dan benci (kali terakhir berhubung 5 september 2012) sememangnya dia ada menuduh bahawa "Kis Aura" itu adalah akaun fb diri ini. Dan ketika itu diri ini jujur menyatakan, bahawa diri ini mmg tiada akaun fb lain. Akhirnya.. betul ke dengan tuduhan "Kis Aura" itu akaun fb diri ini? Tidak kan? Oleh itu.. setelah diri ini sedar, bahawa dia tak lagi merasa diri ini pernah wujud dalam hati dan hidup dia.. setelah dia membuang jauh diri ini dari hati dia.. setelah dia mematikan diri ini dalam hidup dia.. Adakah diri ini tetap tidak layak untuk mempunyai akaun fb, atau akaun fb hanya layak untuk orang2 yang berjaya seperti dia? Adakah satu pembohongan bila mana perkara yang sebenarnya memang tidak ada ketika dia bertanya, dan ia tetap di anggap penipuan selamanya walau dia tidak lagi punya hati untuk merasakan diri ini wujud? Andai begitu.. jelas diri ini tak layak punyai akaun fb seperti dia dan mereka yang berjaya selamanya walaupun selepas dia tidak lagi mengendahkan diri ini.
 
  • Terima kasih kerana menyedarkan diri ini.. memang diri ini akui perlu sentiasa MUHASABAH diri.. kerana tak pernah sedar yang diri ini sentiasa membuat kesilapan dan serba kekurangan yang mana tidak sesempurna dan berjaya seperti dia. Terima kasih kerana pernah memberi kesempatan untuk diri ini cuba memberikan yang terbaik walau tidak pernah sempurna dalam hidup dia. Terima kasih juga pernah sudi memberikan kasih sayang dan CINTA untuk diri ini..
 
  • Maafkan diri ini kerana tak pernah mampu memberi sebarang kesempurnaan seperti apa yang dia idamkan selama ini. Maafkan diri ini juga kerana tak mampu menyediakan kesempurnaan seperti apa yang dia kecapi kini.
 
  • Namun hanya satu... walau sekuat mana pun benci dia atas segala keburukkan dan kekurangan diri ini... pastinya dia pernah terdengar pepatah lama "setandan pisang, tak mungkin semuanya busuk" namun andai setelah apa yang pernah dia lalui selama ini bersama diri ini membuatkan dia berasa semuanya adalah BUSUK.. diri ini mohon ampun dan maaf. Maaf kerana selama ini busuk di dalam hidup dia.
 
Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: