BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

Tahniah Dan Cemburu

Tiada ucapan yang lebih tepat untuk Aku beriakan kepada Dia di saat ini..
Ucapan TAHNIAH atas segala apa yang mampu Dia miliki sekarang..
Kejayaan, kedudukan, kemewahan, kerjaya dan segala-gala yang pernah Dia impikan selama ini..
Tahniah juga dengan kehadiran pasangan baru dalam hidup Dia..
Sebuah kereta baru walau Aku tak pasti modelnya.. (vios ku kira)
Dengan kerjaya yang ada sekarang..
Aku pasti Dia mampu untuk miliki segala yang di hajatkan selama ini..
Aku hanya mampu mendengar cerita kejayaan Dia dari jauh..
Walau Aku tak mampu untuk berkongsi segala kegembiraan atas kejayaan Dia itu..
Namun Aku redha dengan segala ketentuan Ilahi..
Mungkin Aku bukan insan yang paling layak berkongsi kegembiraan dan kejayaan yang Dia kecapi kini..
Dan Aku mohon maaf kerana selama ini Aku cuba membahagiakan Dia dengan segala kekurangan yang Aku ada..
Kekurangan dari setiap segi dan setiap sudut..
Aku hanya insan biasa yang tak punya kelebihan apa-apa.

Dia..
Sesungguhnya..
Hati ini sentiasa ridukan Dia..
Hati ini sentiasa teringatkan Dia..
Dan Dia sentiasa dekat di hati Aku..

Dia..
Sesungguhnya..
Aku juga terlalu cemburukan Dia..
Cemburukan dengan segala yang mampu Dia miliki kini..
Cemburu dengan apa saja yang Dia lakukan kini..
Cemburu, cemburu dan terus cemburu..
Dan Aku pasti segala kecemburuan Aku hanya di sebabkan oleh satu perkara..

Kerana.....

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: