BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 28, 2011

Aku Yang Tak Berkesempatan

Dia..
Aku tahu..
Aku sedar..
Aku terlalu banyak membuat kesilapan ke atas Dia..
Terlalu banyak sehingga tak akan mampu Aku tebus sehingga bila-bila.
Walau banyak yang telah Aku cuba lakukan untuk membahagiakan Dia..
Ternyata Aku gagl dalam membahagiakan hidup Dia..
Dan Aku percaya..
Dia kini lebih bahagia dengan kehidupan yang di kecapi kini.
Hanya satu..
Hanya satu yang membuat Aku terkilan..
Aku tak pernah mampu untuk melihat Dia 'mengenakan' sesuatu yang tak sempat Aku lihat pada diri Dia..
Namun Aku pasrah..
Aku hanya mampu memberi..
Dan terpulang kepada Dia untuk melakukan apa sahaja.

Dia..
Percayalah...
Selamanya..

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Tuesday, December 27, 2011

Tahniah Dan Cemburu

Tiada ucapan yang lebih tepat untuk Aku beriakan kepada Dia di saat ini..
Ucapan TAHNIAH atas segala apa yang mampu Dia miliki sekarang..
Kejayaan, kedudukan, kemewahan, kerjaya dan segala-gala yang pernah Dia impikan selama ini..
Tahniah juga dengan kehadiran pasangan baru dalam hidup Dia..
Sebuah kereta baru walau Aku tak pasti modelnya.. (vios ku kira)
Dengan kerjaya yang ada sekarang..
Aku pasti Dia mampu untuk miliki segala yang di hajatkan selama ini..
Aku hanya mampu mendengar cerita kejayaan Dia dari jauh..
Walau Aku tak mampu untuk berkongsi segala kegembiraan atas kejayaan Dia itu..
Namun Aku redha dengan segala ketentuan Ilahi..
Mungkin Aku bukan insan yang paling layak berkongsi kegembiraan dan kejayaan yang Dia kecapi kini..
Dan Aku mohon maaf kerana selama ini Aku cuba membahagiakan Dia dengan segala kekurangan yang Aku ada..
Kekurangan dari setiap segi dan setiap sudut..
Aku hanya insan biasa yang tak punya kelebihan apa-apa.

Dia..
Sesungguhnya..
Hati ini sentiasa ridukan Dia..
Hati ini sentiasa teringatkan Dia..
Dan Dia sentiasa dekat di hati Aku..

Dia..
Sesungguhnya..
Aku juga terlalu cemburukan Dia..
Cemburukan dengan segala yang mampu Dia miliki kini..
Cemburu dengan apa saja yang Dia lakukan kini..
Cemburu, cemburu dan terus cemburu..
Dan Aku pasti segala kecemburuan Aku hanya di sebabkan oleh satu perkara..

Kerana.....

Hati ini sentiasa sayangkan dia

Friday, December 23, 2011

Apa Khabar Dia Disana

Apa khabar Dia disana..
Pasti lebih tenang dan gembira hendaknya..
Aku dapat rasakan itu yang sedang menyinari hidup Dia kini..
Walau Aku dapat rasakan seperti ada dugaan (ugutan) dari yang tak sepatutnya..
Pada Aku si dia tiada hak untuk mengugut Dia dengan cuba memburuk-burukkan Dia..
Kerana pada Aku..
Setiap kali kita melihat kekurangan orang lain..
Sebenarnya kita lebih serba kekurangan dari orang itu..
Kerana kita sebenarnya tak mahu akui kelemahan dan kekurangan kita sendiri..

Begitu juga yang terjadi pada Aku selama ini..
Sentiasa ego dengan kemampuan diri sendiri..
Sedangkan sebenarnya Aku terlalu banyak kekurangan dan kelemahan..
Terlalu-lalu banyak..
Sehingga Aku sendiri malu terhadap diri Aku sendiri..
Malu dengan kelemahan Aku yang sebenar..
Malu dengan kekurangan Aku sendiri..
Malu dengan kedudukan,pangkat dan segalanya..

Maafkan Aku atas segala kekurangan diri Aku selama ini..
Akhir sekali...
Ucapan Tahniah atas apa saja kejayaan Dia kini..
Kehidupan, kerjaya, pasangan dan segala-galanya..
Juga tahniah atas akaun FB Dia yang baru..
Mungkin itu perubahan baru Dia untuk bersama si dia..

Aku sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan Dia..
Amin..
Dan percayalah...

Hati ini sentiasa sayangkan dia