BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 19, 2011

Tahniah Dia..

Tahniah Aku ucapkan untuk Dia..
Tahniah untuk kerjaya baru yang Dia perolehi..
Yang akan dia tempuhi di hari mendatang..

Tahniah juga kerana segala impian Dia kini telah menjadi kenyataan..
Impian untuk memperolehi seorang lelaki yang mampu memberikan Dia segala-galanya..
Kebahagiaan, kegembiraan, kesenangan, dan segala-galanya..
Lelaki yang mampu untuk ada setiap masa yang Dia perlukan..

Dan sega;la impian itu di serikan lagi dengan kejayaan Dia memperolehi kerjaya yng selama ini Dia impi-impikan...
Hidup Dia kini telah lengkap..
Kerjaya yang membanggakan dan juga memiliki lelaki yang membahagiakan..

Aku...?
Mungkin Aku hanya pembawa malang dalam hidup Dia selama ini..
Semenjak Dia bersama si die..
Satu persatu kejayaan yang Dia perolehi..
Tahniah Dia..
Mungkin ini juga hasil dari nasib baik yang hadir bersama si die..
Dan Aku hanya pembawa nasib malang selama ini bersama Dia..
Kerana Aku masih ingat ketika Dia hendak temuduga dulu..
Dia ada berkata si die akan membantu untuk Dia mendapatkan kerja itu..
Aku mohon maaf Aku tak berdaya untuk membantu apa-apa dalam menjamin masa depan Dia..

Aku masih ingat kata-kata Dia sekiranya Dia memperolehi kerjaya yang Dia impi-impikan..
Namun Aku juga tetap ingat bahawa kata-kata dahulu hanya tinggal kata-kata..
Kini sayang, kasih, cinta, rindu dan segala-galanya hanya untuk si die..
Kerana hanya si die yang terhebat dan terbaik...

Aku pasti di saat ini perasaan kasih, sayang, cinta, rindu dan segalanya semakin kuat untuk si die..
Tak mungkin Dia sanggup kehilangan si die..
Masakan tidak sehingga no telefon juga masih ada untuk kegunaan si die sepanjang hayat..
Dan Aku juga pasti dan terlalu yakin, perasaan yang sama yang ada pada si die..
Masakan hendak si die melepaskan "lubuk emas' yang berada di dalam genggaman..
Aku ingat kerana itu adalah kata-kata si die bukan semata-mata kata-kata dari Aku yang hina ini..

Tahniah sekali lagi Dia...
Taniah untuk kalian berdua..
Kalian sememangnya berhak dan layak untuk bahagia bersama..
Bukan Aku yang hanya pembawa malang dalam hidup Dia...

Ampunkan Aku kerana hanya membawa nasib buruk selama ini..
Aku tetap sayangkan Dia..
Aku tetap rindukan Dia..
Aku tetap cintakan Dia...
Sehingga Aku menghembuskan nafas terakhir....



Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: