BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 5, 2011

Cinta Dia Terlalu Tinggi Untuk Adam

Semakin hari....
Semakin jelas cinta dan kasih sayang Dia untuk Adam...
Semakin lebih keistimewaan yang Adam perolehi...
Semakin berkurang keistimewaan yang pernah Aku perolehi dari Dia...
Jika dahulu Aku masih mampu menjadi tempat untuk Dia luahkan kegembiraan mahu pun kedukaan..
Kini semakin kurang untuk Aku dapat kongsikan dari Dia..
Semakin hari semakin sedikit keistimewaan untuk Aku..
Semakin banyak yang Dia cuba sembunyikan dari Aku..
Semakin banyak yang Dia tidak lagi mahu kongsikan bersama Aku...
Adakah kasih sayang Dia kepada Aku semakin berkurangan sedkit demi sedikit di sebabkan Adam...
Arghhhh...
Jangan lakukan aku sebegini cintaku...
Tidakkah Dia pernah tahu betapa sayangnya Aku kepada Dia?
Tidakkah Dia pernah tahu betapa cinta Aku pada Dia takkan ada titik noktahnya..
Tidak akan ada penghujungnya...
Mengapa?
Mengapa tidak lagi Aku dapat kongsikan perkara-perkara yang pernah Dia mahu kongsikan bersama Aku?
Semakin hari semakin Aku sedar...
Cinta Dia terlalu Agung untuk Adam...
Semakin hari semakin Aku sedar...
Cinta Dia terlalu istimewa untuk Adam..
Semakin hari semakin Aku sedar...
Cinta Dia terlalu lain dari yang lain untuk Adam..
Semakin hari semakin Aku sedar...
Cinta Dia terlalu tiggi untuk Adam...

Hati ini sentiasa terlalu sayangkan dia

0 comments: