Aku selalu terasa..
Aku selalu sakit hati..
Aku selalu cemburu..
Walau Aku perlu tahu bahawa Aku tak sepatutnya berperasaan begitu..
Aku sering terasa bila ada yang memanggilnya dengan sayang, manje, bucuk..
Tapi tahu kah Dia mengapa Aku terlalu cemburu dan terasa bila mereka boleh memanggil Dia begitu?
Kerana Aku tidak lihat ada usaha untuk Dia menghalang dari mereka memanggil Dia dengan panggilan begitu..
Dan mengapa Aku cukup terasa bila memikirkan itu?
Kerana Aku pernah memanggilnya dengan panggilan "wangi"
Tetapi apa yang Aku terima adalah...
Dia terlalu keras untuk tidak mahu Aku memanggil dengan panggilan itu..
Mengapa Dia begitu tegas untuk Aku tidak memanggil Dia begitu?
Kerana Dia mmg tidak inginkan panggilan itu.
Tetapi mengapa mereka bebas memanggil Dia dengan panggilan sayang, manje dan bucuk?
Kerana mungkin tidak ada ketegasan dalam menghalang mereka dari memanggil sedemikian.
Dan sebab itu mereka masih bebas memanggil Dia dengan panggilan itu sedangkan Aku tak mungkin lagi memanggil dengan panggilan "wangi"
Kenapa mereka boleh?
Kenapa Aku tidak?
Kerana Dia memang tidak suka dengan panggilan "wangi" dari Aku..
Tapi Dia tidak kisah dengan panggilan mereka untuk Dia..
Tapi Aku kini lebih sedar...
Aku tak seharusnya terasa untuk itu semua...
Aku hanya perlu terima dengan hati yang terbuka..
Aku perlu terima dengan senyuman...
Kerana Aku bukan seperti mereka yang membawa sinaran bahagia daam hidup Dia..
Sedangkan Aku....?
Hanya binatang bangsat yang tak berguna yang sering melukakan hati dan perasaan Dia..
Sampai bila-bila pun Aku takkan pernah mampu untuk berikan Dia sinaran kebahagiaan..
Walau setinggi mana pun kebencian Dia terhadap Aku..
Walau sebesar mana pun kebencian Dia terhadap Aku...
Setinggi itu dan sebesar itu juga sayang Aku kepada Dia takkan pernah pudar malah sentiasa subur di hati Aku sehingga Aku menutup mata..
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Wednesday, February 16, 2011
Kenapa Dengan Aku Tak Boleh....
Posted by AKU at 4:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment