Aku sedih sangat..
Sedih sangat-sangat...
Sedih teramat sangat...
Bagaimana Dia sanggup untuk perlakukan Aku sebegini?
Aku tahu Aku tak pernah mampu untuk berikan Dia kegembiraan dan masa seperti mana yang Dia harapkan.
Tapi inikah cara balasan Dia pada Aku?
Apa sebenarnya yang Dia hendak Aku rasakan?
Ye semua rasa itu dapat Aku rasakan..
Rasa cemburu, rasa sedih, rasa sakit hati dan bermacam-macam lagi.
Tidak kah Dia sedar bahawa Aku menyayangi Dia?
Adakah tiada sedikit rasa bersalah pada Dia di saat mula-mula Dia beritahu Aku bahawa Dia akan keluar bersama Si- Die yang baru?
Adakah perkara yang sama Dia beritahu kepada Si -Die?
Aku pasti tidak.
Tapi kenapa Dia sanggup lakukan itu kepada Aku?
Sejujurnya Aku sungguh rasa terhina dengan perbuatan ini.
Aku rasakan Aku tiada nilai pada Dia.
Tidak kah Dia tahu bahawa Aku pasti akan cemburu?
Tidak kah Dia tahu bahawa Aku pasti akan sakit hati?
Atau itu yang memang Dia mahu Aku rasakan?
Ye.. Aku dapat rasakan itu semua.
Terima Kasih Dia...
Seharian Aku berasa sungguh sedih, amat sedih, sedih sangat-sangat.
Di perlakukan begini.
Tapi Aku sedar...
Aku cukup sedar..
Aku tiada hak untuk menghalang hak peribadi Dia.
Siapa Aku untuk menghalang kebebasan Dia?
Siapa Aku untuk menentukan hak Dia?
Siapa Aku?
Siapa Aku?
Siapa Aku?
Dia..
Aku mahu Dia tahu Aku terlalu sedih, sangat sedih, teramat sedih, sedih sangat-sangat.
Hati ini sentiasa sayangkan dia
0 comments:
Post a Comment