BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

Indahnya hidup ini

Indahnya hidup ini andai aku milik Dia,
Alangkah indahnya hidup ini andai Dia milik aku,
Semakin indahnya hidup ini andai Aku dan Dia mampu bersama selamanya,

Indahnya hidup ini sekiranya dapat aku khabarkan kepada dunia,
Kepada semua.....
Aku dan Dia ingin bersama,
Bersama dalam menjalani hari-hari yang mendatang,

Aku buntu,
Aku sangsi,
Aku tewas,
Aku kejam,
Pelbagai lagi rasa yang sering berasak-asak dalam jiwa aku,
Perlukan Aku lepaskan insan 'itu' untuk Aku dapat bersama dengan Dia,
Apa yang perlu aku buat..... tolong khabarkan pada Aku,

Terlalu indahnya hidup ini andai apa yang Aku lakukan terhadap Dia dapat aku canang ke seantero dunia,
ke setiap pelosok alam ini,

Tetapi Aku tau semua itu bukan lah yang terindah pada Dia..
Bukan indah kerana Aku dan Dia terpaksa memendam rasa, menyimpan keinginan,dan...
Menggumam kesedihan.

Apalah yang indah pada Dia apabila terpaksa bersembunyi...
Bersembunyi dari asakan pelbagai persoalan dari keluarga Dia...
Menyimpan cerita bahagia yang sepatutnya di kongsi bersama...

Tapi Aku cukup sedar..
Bahagiakah Dia bersama Aku...
Indahkah hidup Dia bersama Aku...

Jawapan ada pada Dia...
Yang ada pada Aku sememangnya...............

Kasih, Rindu dan Cinta kepada Dia..

Aku harap Dia akan temui keindahan dan kebahagiaan dalam hidup Dia..
Walaupun Aku hanya dapat melihat dari jauh...

Hati ini sentiasa sayangkan dia

0 comments: