Patutkah Aku begini,
Patutkah Aku cemburu,
Patutkah Aku sakit hati,
Kenapa semua rasa itu ada dalam jiwa Aku..
Kenapa semua perasaan itu mencengkam hati Aku...
Kalau Dia tahu betapa sakit hati...
Betapa Aku cemburu...
Alangkah eloknya..
Tapi Aku tahu, Dia berhak memiliki bahagia,
Bahagia bersama insan yang Dia suka,
Bahagia bersama insan yang Dia cinta,
Bahagia bersama insan yang Dia sayang,
Tapi Aku tahu, Dia berhak atas diri Dia,
Siapa yang Dia nak keluar bersama,
Siapa yang Dia nak berjalan bersama,
Siapa yang Dia hendak untuk mengisi kekosongan Hati Dia.
Aku tak mampu untuk halang itu semua...
Aku tak mampu untuk sekat itu semua....
Aku tak mampu untuk lakukan itu semua..
Siapa Aku...?
Kenapa bukan Aku yang dapat bahagiakan Dia...
Kenapa bukan AKu yang dapat mengisi kekosongan hati Dia..
Kenapa bukan Aku yang lakukan semua itu...
Kenapa bukan Aku...?
Kenapa????
Dia...
Dia berhak untuk memiliki bahagia,
Bahagia dan terus bahagia....
Aku...
Aku hanya memberikannya sengsara..
Sengsara yang tak tahu penghujungnya.
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Thursday, December 31, 2009
Dia Berhak Memiliki Bahagia
Posted by AKU at 12:27 PM 0 comments
Andainya Aku Pergi Dulu
Semalam.....
Ketika perjalanan pulang,
Sambil memikirkan Dia...
Hampir-hampir Aku tiada lagi di muka bumi ini,
Hampir-hampir Aku bertembung dengan kenderaan lain sedang aku memandu,
Andainya ia berlaku semalam,
Pasti Aku sudah selamat...
Selamat dari semua ini...
Selamat dari menanggung semua ini...
Andainya itu boleh membuat mereka bahagia dan tak terseksa..
Andainya aku pergi dulu...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 12:13 PM 0 comments
Wednesday, December 30, 2009
Aku Ingin Dia
demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku
kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani...
sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu
Seandainya Aku mampu,
Ini yang Aku ingin dan impikan
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 3:11 PM 0 comments
Indahnya hidup ini
Indahnya hidup ini andai aku milik Dia,
Alangkah indahnya hidup ini andai Dia milik aku,
Semakin indahnya hidup ini andai Aku dan Dia mampu bersama selamanya,
Indahnya hidup ini sekiranya dapat aku khabarkan kepada dunia,
Kepada semua.....
Aku dan Dia ingin bersama,
Bersama dalam menjalani hari-hari yang mendatang,
Aku buntu,
Aku sangsi,
Aku tewas,
Aku kejam,
Pelbagai lagi rasa yang sering berasak-asak dalam jiwa aku,
Perlukan Aku lepaskan insan 'itu' untuk Aku dapat bersama dengan Dia,
Apa yang perlu aku buat..... tolong khabarkan pada Aku,
Terlalu indahnya hidup ini andai apa yang Aku lakukan terhadap Dia dapat aku canang ke seantero dunia,
ke setiap pelosok alam ini,
Tetapi Aku tau semua itu bukan lah yang terindah pada Dia..
Bukan indah kerana Aku dan Dia terpaksa memendam rasa, menyimpan keinginan,dan...
Menggumam kesedihan.
Apalah yang indah pada Dia apabila terpaksa bersembunyi...
Bersembunyi dari asakan pelbagai persoalan dari keluarga Dia...
Menyimpan cerita bahagia yang sepatutnya di kongsi bersama...
Tapi Aku cukup sedar..
Bahagiakah Dia bersama Aku...
Indahkah hidup Dia bersama Aku...
Jawapan ada pada Dia...
Yang ada pada Aku sememangnya...............
Kasih, Rindu dan Cinta kepada Dia..
Aku harap Dia akan temui keindahan dan kebahagiaan dalam hidup Dia..
Walaupun Aku hanya dapat melihat dari jauh...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 2:56 PM 0 comments
Pemberian Menjadi Kenangan
Pemberian ini tak ternilai dengan wang ringgit,
Pemberian ini tak ternilai dengan harta,
Pemberian ini tak mungkin dapat di nilai dengan kata-kata,
Dan aku sesungguhnya berharap.....
Pemberian ini akan menjadi peneman dalam hari-hari yang akan dilalui oleh Dia,
Dan....
akan menjadi satu simbol bahawa Aku dan Dia pernah mempunyai keinginan yang sama,
Keinginan yang akan menjadi dan tetap menjadi kenangan dalam diri Aku dan Dia.
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 2:32 PM 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
Ditelan Pahit Dibuang Sayang
Semakin lama semakin jelas perasaanmu terhadapku
Walau kini ku dimiliki namun diriku kau rindukan
Aku tak mampu untuk memilih
Satu diantara kau dan dia
Tak sanggup aku merelakan
Sehingga ada jiwa yang terluka
Bila kau meminta diri ini
Untuk membuat keputusan
Tak mungkin dapat kulakukan
Ini diluar kemampuanku
Dan hati ini sukar menerima hakikat sebenar
Aku tak terdaya untuk
Memutuskan jalinan cinta
Harus kau akui apa yang terjadi
Kasih berbelah bagi bukan kehendakku
Puas kufikirkan perit perasaan
Namun persoalan tiada jawapan
Puas kufikirkan perit perasaan
Bila sendirian
Semakin kurasa
Ditelan pahit dibuang sayang
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 4:28 PM 0 comments
Jangan Ada Benci
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Di sudut hati
Dia....
Aku harap tak kan pernah ada benci antara kita,
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 1:20 PM 0 comments
Monday, December 28, 2009
Suratan Atau Kebetulan
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Kenapa aku sayu bila dengar bait-bait lagu ni,
Aku terasa macam lagu ni terkena batang hidung aku,
Adoi...
Arghhhh.....
Aku pun tak pasti,
Yang mana suratan,
Yang mana kebetulan.
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 3:47 PM 0 comments
Bahagia Ku Rasa
Terlalu indah untuk aku lupakan semuanya,
Memori itu akan seintiasa segar dalam jiwaku,
Bahagianya aku rasa tatkala kesempatan yang ada dapat dinikmati bersama,
Walaupun hanya sedetik cuma, ia cukup untuk membuat aku sentiasa tersenyum,
Tersenyum kerana bahagia yang ku alami,
Masa sentiasa menghambat keinginanku untuk terus bersama Dia,
Tapi aku cuma insan biasa yang tak dapat memberhentikan masa dari terus berputar,
Aku pasrah, walau hati ini sungguh berat untuk melakukan sedemikian,
Masih terasa hangatnya kemesraan dan kemanjaan Dia terhadap ku,
Masih terlihat di mataku bagaimana Dia gembira di saat menerima pemberianku,
Pemberian kecil yang aku harap akan Dia jadikan pengganti diri ku tatkala aku tak dapat bersama Dia,
Tak ternilai perasaan ini jika di bandingkan dengan pemberian tersebut,
Masih terbayang di mata ini bagaimana sayu hatinya apabila Dia menerima kejutan dari ku,
Sesungguhnya aku mahu Dia tahu, hanya itu yang termampu aku lakukan untuk Dia,
Andai ku di beri peluang, ingin benar diri ini menyeka mutiara jernih itu dari gugur ke pipinya,
Apakan daya peluang itu bukan untuk ku, Mungkin ada yang lebih layak dari diri ini,
Seandainya Dia tahu gelodak jiwa ini, alangkah indahnya,
Walau telah ku luahkan segalanya kepada Dia,
Dia, Aku sangat menyanyangi kamu,
Seadainya diri ini tidak dapat untuk menjaga mu untuk selamanya,
Simpan la semua kenangan ini sebagai kenangan terindah kita berdua,
Aku harap Dia akan jaga pemberianku selama hayatnya,
Hanya itu sebagai pengganti diri ini, agar aku sentiasa dekat di hatinya,
Dia.....
Terima Kasih kerana sudi membuat aku bahagia.
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 1:19 PM 0 comments
Friday, December 25, 2009
Kenapa Mesti Ada Cemburu
Kenapa ada cemburu dalam hati ini terhadap dia...
Kenapa mesti aku cemburu...
Adakah kerana cemburu itu tandanya sayang...
Atau aku cemburu kerana ego dan ketamakkan aku...
Semalaman aku terasa dunia ini terlalu indah...
Mendengarkan suaranya yang manja...
Mendengarkan belaiannya yang sungguh mendamaikan hati ini..
Tiba-tiba....
Arghhhh......
Aku ditinggalkan... kerana si Dia juga ada yang tersayang...
Kerana membahagikan masanya untuk kasihnya...
Ketika itu aku terasa amat cemburu...
Aku rasa sakit...
Kenapa...?
Kenapa mesti aku terpaksa rasai semua ini...
Apakah ini sumua dugaanMu....
Andai Dia betul tercipta untuk ku..
Berilah aku petunjukMu..
Andai Dia sememangnya bukan untukku...
.......................
ARGHHHHHHHHHHHH........
Mengapa tak terluah untuk aku ungkapkan dengan kata-kata..
Terkadang aku terasa takut untuk kehilangan Dia...
Atau aku sebenarnya takutkan pada bayang-bayang aku sendiri...
Bagaimana aku harus hadapi semua ini...
Dia insan paling istimewa yang pernah aku jumpa...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 6:30 PM 0 comments
Berat Aku Lepaskan Dia
Desakan air bisa merubah
Dan segunung pasir akan menjadi lembah
Tiada yang mustahil keteguhan cinta
Tumbang kerna desakan
Seribu dugaan
Begitu terjadi diantara kita
Perjalanan yang menguji tak terlawan rasa
lalu kita tewas... diarus yang ganas
Sungguh berat untuk menghadapi semua ini
Tak terdaya lagi untuk mengharungi
melepaskan kau pergi itu yang terjadi
Mungkin suratan kitahanya disini cuma
Perpisahan mungkin akan membawa hikmah
Kau terimalah segalanya dengan redha
pengalaman kita abadikan dalam jiwa...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 5:55 PM 0 comments
Thursday, December 24, 2009
Masih Dia
Masih lagi dia yang tak dapat aku lupakan...
Setiap hari aku rindukan saat saat yang pernah aku lalui bersamanya...
Kenapa ia selalu menghambat di dalam hati dan perasaan ini...
Aku tak sepatutnya jadi begini...
Aku tak sepatutnya melukai hati yang pertama dengan sikap aku begini..
Tapi bagaimana aku hendak lupakan dia...
Yang sentiasa bermain di dalam kotak fikiran ku....
Adakah ini cinta atau nafsu semata-mata..
Dia terlalu istimewa..
Seringkali aku terasa adakah betul pilihan aku sebelum ini...
Pernah aku terfikir...
Ketentuan ini amat hebat untuk aku terima...
Dia dan pertama sesungguhnya 2 insan yang mempunyai tempat dalam hati ini..
Adakah aku tamak..
Adakah salah aku sendiri....
Dia juga bersalah sepatutnya...
Dia telah tau aku sudah ada pilihan hati...
Tapi dia masih lagi mengugat kesetiaan aku pada yang pertama....
Tak sanggup rasanya aku luka kan hati yang pertama...
Tapi aku tau dia terluka kerana aku...
Harapan yang tak mungkin terjadi...
Cinta yang tiada penghujungnya....
Alangkah indahnya sekiranya dia muncul dahulu sebelum yang pertama...
Akan aku pastikan kebahagiaan itu milik aku dan dia...
Sekiranya tiada jodoh kita untuk kali ini...
Biarlah aku tanggung sengsara ini kerana sentiasa mengingati dia...
Dia pernah bertahkta dalam hati ini...
Akan aku simpan dan letakkan dia dalam sudut hati ku....
Akan aku abadikan memori bahagia aku bersama dia dalam secebis ingatan ku kepada dia...
Sesungguhnya aku amat menyanyangi dia...
Tapi apa kan daya...
Cinta kita tertulis begini..
Dia cuma aku mampu jadikan kasih gelapku.....
Hati ini sentiasa sayangkan Dia
Posted by AKU at 2:35 PM 0 comments
Dia
Dia seorang yang manja, cantik rupa, cantik pekerti....
Aku cinta padanya, sayang padanya, rindu padanya...
Kenapa dia hadir di saat aku telah membuat pilihan yang lain...
Kenapa dia hadir pada masa ini...
Kenapa aku tak pernah kenal dia sebelum ini...
Setelah aku curahkan kasih sayang aku kepada yang lain, kenapa dia muncul dalam hidup ini...
Muncul dan menyayangi aku sehebat itu..
Sehingga aku terperangkap dalam perasaannya...
Kan dia telah tau dan sememangnya telah tau bahwa aku telah di miliki oleh orang lain..
Kenapa dia masih menggangu hati dan perasaan ini...
Membawa hati dan perasaan ini hanyut dalam belaiannya..
Membawa hati dan perasaan ini supaya selalu ingatkannya...
Sehingga aku berbelah bahagi....
Aku juga sayangkan pilihan hatiku... tapi aku juga sayangkannya...
Kenapa hadirnya lewat dalam hidup ku....
Kehadiran yang menggoyahkan kesetiaanku pada yang pertama..
Aku masih tak mampu untuk melupakannya....
Walaupun kini aku sudah menjadi milik yang pertama..
Dan sehingga kini aku masih sayang kepada dia....
Hati ini sentiasa sayangkan Dia
N***L *i****h
Posted by AKU at 2:11 PM 0 comments