BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 19, 2012

Selamanya Cinta

hubby mintak maaf..
Jujurnya hubby cemburu sangat dengan apa yang cinta ada sekarang. 
Kesenangan, kehidupan dan kerjaya yang bagus dan lebih baik dari hubby, dan semua itu mungkin antara penyebab cinta tinggalkan hubby selain sebab utama yang hubby sedar kelemahan hubby untuk cinta. 
Dan sesungguhnya hubby sangat cemburu dengan keadaan cinta yang sentiasa mampu mencari insan yang benar2 sesuai dan 

terbaik untuk cinta.


Hubby terlalu cemburu kerana setiap kali pasti ada insan baru dalam hidup cinta.. dan hubby sedar setiap insan baru itu pastinya lebih baik dan sempurna berbanding hubby, sebab itu hubby di tinggalkan dan tak berguna lagi.
Cinta.. 


Setiap hari, setiap masa hubby sentiasa teringatkan cinta, di mana cinta berada, cinta bersama siapa, apa cinta sedang buat...
Dan setiap masa juga semua dan segala kenangan kita sentiasa bermain di minda dan ingatan hubby.
Adakah cinta langsung tiada rasa seperti itu lagi sekarang, bila mana hubby sedar, kehidupan dan insan2 di sekeliling cinta lebih hebat dan sempurna untuk cinta fikirkan daripada cinta mengambil endah dan mengingati hubby.
Cinta... jahat sangat ke hubby?
Cinta... teruk sangat ke hubby?
Cinta... hina sangat ke hubby?
Cinta... langsung tak berguna ke hubby?
Cinta... langsung tak di perlukan lagi ke hubby?
Kenapa cinta?
Masa hubby cuba beri cinta masa, bila mana setiap hari b hanya di marah di jerkah, cinta datang semula kepada hubby, dan cinta katakan cinta mahukan kita yang dahulu, cinta mahu kita bina semula.
Tapi...
Baru hubby dapat merasa apa yang cinta ada sekarang, kesenangan, kemudahan, cinta jadikan kesibukan sebagai alasan pertama...


Sedikit sedikit cinta mula menjauhkan diri dari hubby, 


Hubby tak boleh msg cinta, call cinta, bila cinta sedang dalam tugas, dengan kwn2,


Dan kemuncaknya... walau cinta sedar itu kali terakhir cinta mahu bertemu hubby, hanya kemarahan, tengkingan dan jerkahan yang cinta berikan pada hubby. 


Hinggakan di saat2 terakhir hubby hantar cinta ke pejabat...


Hubby hanya mampu makan hati mengenangkan nasib di lakukan begitu.


Walau hubby cuba berikan yang terbaik, 


Walau hubby cuba penuhi kehendak cinta, 


Walau perlu hubby korbankan masa, tenaga, 


Semata-mata untuk hubby tunjukkan pada cinta bahawa hubby sayangkan cinta.
Tapi sayang.. 


Semua itu belum cukup untuk hubby buktikan sayang hubby pada cinta.
Dan bila hubby sedar, 


Sememangnya cinta dah lebih selesa dan bahagia dengan kehidupan cinta sekrang bersama insan2 yang mampu membahagiakan cinta...


Hubby sedar.. 


Hubby memang tak lagi di perlukan dan tak lagi berguna dalam hidup cinta. 


Khidmat hubby tak lagi di perlukan, dan hubby pasti ramai lagi insan yang beratur untuk memberikan segala apa yang cinta impikan.
Hubby hanyalah sekadar serpihan dari memori hidup cinta, 


Serpihan yang sentiasa membawa malang dan kekecewaan.
Cinta selamanya wanita terbaik dan paling sempurna dalam hidup hubby.. 


Takkan ada lagi cinta yang lain kerana hanya cinta cinta terakhir hubby.


Hubby sedar hubby bukan cinta pertama cinta,


Dan hubby percaya, tak mungkin hubby menjadi cinta terakhir dalam hidup cinta.
Cinta carilah cinta yang cinta idamkan, 


Yang cinta tak pernah dapat dari hubby. 


Maafkan hubby kerana sentiasa dan selamanya sayang kan cinta walau dalam hati cinta kini hanya ada benci untuk hubby. 


Maafkan juga selama kita bersama, hubby tak pernah mampu untuk bahagiakan cinta bagaimana bahagia yang cinta ada sekarang.


Hati ini sentiasa sayangkan Cinta

Monday, September 10, 2012

Harapan



Hati ini sentiasa sayangkan dia

Wanita Terbaik

Segala-galanya berubah kini...
Apa yang pernah kita angankan musnah...
Dan lebih pedih lagi, ia musnah ketika Dia telah berjaya daam kehidupan baru Dia

Mungkin ini yang terbaik dalam hidup Dia..
Mungkin ini yang paling bermakna dalam hidup Dia..
Terlepas dari cengkaman yang mnyeksakan dan mengecewakan...

Namun...
Aku sentiasa mengingati saat-saat bahagia bersama Dia..
Kerana bagi ku tiada istilah kenangan pahit bersama Dia..
Dan kerana...
Dia wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidupku untuk selamanya..

Hati ini sentiasa sayangkan dia