Aku kenal Dia..
Dan selama ini juga Aku terus mencuba untuk mengenali Dia..
Aku yakin Dia pasti mampu cari pengganti yang lebih sempurna..
Aku yakin dia mampu cari pengganti yang lebih mampu membahagiakan Dia..
Dia..
Kebahagiaan itu datang dari tolak ansur dan saling memahami..
Kebahagiaan itu hadir bila kita mampu untuk menjaga hati yang kita sayang..
Kebahagiaan itu muncul bila hati kita di belai dengan kasih sayang..
Kerana cinta itu terbit dari dua hati..
Sayang itu kepunyaan dua hati..
Maka..
Kebahagiaan itu perlukan dua hati yang dapat saling melengkapi antara satu sama lain..
Kita perlu masuk ke dunia pasangan kita kerana dunia pasangan kita adalah dunia yang telah dia lalui selama dia hidup..
Dan dengan perlahan kita juga membawa dia masuk ke dalam dunia kita..
Buang yang keruh, ambil yang jernih..
Sedangkan lidah lagi tergigit..
Aku yakin kebahagiaan pasti menjadi milik Dia dan si die..
Amin...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Wednesday, November 16, 2011
Aku Pasti Dia Bahagia
Posted by AKU at 5:40 PM 0 comments
Tuesday, November 15, 2011
Maafkan Aku
Maafkan Aku Dia..
Kerana Aku tak pernah mampu tunaikan setiap permintaan dari Dia..
Dan memang selama ini juga Aku tak pernah mampu untuk menunaikan hajat Dia..
Dia..
Aku yang serba kekurangan..
Aku yang serba kelemahan..
Aku yang serba tak sempurna..
Dia...
Maafkan Aku..
Kerana tak pernah membahagiakan Dia..
Namun...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 5:19 PM 0 comments
Thursday, November 3, 2011
Salam Aidiladha
Salam Aidiladha buat Dia..
Semoga pengorbanan kali ini membawa berjuta erti kepada Dia..
Semoga pengorbanan ini membawa sinar yang lebih cerah dalam hidup Dia..
Aku sentiasa doakan kebahagiaan Dia...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 5:36 PM 0 comments
Tuesday, November 1, 2011
Ampunkan Aku
Dia..
Ampunkan Aku..
Ampunkan Aku atas segala penderitaan ini..
Bukan Aku tak sayang..
Kerana terlalu sayang..
Kerana ingin melihat Dia lebih bahagia bersama insan yang mampu sentiasa ada di sisi Dia..
Kerana ingin lihat Dia lebih gembira dengan kebahagiaan yang Dia mampu dapat dari insan yang lebih layak..
Dia...
Hidup ini penuh dugaan dan cabarannya..
Hidup ini perlu banyak pengorbanan..
Dan Aku lebih rela terkorban demi melihat Dia sentiasa bahagia..
Ampunkan Aku Dia...
Hati ini sentiasa sayangkan dia
Posted by AKU at 6:04 PM 0 comments